klik here please :)

May 12, 2015

Bahagia

Assallamualaikum W.B.T

Hai blogspot,
Belakangan ni rasa banyak cerita nak share kat sini,
Tapi macam alasan yang selalu selalu, busy konon.

Aku ni suka bermonolog sendiri.
Sebab circle aku dalam hidup ni kecik.
yeah. sebab pada aku quality adalah bagus berbanding quantity,
So bila aku nak buat sesuatu, Aku akan tanya pada diri sendiri,
Apa akibat? Baik ke tak? Macam mana? Kenapa?
Dan yang paling penting dalam hidup jaga hati orang sekeliling,
Seribu satu soalan dalam kepala baru tindakan.

Tapi yelah terkadang apa yang kau buat tak kan mampu puaskan hati semua orang,
Tapi bukan alasan untuk kau tak fikir perasaan orang lain,Cuba lah, at least cuba!

Back to the topic.
Bahagia.

Kalau dulu aku fikir,
Aku rasa bila jadi perempuan,
kulit putih tinggi lampai senyum menawan,
semua orang puji cantik kita suka.
kita bahagia.

Kalau dulu aku fikir,
bila jadi wanita cantik dapat kahwin dengan lelaki kaya,
confirm aku lah wanita terbahagia di dunia. *sambil shuffle lagu BCL*

Kalau dulu aku fikir,
Kalau banyak duit and boleh beli apa kita suka kita akan bahagia.

Kalau dulu aku fikir,
Banyak kawan yang hot spicy cantik mabeles
ramai orang kenal femes sana sini mesti rasa bahagia.

Tapi bila makin dewasa,
Makin muak dengan lakonan dunia,

Aku tanya diri sendiri apa bahagia?
Kalau cantik adalah bahagia.
Kenapa ada orang cantik yang merana?
Kalau kaya adalah bahagia.
Kenapa ada orang kaya masih tak jumpa hala?

Nah!
Macam mana nak bahagia?

Hari ini aku rasa bahagia bila,
Dapat belikan emak sebijik handbeg dengan hasil usaha sendiri.
Itu bahagia!

Dapat belikan emak tiket kapal terbang melancong sesama itu bahagia.

Dapat buat mak senyum tengok anak dia itu adalah bahagia.

Dapat tolong sikit sikit yang termampu itu adalah rasa paling bahagia.

Dapat gembira dengan keluarga dengan kongsi rezeki yang ada itu bahagia.

Dapat belikan Hadiah untuk Mak, Dapat tolong keluarga apa yang patut,
Itu bahagia!

Hari ini aku rasa kalau nak bahagia cari ketenangan jiwa dulu.
Waktu tu kau akan rasa bahagia.

Walau ada waktu waktu yang kadang aku terlupa nak buat mak bahagia.
Walau ada waktu waktu yang aku tak sedar buat mak mengalir air mata.

Maaf mak.aku kadang alpa.
Tapi sebolehnya aku nak cuba buat mak bahagia.
Sebelum masa aku terbahagi bila menjadi seorang isteri.
Sebelum masa aku dikehendak bila menjadi seorang ibu.

Fokus utama hari ini adalah emak.
Aku nak cuba sebolehnya untuk emak.
Kalau lah ayah masih ada,
Al-fatihah.

Sekarang aku belum punya mertua.
Aku harap bila aku berkeluarga dua.
Aku mampu adil untuk mereka.

Sakiti hati mertua sama seperti sakiti hati emak.
Jadi berjagalah. Semoga aku akan ingat sentiasa semua pesan arwah ayah.

Bila jadi isteri, jadi isteri yang jaga aib suami.
Bila jadi menantu, jadi menantu yang tak menyakiti.

Dulu aku ingat bila dah kahwin baru boleh guna pesan ayah.

Tapi hari ni aku faham.
Mula dari saat waktu tu aku kene apply semua benda tu dalam hidup.

Contoh dari diri sendiri.
Hubungan aku dah hampir 8 tahun lebih.
Terlalu banyak pedih pahit manis.
Yang pahit aku simpan sendiri.
Yang manis biarlah kalau orang ternampak.
Walau ada waktu retak menanti belah.
Walau waktu itu sudah terbelah.
Biarlah cuma aku tahu pahit.
Tak perlu hebah betapa sakitnya aku dengan kepahitan yang diberi.

Sebab apa kau tak perlu cerita?
pernah kau tahu apa pahit yang dia rasa waktu kau salah?
Pernah kau rasa pahit yang dia rasa waktu kau tak mempeduli?

Sekurangnya sebelum kau mengaib,
Kau ingat lah sedikit rasa yang dia pernah beri untuk kau bahagia.

Sekurangnya sebelum kau mengaib,
Kau ingat lah waktu kau begembira bersama.

Dan kalau pon tiada jodoh bersama,
Aku harap perpisahan yang jadi biarlah tidak bermasam muka.

Itu untuk aku.
Yang masih belum berumahtangga.
Semoga sehingga di bila bila pesan itu selalu dalam kepala otak ini.

Tapi doa aku hari ini,
biarlah cuma dia menjadi imam solatku di hari nanti
dan lantas menjadi bapa kepada bakal anak anak ku.
In Shaa Allah.

Dan sekarang
belajar untuk lebih menghormati.
belajar supaya lebih menyayangi
belajar erti menghargai.

Ayah tak tinggalkan harta segunung.
Tapi ayah tinggalkan aku erti hidup.
Terima kasih ayah.