klik here please :)

Nov 17, 2015

Assallamualaikum W.B.T

Hai blogspot dan hello dunia alam maya yang semakin nazak sakitnya. Setiap hari membaca di internet tidak lah pandai semakin fikiran kita. Malah sel sel otak yang berhubung secara tidak sihat semakin berkembang secara sihat. Sakit letih bosan bila dilayan.tapi masalahnya larutan ini sampai bila? harus bagaimana kesedaran itu perlu ada dalam diri setiap manusia?

Jarang aku nak bercakap tentang perkara deep seperti seperti ini.
Biasanya, aku baca, hadam, buang negatif, ambil positif.
kalau mengomen pon sekadar bersama teman rapat.family.

Masalah pemikiran bagi sel sel yang tidak berhubung ini aku fikir ada pada setiap golongan.miskin kaya sederhana atau apa sahaja.semuanya semakin sakit tenat dan nazak.

Golongan menteri.
Cukuplah dengan masalah yang tertimpa dihimpap berat atas bahu bahu rakyat, jangan ditambah dengan jalan penyelesaian yang menunjukkan kebodohan diri.

Bangun awal untuk elak tol.
Apa pak menteri fikir kami bangun pergi kerja menjelang tengahari atau sebaik mentari muncul?

Balik kampung,besarkan anak anak di kampung,tanam jagung tanam cili.
Ya rezeki ada dimana mana.ok faham.malas nak ulas lebih lanjut.

Please stop being stupid!

Golongan artis.
Bila kene kondem pakaian atau apa sahaja.jawapan kalau tak terserlah kebodohan diri memang tak boleh agaknya.kan lagi bagus kalau tak jawab apa apa atau no komen atau sekadar senyum.Dah tau salah tapi jawapan meminta sangat!

"oh, i just being myself"
"oh, tolong jangan kaitkan dengan agama"

Golongan peminat.
Kalau yang fanatik tu, bukan kipas lagik.aircond 16 darjah celcius dia bagi. Entah apa yang dia dapat aku pon tak faham.

Golongan ala ala penceramah.
"awak cantik, tapi kalau awak tutup aurat lagi manis.sehelai rambut bagaikan bla bla bla and lagi cantik kalau awak bertudung" - (komen kat gambar orang tak pakai tudung)

eh.hello, kau ingat kau komen macam tu, orang tak annoying? kau pon dari asek dok tengok dosa orang baik p mengaji Quran.

Kalau macam ni keadaan masyarakat kita hari ini. Ke mana adab anak anak kita zaman akan datang?
Makin maju dunia kita, makin ketinggalan adab kita. bagaimana lagi kita harus sedar dari semua ni?