Aug 30, 2011

Setelah Seminggu Bercuti


Last Entry aku bertarikh 24 August 2011. Jadi hape maknanye? maknanye aku dah cuti berblog selama seminggu.hehe.aku sendiri yang approve cuti aku.kalau nak tambah cuti lagi pon aku hokey sajo!tapi tapi tapi kerinduan berblogging dan membaca entry entry dari sahabat sahabat blogger yang lain membuatkan aku tak nak tambah cuti.kuangkuangkuang.haha.
-
-
-
-
-
ok di kesempatan ni aku nak cakap.....


Selamat Hari Raya Semua
Minta Maaf Andai Terkasar Bahasa
Tergurau Terlebih Kata
Tersombong Tak Tentu Hala
Sesungguhnya Aku Manusia Biasa
Maaf Dipohon Dari Hujung Kaki Ke Hujung Kepala Ya

Apa macam cuti raya korang? BEST TAK? Aku raya biasa biasa je. almaklum la bonus pon tak bape nak ada, jadi harapkan gaji aku berbelanja untuk shopping raya. tapi Alhamdullilah Syukur! semuanya cukup. Sederhana saja. Oh kami pakai baju raya Merah tahun ni. Sebab family aku memang bertema setiap tahun jadi tahun ni giliran Merah la. Esok aku update cerita raya pertama ok.

Jadi Motif di sini adalah...

-
-
-
-
-

SELAMAT HARI RAYA SEMUA. MAAF DIPOHON DARI HUJUNG KAKI KE HUJUNG RAMBUT YA!


p/s : ok.aku nak start blogwalking.hehe.

Aug 24, 2011

iPad 2 Lagi Best OooOoo

Yeayyyy ade Gadget baru. Hati senyum lebor lebor la ni. muka berseri seri penuh cahaya ramadhan, mulut manis bak madu dan gulagula! Aku ada Ipad 2! Kau ada ke?haha.

Semalam kan sempena hari terakhir aku berkhidmat di jabatan berkenaan pada bulan puasa ni sebab hari ni aku dah start cuti, hehe, teman seoppiss ku telah menghadiah kan aku sebijik iPad, wow! ohseemm kan? siap ada cover kaler merah MAK NGAH lagi. comel kan! haha. TIPU! 

Aku suka tipu kan?haha. Tapi aku tipu jujur. Mana ada tipu betul betul tau korang. kan aku taip TIPU tu guna "CAPS LOCK ON" pas tu siap bold. siap LARGE FONT lagi tau.hehe. TIPU JUJUR boleh kan teman teman.hehe.

Aku pinjam je iPad dia untuk godek godek. jakun tak? haha. lantak la. tolong la bagi aku chance nak pinjam iPad 2 tu.heehee. Penat aku menghupdate status kat pesebookkk aku nak bg via iPad kat bawah status tu. tapi tak berjaya! yang kuar macam ni.

tengok kat kotak yang aku keler merah 2!
Nasib la aku ada teman seoppiss ku yang bekerjaya sebagai PROGRAMMER.dia la yang tolong godek godek kan iPad tu. hasilnya,

dah ada via iPad kan.
Programmer tu aka cik teem *sebulanlaginakjadipuanda.wink* Ada bagitau semalam tapi aku tak ingat dia cakap apa.haha.ok moral of the story, kalau aku tak de iPad sekalipon, sekurang kurangnya aku da tau guna sikit sikit. ok la kan.hehe.



p/s : pagi tadi aku tengok 'Tanya Ustaz', Ustaz tu cakap untuk entry aku yang Klik sini. yang haram tu dari segi najis dia, contoh la kalau nampak anjing tepi jalan tu sakit, tolong anjing tu, bawak masuk dalam kete, bawak pergi klinik, tapi kena la jaga batas batas dia. apa syarat syarat dia korangg google la sendiri.

Aug 23, 2011

Haiwan Peliharaan

korang kan kan kan ada banyak choice haiwan peliharaan ni tau tak? Yang murah, Yang comel, Yang Cantik, macam macam ada,nak yang tak de modal boleh kutip kat tepi jalan tu kucing comel comel belambak, tak pon tangkap ikan kat sungai ke ape ke, nak mahal siket ada class siket pergi beli kat Midvalley tu! aku tak ingat ape nama kedai dia. tapi sama level dengan wayang tu la. kan ada kedai pet. memacam ada jual kat situ.haaaa.pilih je la mano yang ekau suko yo!


ok ni choice pertama rakyat malaysia aku rasa, kajian menunjukkan 79 % rakyat malaysia pernah memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan FAKTA INI TIPU.hehe.kucing comel pon ade kembar jugak.ape korang ingat pemain bola je ada kembar?kucing comel pon boleh jugak maaaa!


