Sep 27, 2011

Game - Terapi Jiwa :)

Sape tak suka main game? Ade ke orang tak suka main game? meyh sini nak kenal sketttt.hehe. kalau sekarang orang sibuk angrybird sane angrybird sini, aku masih di takuk lame.haha.aku men game ular kat tepon nokia.tu kalau kat tepon la.kalau kat lappy aku suke men tumblebugs. ok dari dulu aku main game tu tak pernah menang tapi baru baru baru ini aku telah..........

Bila klik je next plak..."CONGRATULATION" weyyyyyhhh! aku berjaya untuk kepertamaan kali.haha
p/s : sedikit sebanyak dapat menghilangkan tension bila puas main game.hehe.

Sep 24, 2011

Alhamdulillah My Sayang Dah Sihat :)


Hari itu saya sedih kerana Lappy kesayangan saya tak nak bangun bangun.bila saya kejut, dia tidur je sepanjang masa. Mungkin sedih kerana saya membiarkan dia terlalu lama kot. nak tau? refer sini. haha padahal entry wordless wednesday je kot :)
Hari ini saya gembira dan Alhamdulillah setelah berkeping keping kertas yang dikeluarkan untuk membaiki my Lappy kesayangan ini, maka hari ini malam ini ketika ini ia boleh digunakan seperti biasa.Yeaaaayyyyy :)

p/s : Saya sayang lappy ini sangat sangat kerana ia pemberian ibu tercinta ketika masih belajar dulu. oh,rindu zaman study!

soalan : kenapa tak boleh log in nuffnang sekarang ni? nuffnang problemo ke hape?

Sep 23, 2011

Falsafah Dua Kalimah Syahadah

Assalammualaikum w.b.t.


Pintu masuk Islam adalah kalimah syahadah.
" Apabila seseorang itu mengucapkan kalimah syahadah, maka sucilah dia daripada dosa dosanya yang lepas, diharamkan dirinya untuk dibunuh oleh Muslim yang lain, wajib ke atasnya solat lima waktu, berpuasa, zakat, dan haji bagi yang mampu. Wajib juga ke atasnya meninggal larangan Allah SWT. "

untuk pembacaan lanjut : klik sini

p/s : saya bukan orang yang ariff hal agama, dan banyak salah dan silapnya, jika ternampak kesalahan dan kesilapan yang saya tak ternampak, tolong lah tegur ya.saya hanya berkongsi apa yang saya baca untuk semua.

Sep 22, 2011

Yakult : Minuman Sihat Untuk Kita

Sape suka minum YAKULT? - saya saya saya!

Ramai kot membe membe yang agak kurang minum YAKULT ni tapi aku suka kalau korang tak suka. sebab sebab sebab aku tak payah nak share share dengan sape sape.haha.boleh minum sengsorang.haha.TAMAK tak?memey arr...haha.

Korang suka makan SUSHI KING tak? aku suka feeling feeling JEPUN siket tu la aku suka makan makanan JEPUN.hehe. ok ok kalau korang pergi makan kat SUSHI KING amek la set yang ada Yakult tu.try la.BEST!hehe.

Antara Kebaikan Yakult :
  • Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan menyekat pertumbuhan bakteria bahaya dalam usus.
  • Mengurangkan penghasilan bahan toksin dalam badan.
  • Membantu menggalakkan sembelit dan cirit birit.
  • Membantu meningkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan dan pertumbuhan sel kanser.
p/s : last week aku demam pening kepala bagai, minum YAKULT berbotol botol, SELESEMA makin kurang.GREAT! Alhamdullilah.

Sep 21, 2011

Aoron Aziz Lelaki Hebat

aku rasa dia macho plus cool.hensem tak de la sangat.tapi COOL!
Boleh tak title Cenggitu? haha. mungkin tidak bagi sesetengah orang tapi aku suka tengok karakter dia sama ada dalam lakonan atau di luar lakonan.

Dalam Lakonan - Dia hebat! (cuba cakap citer apa yg dia belakon tak nampak hebat? )
Luar Lakonan  - haha.aku tak kenal dia.tapi kalau tengok dari dia seorang ayah yang penyayang.

Nama sebenar : Aaron Mustapha Aziz
Tarikh Lahir     : 23 February 1976

Dan sebenarnya aku suka tengok artis yang ada bakat, tak banyak gosip mengarut, dan yang paling penting sekali, aku suka artis yang tak bagi JAWAPAN BODOH bila dah terkantoi something like terupload gambar ke?opssss.teeettt.hehe.tak de kena mengena antara yang hidup atau yang mati.

