klik here please :)

Nov 1, 2013

Al-Fatihah untuk Ayah

Assallammualaikum w.b.t.

Tak ada apa sangat nak dicerita.
Hidup berjalan seperti biasa biasa saja.

Setiap yang hidup pasti akan mati.
Setiap yang datang pasti akan pergi.
Apa? Siapa? Bila? Dimana? Bagaimana?
Kita tak tahu dan tak kan tahu.

18 Ogos 1989.lahir anak gadis Ayah yang degil ni.
18 Ogos 2013.tahun terakhir Ayah bersama anak gadis ayah yang degil ni.

terngiang ngiang suara Ayah suruh adik beradik aku yang lain pergi belikan kek.
Ayah tak tau yang bakal menantu Ayah dah siapkan semua.
lepas Ayah tau baru Ayah tak suruh lagi.Comelnya Ayah!
tahun terakhir untuk dunia sementara.semoga di akhirat kekal kita bersama.
satu keluarga.bahagia.Al-fatihah untuk Ayah.

Bila tengok handphone.rasa macam sesuatu!
Selalunya, Ayah akan telefon 2 ke 3 kali seminggu.

" dah makan ? "
" makan apa ? "
" esok balik ? "
" nak cakap dengan mak ? "
" ni panggil que ni. nah aina nak cakap. "

cuma ayat ayat yang sama hampir setiap kali. Ayah tak penah jemu menelefon.
rindu nak dapat panggilan dari Ayah.bila rindu jangan cuma menangis meratap.
Al-fatihah untuk Ayah.

Bila balik rumah, kerusi Ayah kosong.rasa sangat sesuatu!
Selalunya, dari luar dah dengar suara Ayah cakap pada anak-anak kecil kat rumah tu.

"tu, tengok tu sape balik tu"
*sambil senyum*

Gurauan yang biasa seperti selalu.Gurauan yang sama hampir setiap minggu.cuma ye lah.
kadang kadang Ayah tak boleh nak menang dengan anak gadis dia yang degil sorang ni.
rindu nak bergurau dengan Ayah.bila rindu jangan cuma hanya cakap.
Al-fatihah untuk Ayah.

Bila tengok TV ramai ramai.tak berebut TV dengan Ayah.rasa sangat sesuatu!
kalau remote TV kat Ayah.Ayah suka tukar tukar channel time iklan.
tapi kalau remote control kat orang lain.Ayah cakap sapa yang suka tukar channel tangan ketam.haha.comel je Ayah ni!

Setiap hari sabtu.Ayah akan tengok cerita hindustan kat TV3.
Walau pon Ayah tutup mata.Semua pon tahu yang semua tak kan menang.
Bila hari sabtu, tertukar cerita hindustan kat TV3.rasa sedih rasa pilu.
Rindu nak berebut TV dengan Ayah.bila rindu jangan cuma terkenang.
Al-fatihah untuk Ayah.

Bila cakap pasal politik.Ayah sangat semangat!
Waktu mengundi yang lepas, Ayah asyik call suruh tengok permohonan tukar alamat Ayah dah proses ke belum.semangat sungguh.

Aku tak mengundi sebab belum daftar.ye salah aku pada negara.maaf.
dulu kakak aku Ayah yang daftarkan.satu hari tu aku tanya kat Ayah.

" kenapa Ayah tak daftarkan orang mengundi ? "
" umur kakak dah berapa ? "
" 24 la Ayah. "
" ooh.Ayah ingat kan kakak anak kecil lagi. "

Allahu Akbar.Ayah comel sangat!
ye Ayah.Orang masih anak kecil Ayah lagi.
Orang masih anak kecil Ayah yang membesar untuk faham dunia.
Orang tak dibesarkan dengan kemewahan.Alhamdullillah.itu buat orang faham apa erti susah.

Ayah tinggalkan satu pesanan untuk orang.
In shaa Allah Ayah.Orang sedang berusaha untuk laksanakan pesanan Ayah.
In shaa Allah Ayah.Orang cuba sedaya mungkin.

Janggal untuk aku sebut arwah Ayah.
27 Syawal 1435H.
03 September 2013.
9.10 malam hari selasa.

manakan mungkin tarikh itu dilupa setelah 24tahun bersama.
Al-fatihah untuk Ayah.


Apr 26, 2013

Bogel Menuju Tuhan

Assallammualaikum.

Mood mendatang sebanyak mungkin minggu ni.dah kenapa?
aura hero hero korea mungkin.heh.

Masa time tengok buku ni kat kedai buku.notes notes berharga kurang ada.
bila datang niat mencari.buku sudah tiada.benci sungguh keadaan macam tu.heh.

aku suka tulisan dia dekat blog.the ideas.tidak kasar.ada point.boleh pergi jauh.
tapi biasalah kalau bab pendapat.ada yang kita setuju.ada yang tidak.
Jadi bila kita baca sesuatu itu dan sesuatu ini, cuma enjoy untuk membaca,
yang kena dengan hati kita kita, iyakan dan senyum sambil angguk mungkin.
yang tak bape nak ngam dengan jiwa janganlah ditidakkan dengan kekerasan.
biarkan hak memilih pada individu.*senyum*

balik pada cerita asal.Bogel Menuju Tuhan.
jujur belum sempat dibaca.tunggu masa yang sesuai untuk menikmati.

aku ini masih kurang sifat IT.walau dengan gadjet mahu apa sekalipon.
tapi samsung s4 itu sungguh memanggil.huh.kalau kaya dah beli tiga.
dulu pernah active maybank2u.tapi lupa password.jadi abaikan saja.
nak activekan CIMB clicks.kad asek la tak boleh.malas pergi kaunter.
jadi kita biarkan saja.bagus jugak kalau tidak banyak membeli online.
tapi bila datang hal yang penting agak menyusahkan bila jadi orang lama.

contoh seperti membeli buku ini.aku baca zahiril adzim post dekat blog dari tengahhari,
bank-in 7.26 pm, email confirmation esoknya.habis waktu kerja internet tiada pada handphone.
sedangkan buku hanya ada 30 buah saja.dah la tu tak bank-in kos penghantaran sekali.ishk.
baca ikut main dan je.sorry.tapi nasib baik zahiril adzim adalah cool jadi aku termasuk dalam senarai pembeli.yahoooooo!

*senyum makin lebar*

sekali terfikir masa jumpa buku tu kurang notes notes, jadi tidak beli.
masa ada notes notes, pergi cari tapi tak ada la pulak.
sekarang punyai buku yang ada signature sekali.hoho.

the book.

and the signature.


p/s : aku rasa bila semakin banyak buku yang aku baca, aku jadi makin cool.yeaahhh.im cool lideeedaatt :)