Comel kan Rabbit nie! warna hitam putih so orang ganu  dengan orang pahang je boleh bela ok.hehe.TIPU JUGAK. aku pon penah bela rabbit time sekolah rendah dulu. tapi kaler putih suci murni. time bagi dia makan kacang panjang kan kan rasa macam nak cakap cam ni.alolololo comelnye rabbiiiittt kiteeerrr nieee!

Kalau bela ikan emas pon ok kan. Ikan ni sapa yang nak jadi kaya je boleh bela tau.haha. jaga tak de la susah mana. tapi kalau ikan ikan ni korang cuma boleh tengok je la dalam aquarium tu. tak macam kucing dengan rabbit.boleh pelok pelok kalau geram.hehe.eh tapi boleh jugak kot pelok tapi pelok aquarium je la.hehe.
Nak yang ekstrem ? haaaa ini pon boleh tau tak.tapi aku tak tau la spesies apa.yang aku pasti ada la jenis yang korang boleh bela.tapi mesti la bisa ular tu dah buang kot. ada membe fb aku yang bela ular tau. plus dia perempuan. nampak ekstrem kan. HEBAT! 


haaaaa Yang ni tak COOL! Tolong jangan jadi PARIS HILTON hokeyyy? Kita duduk kat mana? guna mazhab ape? tak payah orang lain terangkan kot. budak tadika pon tau apa boleh apa tak boleh. Tepuk Dada Tanya Selera. semoga bulan ramadhan ni membawa kita sama sama ikut arus yang betul.amin.

Aug 22, 2011

Penulis Terkenal : Siti Nor Aishah

haaaa! dari kekecik kena ada cita cita cenggini! baru classs!haha
Senarai cita-cita

Tadika : cekkkguuuuuu
Darjah Satu : Doctor lah!
Darjah Dua : Ustazah
Darjah Tiga : Caunsellor
Darjah Empat : Peguam
Darjah Lima : Peguam
Darjah Enam : Peguam

Masuk Tingkatan aku dah tak ingat cita cita aku apa.yang aku tau aku nak jadi arkitek masa tingkatan 4.sebab aku rasa arkitek tu macam cool kan.hehe.tapi tak ada rezeki mungkin.tak pe lah.tapi aku ada satu minat yang macam aku rasa dari dulu sampaii sekarang tak berubah.aku kan suka menulis.kalau tak caye klik sini. Jadi kadang kadang aku rasa macam aku nak jadi penulis. korang rasa boleh lagi tak?hehe.

Korang nampak tak cita cita aku dari tadika sampai derajah enam tuuuu?semuanya aku rasa kena banyak bercakap.haha.sebab aku suka pot pet pot pet tak benti benti.Jadi aku rasa aku banyak idea kalau nak mengomel, bagi pendapat dan sewaktu dengannyerrr.hehe.

Cuma disebabkan kekangan masa.cehhh ini alasan ke hape.haha.aku dah start pon tulis siket siket sekarang ni.tapi kalau bukan rezeki aku untuk memBUKUkan tulisan aku tu.untuk jadi koleksi dan bacaan sendiri pon ok kan.aku rasa la.korang rasa?haha.Kalau ada rezeki ada la.kalau tak de bukan rezeki aku la maknanya ye dak?hehe

Tapi apa yang aku tau kalau Usaha + Rajin + Tawakal + Doa + Yakin sama dengan INSYALLAH berjaya.tapi first step tu kena ada la.rajin berusaha yang penting yakin jangan lupa ALLAH! doa dan tawakal je lah.ok.

p/s : Novelis terkenal, Azizi Abdullah meninggal dunia pagi semalam.Alfatihah.sama sama kita sedekahkan kepada beliau.semoga rohnya dicucuri rahmat.amin.


Aug 21, 2011

Iftar NFE at Kelab Darul Ehsan



hehe.Title entry copy dari nama album teman seoffice ku iaitu Syida. Jumaat yang lepas bersempenaan birthday aku pada semalamnya *TIPU*, My Big Boss telah membelanjakan staff staffnya semua berbuka puasa bersama sama di Kelab Darul Ehsan atau nama sesingkatnye KDE.hehe.Terima kasih.