Ohh aku ada printscreen dari beautifulnara ke ohbulan.aku tak ingat.hehe.
Jadi gangster macam dia baru ok.langgar sorang sorang wa cakap lu.tak payah satu kampung baru ade bran!sorang sorang tengok, menyorok dalam longkang.haha.

p/s : its ok malaysia.lawan dengan jepun kot.depa tak lepas 5gol pon da kira bangga la 2.hehe

Sep 20, 2011

Pulau Pinang

bepuloh kali datang sini hari ni baru aku perasan bahasawanya, Pulau Pinang ada banyak bangunan putih kan kan kan? SWEET SWEET SWEET!

Aku suka Pulau Pinang sebab macam best je stay kat sini. Tapi hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, aku lebih menyayangi Bangi kerana di situ ada ibu bapa dan ahli keluarga tercinta.hehe.

Pendapat Aku tentang Pulau Pinang :

1) Signboard kadang kadang dilindungi pokok. (tapi pokok banyak banyak best sebab redup je bagi pejalan pejalans kaki)
2) Bila kereta kita bergerak selari dengan banjaran bukit, kita telah mengikut jalan yang betul untuk menuju ke  arah jambatan atau kita sedang menuju ke lapangan terbang. (erkk.betol ke?haha.kalau salah orang penang tolong betoikan nah)
3) Jangan guna peta kalau ada kat Penang.Guna GPS boleh. (tapi aku tak de GPS, guane)

Oh! lupa nak bagitau Penang dah ada i-city penang. Tak percaya? Tolong la percaya.nah aku bagi bukti untuk korang tambah siket percaye tu.muehehhehe!
Oh TIPU! haha.ini sebenarnya........
Ini kedai makan la.IKAN BAKAR.sedap jugak.ikan rasa fresh je.dan kedai ini di tepi laut. Korang boleh nampak Jambatan Pulau Pinang dari sini dengan jelas.
haha. Jelas la sangat kan.soryy hanphone lama tak menghasilkan quality gambar yang baik.hehe.Sape sape datang penang boleh la try makan kat sini.BEST.ini tak tipu.

P/s :1) makan ikan bakar di satu malam di Pulau Pinang.2) Sudah mulai rinu masakan emak tercinta.3) Tak sempat nak blogwalking, nanti free aku BW ok dear =)

Sep 16, 2011

Manusia istidraj Dihina Allah

Assalammualaikum w.b.t

Korang tahu tak apa tu manusia istidraj? Masa aku tengah bergosip gosip dengan rakan rakan seopisku.ehemm ehemm.kitorang pon borak borak pasal "Manusia Istidraj". Jadi lepas tu aku pon  tanye la khabar kat en.google apa Manusia Istidraj? Macam aku penah cakap sebelum ni aku bukan ustazah mahupun orang orang yang ariff tentang hal agama ni.Jadi kalau salah tolong tunjukkan. kalau silap tolong betulkan.Thanks guys.
kalau kita punyai harta yang banyak jangan jadi Manusia Istidraj .Insyallah.

Maksud - istidraj merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan ALLAH S.W.T kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti dikehendaki-NYA. Bagaimanapun anugerah itu bukan disebabkan  ALLAH menyayangi mereka tapi merupakan tanda kebencian ALLAH terhadap golongan berkenaan.

Maksud 2 - Anugerah Allah kepada hamba yang tidak diredhai-Nya dan nikmat tersebut datang dalam pelbagai bentuk antaranya kuasa, kemewahan harta benda, kedudukan di sisi masyarakat, pengaruh serta pangkat.

Soalan - Adakah mereka mereka yang diberikan kemewahan, pangkat, harta benda dll, dianggap manusia istidraj? 

Jawapan - Tidak. kerana Istidraj hanya untuk golongan yang derhaka kepada ALLAH.sekiranya mereka menggunakan apa yang dikurniakan kepada mereka ke Jalan ALLAH. Insyallah pasti mendapat berkat dariNya.

Ok. nak senang cite macam ni, manusia ni selalu bertawakal kepada ALLAH bila diuji dengan kesusahan. Tapi selalu lupa bila ALLAH bagi kita kemewahan, harta, pangkat, kuasa dsb.haaaa...! bila yang lupa diri angkuh takbur riak segala macam bila ada harta dan pangkat itu akan menjerumus diri kita menjadi manusia istidraj.

Sumber : Sini

Sep 14, 2011

Wordless Wednesday : Get Well Soon Sayang!

P/S : kita pergi jumpa doctor this saturday ok sayang.

Sep 13, 2011

Maharaja Lawak Berpecah!

Mereka Berpecah ??? Sayang Seribu kali sayang.tapi tak pe la rezeki masing masing ye dak? jangan masam masam muka sudah la kan. SEPAH sangat ada " chemistry ". Tapi bila dah sorang tak bagi komitmen semua pon susah kan bak kata pepatah " sebab nila setitik habis baju sekolah kaler putih jadi biru " boleh?haha. Shuib n jepp terbaeek la wok! oh i love JOZAN too.tapi mereka pon dah tak JOZAN kot.entah la.Nabil pon ok.aku suka lagu dia...boss boss jahat (grenade versi nabil Terbaekkk jagak).

Tahniah Mamat Sepah kerana dapat tawan hati fida *cehhh tawan* haha.Kalau tengok je personaliti Fida ni sejuk hati mak mertua.eee ceehhh.baik sopan cakap lemah lembut.aku nak kena jadi sopan cam ni ker baru mak mertua suka?haha.sopan tapi sopan cara aku la.jadi diri sendiri tu lagi bagus kot.plus aku pon bukan nyer jahat cuma tak pandai masak je.hahaha.Semoga bahagia Fida dan Mamat Sepah. Insyallah.

Ni sape pulak? ok ini Adda bekas kekasih Mamat Sepah. Cantik orangnya. Manis Cute Comel Gojes Semua  ada kot. Aku rasa kalau aku dapat kakak ipar cam ni ker adik ipar cam ni ker aku pon suka! mesti bakal anak buah aku comel kan?hehe.

Korang bace sini  dan sini ! cukup mesti korang akan faham kan?

Sumpah aku suka tengok muka Adda ni.cantik kan. tak de cacat celanya. so you better move on girl. jangan dipikirin ape yang berlaku.everything's happen for a reason dear. REMEMBER KARMA.What goes around comes around. Instead semua orang pon hanya boleh bercakap dan tak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam hubungan korang. Tapi yang penting diri korang masing masing tahu dan faham apa terjadi. cukup la yang sini salah sana. yang sana salah sini. Insyallah Adda akan jumpa jodoh yang lebih baik dari DIA.Lagi handsome ke kan.hehe.DIA bukan handsome sgt pon.ooopppsss.teeeett.

P/S : amik iktibar macam bekas tunang Khairul Fahmi!Dia move on dan tabah menjalani kehidupan.semoga korang mendapat jodoh yang lebih baik.Insyallah.

Sep 12, 2011

TLC Promise Me -For The Children Of Rumah Aman

Bantu Mereka Semampu kita! " Tolong Mereka " ya Rakan!

Serba Sedikit tentang TLC. TLC atau Truly Loving Company adalah sebuah syarikat yang menghasilkan produk produk peribadi sabun, pencuci lantai dan sebagainya. Ok dengan membeli produk produk TLC yang boleh didapati di pasaraya dan kedai kedai runcit anda sebenarnya telah menderma kepada mereka yang sangat memerlukan.Untuk maklumat lanjut produk ini anda boleh klik sini.
Gambar di bawah adalah antara produk yang telah dihasilkan.

Tapi Siapa Yang Kita Nak Bantu? " Siapa Mereka "?



Kita mahu membantu mereka yang memerlukan. Mereka tiada apa yang kita ada! Mereka Sedih saat saat kita gembira bersama KELUARGA. Jadi apa salah nya sedikit sumbangan yang kita dapat berikan semampu kita dapat mengukir senyuman di  " Jiwa Mereka ". Insyallah.

Rumah Aman adalah sebuah rumah anak yatim yang terletak di Shah Alam.Rumah ini mula beroperasi pada tahun 2005 sehingga hari ini.

Bagaimana Cara Untuk Membantu Mereka? Senang Je.

Dermakan.....

1) online : Anda boleh membuat sumbangan terus ke Rumah Aman melalui Perbankan online Maybank 2u. Taipkan begini - "Nuffnang TLC Janji Me S2" dan tujukan kepada Rumah Aman (Shah Alam) No Akaun - 562106720433 (Maybank)

2) Via Milkadeal : Juga boleh menderma dengan mengelik sini.

3) Via Cek : Cek juga boleh dihatarkan kepada Nuffnang Sdn. Bhd. dan dihantar kepada          alamat ini,
                   12B5 & 12B6, Heritage house
                   33 Jalan Yap Ah Shak
                   50300 Kuala Lumpur.

* Derma ni boleh tolak cukai Korang tau! Rumah Aman akan mengeluarkan Resit*

UNTUK BLOGGER - Sebarkan!

blog la pasal ni.mana tau ada "Readers" korang yang baca pasal ni akan bantu mereka. almaklumla saya mana ada ramai "Readers" sangat pon. so please please please SEBARKAN benda ni ok!sayang korang!