Selepas lebih kurang dua ke tiga minggu aku tak jejumpe dengan teman seofice ku ini,Kerana aku sangat busy dengan kerja luar.haaha.busy la sangat.TIPU JUGAK. Jadi dengan excitednye, aku menjoinkan diri untuk berbuka puasa bersama sama dan aktiviti paling penting GEGOSIP.ini i loikkkeee!tapi forrum tak cukup.hehe.next time may be.plus bulan puasa!haha.so tunnggguu lepas bulan raya la yer.


hehe.aku rasa semua pon perasan kan angel picca semua same je.tapi ade aku kisah.haha.aku suka sangat sangat gambar gambar ni! so aku tak tau nak pilih yang mana. so aku upload la memanyak!molehhh kann?


Karen yang tangan tak berapa nak sedia.aku buat muka macam comel! *PELEMPANG* Teem buat muka manis je kan, mestilah manis. darah tengah manis. hati tangah memunge munge banyak tak sabar nak naik pelamin kot.hehe.aku pon nak darah manis jugak tapi pitih tak de.lagu mane?haha.*GATAI*


Aku suka suka suka suka sangat gambar ni! tolong la sedarkan diri aku yang perasan ni.haha.sebab aku rasa cantik! ayu! Manis! semua lah yang positif kat aku dalam gambar ni.senyum tu dah cukup ikhlas la babe! kuang kuang kuang kuang. aku pon harap keikhlasan dalam memberi senyuman tu sentiasa ada pada aku.amin.


Comel kan gambar mereka berdua? aku yang amek mesti lah comel.haha. cetttt yang lain jangan cakap comel dan cantik ok.aku je boleh! dua dua telah menjadi milikan orang lain. dua dua darah tengah manis.bila darah aku nak manis ni? asek masin je! asek nyamuk yang suka darah masin je yang gigit?haha.

 ok.time ni nak balik da.tapi kan kan kan aku nak bgtau korang satu rahsia.pssssstttt* gambar ni tipu! aku nampak LOW HEIGHT sebab aku sorang je pakai selipar burok! yang laen semua pakai kasut yang tinggi-tinggi ok! jadi jangan sape2 berani cakap aku LOW HEIGHT.cakap comel tak pe.hehe.aku suka.


See See See See aku dah cakap yang lain semua pakai kasut tinggi tinggi. enough said aku bukan LOW HEIGHT. aku cuma comel dan comel dan comel lagi! *PELEMPANG*



wooooo! heaven nya dapat makan eskremmm sambil tutup mata! tak caye ce try ce try.pas tu habaq mai heaven tak heaven.kalau tak.nasib korang janji happy.hehe.


Mata aku dah buka balik.hehe.aiskrim keladi sedap.aiskrim pistachio tak sedap sebab ade mint.tapi kalau orang belanje tak yah kuar duit sendiri memang semua pon sedap kot.haha.


OK! aku dah mula mengarut.pegang manggis dengan bunga.agak agak ada tak tokey manggis nak amik aku jadi duta manggis?Tolong la tokeyyy!amik la aku.tak tokey manggis tokey munge nak amek aku jadi duta tak?tolong la tolong la tolong la!haha.

Aug 19, 2011

Semuanya Bermula Dari Lapan

Hidup aku memang banyak kaitan dengan nombor ni. Aku anak ke lapan. Aku lahir bulan lapan. Pokok pangkalnya banyak la kaitan dengan no. lapan ni. Jadi maknanya aku memang suka no lapan. tak kire la org lain cakap "lapan ni tak deee onnnggg lu tau ka? " gua jawab balik "itu lu punya pasal la, wa memang manyak onngg maaaa "

Pada 18 ramadhan, Pada 18 August, Pada 18 hari kita berpuasa, Pada 18 hari kita berada dalam bulan August, Pada 22 tahun yang lalu, mak aku telah melahirkan seorang bayi yang comel! Iaitu aku la! huaaaaaaaa!paaanggg!lempang diri sendiri! haha!

Terima Kasih Keluarga Tercinta!
Terima Kasih Kekasih Hati!
Terima Kasih Sahabat² !
Terima Kasih Teman Sekolah!
Terima Kasih Rakan FB!
Terima Kasih Blogger!
Terima Kasih Semua!

Ceehhh.macam retisss tak?haha.sekali sekala ok kan kan kan.Terima Kasih semua sebab buat aku rasa bahagia dan dihargai. semoga bahagia ini sentiasa menjadi milik aku.amin.