Dan Sokong macam saya! Tengok dalam kotak merah yang tak nampak sangat tu.


Untuk maklumat lanjut tentang program ni Klik Sini.

Untuk maklumat lanjut tentang Rumah aman Klik Sini.

P/S : Memberi itu LEBIH BAIK dari Menerima.

Sep 10, 2011

Cars 2 bersama Tersayang!

Setelah tamatnya bulan puasa tahun ini aku memang dah janji dengan "penyeri hidup" aku untuk nonton wayang bersama plus si kecik aku yang comel ni dapat result Exam yang boleh dibanggakan!so nah your REWARD.usaha nya kasi lebih in lagi ya sayang!

ok disebabkan baru lepas bershopping rayer pada bulan nak dekat raye hari 2 makanya harus la duit ku pon enggak mau ada kan.jadi aku syukur kerna...korang ingat enggak entry ni!


Jadi aku pon ade 4 complimentary pass! so aku boleh hangkut 3 orang insan yang disayangi untuk nonton bersama.Jadi Jimat kan. Thanks TGV. i love you NUffnang!


Nampak tak RM 0.00 tu? Jadi tak kena bayar apa apa la maksudnya tu.haha.best weyh! kalau dapat cam ni selalu memang muka aku je la kat panggung tu.hehe.

ok disebabkan ini cerita mulanya pada jam 4.50 pm.kami ada kat situ pada jam lebih kurang 1.45 pm maka harus lah kami berjalan jalan sampai lebam!

first Activity - Makan luuuuuu!

kakak - sizzling chicken yee mee.sedap.strawberu blended.lazat.
sayang - nasi ayam.enak.honey dew.yummy.
Adik - Jagung manis @ sweet corn.kurang rasa.choclate blended.creamy.
Aku - Mocha blended.waallawei la.makan tiada.sekian.

kakak kenyang!erkkkk.Alhamdullillah =)


adek kesian =(

sayang mkn nasi ayam.aku makan hati ayam je.hehe.
aku lapar pada ketika itu! Tapi aku kesian kat si kecik tu.dia tak boleh makan bendabenda kat situ sebab dia kena demam cacar. Aku tak sampai hati nak makan sesedap depan dia. Get well soon sayang!kalau tak memang dominos la gamaknye.tak pon Sushi King.yummy!


Kesian si kecik kesayangan aku ni.kecik kecik pandai segan ade tompok kat muka semua.jalan pakai sunglasses aku.baju angkat naik atas.alaahhaaaiiii comel anak buah aku ni!

Second Activity - Melepak sampai boleh masuk panggung!



ok.cukup cukup la tu kan.Thanx TGV.Thanx Nuffnang.lain kali bagi la lagi ye =)


p/s :hey.memara memara tak boleeee.aku nak tengok Raya Tak Jadi!

Sep 8, 2011

Sharing : Haiwan Peliharaan


Kalau salah tolong tunjukkan.Aku bukan ustazah mahupun orang yang ariff hal hal agama.Aku penah buat entry pasal haiwan peliharaan.Bela anjing macam Paris Hilton gila tak cool.

"Mengikut pandangan Mazhab Shafie, anjing adalah termasuk dalam kategori najis berat (mughallazah). Kalau terkena air liurnya, maka perlu disamak dengan 7 kali air mutlak dan sekali dengan air bercampur tanah.Menyentuh dan memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum islam."

"Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah dari perkara buruk, menjaga tanaman dll"

"Tidak boleh memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan atau untuk dijadikan perhiasan di rumah "


Sumber : Sini!

p/s : kalau rasa nak bela haiwan untuk dijadikan bahan seksaan baik tak payah tambah dosa ok!

Sep 7, 2011

Good Bye Bodyshop!

Pelbagai produk telah saya cuba tapi muka semakin bertambah teruk.haha. ada macam ayat iklan tak? 


Syukur Alhamdullillah kulit muka tak de la seteruk mana.Takat kulit minyak minyak tu aku rasa normal la kot dengan keadaan cuaca kat malaysia ni.aku rasa kalau nak hilangkan minyak kat muka ni kena duduk kat JEPUN.woohhaaa i LOIKE!hehe.

Masalah yang aku hadapi :

Muka berminyak - sangat!

Jerawat - ala ala kadar je.(maksudnye bukan sentiasa ade.ada time time la.bile sampai time tu emosi akan terganggu.sekian.)

Parut Jerawat - yang ini pasti! walau jerawat tu tumbuh enak masak ranum kat muka aku ni ikut time.Kesan jerawat ni makan tahun woooo nak hilang.BENCI.hehe.aku lupa pakai Dynamo barangkali.haha.boleh?

Ok sebagai perempuan aku sangat pasti mesti semua pon nak nampak cantik walau diri tak secantik Fatin Liyana, tak sehebat Cik epal, tak secomel yuyu zulaikha yang suker telan 4 biji cekodok sekaligus, tapi naluri untuk menjadi cantik dan nampak bergaya sudah semestinya ada pada seorang insan yang bergelar wanita.tipu la kalau tak de.orang lain lu orang boleh tipu tapi ce try tanya diri sendiri. and korang akan jawab YES!kalau la aku cantik.bla bla bla bla.berangan mesti ada sesiket kan?

Setiap insan mempunyai kehebatan masing masing. cantik luaran orang lain nampak. tapi cantik dalaman sendiri jaga ok.hati kasi GRED A.*semoga kita sama sama menaiktaraf gred hati kita setiap hari.amin*confident tu penting.bila confident sure korang akan rasa diri korang tu cantik!

ok aku nak cakap aku menyesal guna product Bodyshop untuk kecantikan luaran aku. Disebabkan kulit aku berminyak jadi aku sehabis boleh mencari produk untuk membuat kulit muka aku tak berminyak.Jadi aku pon guna la produk ni....


Lama jugak la aku guna hampir setengah tahun lebih kot.Hasilnya :


Muka berminyak - 

muka berminyak tak dapat diatasi!

Jerawat - Jerawat dah tak tumbuh ikut masa.sepanjang masa ada jerawat!

Parut Jerawat - Parut dan kesan jerawat makin bertambah untuk menyerikan wajah ku ini!
Kewangan - huh!yang penting membazir sebab mahal!

Tapi aku tak kata produk ni tak bagus.cuma mungkin tak sesuai dengan aku.buktinya kakak aku masih pakai sampai sekarang dan dia mempunyai kulit wajah yang halus mulus!cheeewaaah.hehe.tapi itulah kenyataannya.produk itu telah memberi kesan yang positif pada kakak aku.cuma mungkin kulit aku kata jangan membazir duit.cari je produk yang murah.hehe.

Masa aku tukar dari produk lama pada bodyshop ni kulit muka aku okok je sebenarnya.tapi sekarang aku dah berbalik pada produk lama.Murah.Menjimatkan.Memuaskan.


Selamat kembali Aiken.Nyah kau Jerawat Jerawat.tapi produk ni pon mungkin bagus untuk aku tapi tak bagus untuk orang lain.

p/s : aku masih menggunakan perfume, parfume, body spray dari bodyshop dan aku rasa berbaloi!bau best.harga okok.beli la time sale baru best.hehe.

Sep 6, 2011

Semangat Hilang Kembali Pulih

Selamat Hari raye lagi sekali.masih mood raye mungkin.mungkin juga mood bercuti.rindu pada kekasih hati juga mungkin.*gatai*janji nak hupdate blog pasal tema merah last week tengok tengok tak de jugak.bukak blog tengok tengok tak de Blogwalking pon sebab hati macam samar samar lagi.hehe.selamat bersemangat teman teman.semoga hari ini dan akan datang nak lebih ada semangat.insyallah.

sebenarnya, idea macam bercurah nak cakap pasal ni pasal tu tapi disebabkan kekangan masa jadi tak sempat sempat.haha.macam PM tak aku?cheeewahhh! tipu.sebenarnye aku yang bapak punya pemalas.almaklumla banyak keje nak kemas rumah lagi.nak basuh pinggan lagi.nak basuh baju lagi *tipu* nak tolong mak masak lagi *ini lagi la tipu* haha.

ok here we come! am talking bout red colour! you know what colour? i said RED! follow me RED!good! RED!
pertama raya di rumah atuk!

pagi raya bersama .merah effect lebih la.haha.

aku pon tak tau bile masa dorang snap ni!

ketawa kegembiraan kami!
cukup la 2.tema tahun depan need to be confirm later.may be GREY.oh ada lagi gambar peberet aku.mereka cahaya indah kehidupan aku.

kegembiraan dua beradik je pon.

muka ikhlas si adik pada kakak.

budak nakal mintak maaf kat aku.hehe

Tahun ni tak dapat duet rayer!ada sapa sapa nak bagi muka aku senyum happy cenggini tak? kalau ada boleh contact aku.bank in pon moleh.hehe.

dengan bangga tayang duet raye!dia ada! aku tak de!


Kan aku dah cakap muka PUAS HATI!haha.sayang budak nakal ni!