Thanks sayang! celebrate tepat jam 12spoloh minit am di rumah  bersama!

Wohhhaaa! i love the parfume!

comel kan choclate from my best ever friends!

Thanks sayang untuk coklat itu!
Terima kasih sekali lagi untuk semua kerana membuat aku berasa begitu berharga! cheeewaaaah! Kadang kadang hadiah itu tak perlu pon untuk tunjuk rasa dihargai (tapi kalau bagi hadiah aku suka gembira happy.hehe). ucapan tulus ikhlas dari semua melalui FB, Blog, Handphone, dah cukup untuk membuat aku rasa dihargai.Thanks semua.

oh lupa aku dah collect hadiah birthday aku dari nuffnang. First time datang office nuffnang. Office dorang best! dorang friendly! Environment rasa segar! semua la memang terbaik!

Yahhhoooo.boleh tengok wayang freee woooaaa!
kalau nak tau cerita pasal hadiah best ni klik sini. ok Thanks Nuffnang sayang! Thanks TGV sayang juga!

p/s : Aku sayang la kat korang!

Aug 16, 2011

Urat Belikat Bersimpul Simpul!

nie gambar hiasan je ok.urut tradisional tak macam ni tapi lagi best.
Siapa tau cenggane rase Urat Belikat Bersimpul Simpul?waaaaaa! sakit gile wa cakap same lu. Tak boleh tidur malam, bila dah pagi pagi nak dekat subuh baru boleh tidur kan, bangun pagi badan rasa bengkak.huwaaaa! seksa dooohhh!

Tiga hari Tiga malam aku tahan seksa. tu la cakap mak tak nak dengar. mak aku suruh panggil "nenek tukang urut" aku tak nak.konon konon boleh survive lagi ni. esok ok.esok ok.pas tu kau tanggung la sendiri.nak sedap kan hati tak pe Allah bagi sakit sebab nak hapuskan dosa dosa kecil.positif tak aku?hehe.

Last Last aku tak tahan hari ahad hari 2 aku berurut la jugak.mangaihhhhh! urut pon saket. bile "nenek" tarik urat  urat aku.huwaaa cover air mate cover air mate ok.tahan sakit tu.alahaiii tak kan tu pon nak nangis.ape daaa.tapi nasib baik aku terer boleh cover air mate aku tu.hehe.

Tapi sakit lagi sekarang ni.aku kena urut lagi ni.terpaksa la balik rumah mak aku.mak orang sakit.malam ni sapukan minyak yerrr.oh maaf, saya anak manja.haha.

p/s : sape nak urut tradisional jugak boleh la jumpe "nenek kat umah aku ni.dia urut best .hehe.

Aug 15, 2011

Menulis Itu Satu Terapi Otak!


Aku memang suka menulis. sebab tu karangan masa sekolah sekolah selalu dapat 'A'.kuang kuang kuang kuang padahal time UPSR, PMR, SPM tu nasib je bahasa melayu aku 'A'.berpatutan dengan tahap kerajinan aku.huahuahua.perjalanan kehidupan pembelajaran aku nanti nanti la aku cerita eh.

Dari kecik sampai besar aku memang kuat nangis! Pantang sentap siket meleleh je air mata.aku memang low confident giler la kot. ye la kecik kecik dulu aku ingat mak bapak aku tak sayang aku. sebab aku ni anak angkat dorang je.sebab apa aku anak angkat?sebab kakak aku putih.aku je tak bape nak putih atau kata lain hitam manis je.tapi tapi hitam manis tu suweeet kan.tolong la kata MANIS.haha.tapi sekarang bila dah besar gedabak ni aku tau semua orang sayang aku.sapa tak sayang family babe?

Jadi Oleh sebab aku ni low confident dan kuat sensitif, aku suka tulis apa yang aku tak puas hati. apa yang aku dok sedih. sambil tulis sambil air mata meleleh leleh.COMEL TAK?comel kan kan kan!haha.

Aku ada banyak version diary ni.diary peribadi, diary kekasih, diary yang utk lukis gambaran hati,financial diary, macam-macam ada wa cakap sama lu der! Dulu kalau takut ada orang baca , lepas tulis panjang lebar tu aku akan bakar kertas tu @ koyak sampai jadi kecik kecik. Janji aku puas dah lepas kan semua dalam sehelai kertas.

ini diary since aku sekolah tingkatan tingkatan lg.

ini financial diary.sesen pon aku kira.nak cepat kawen.haha.

ini tempat nak lukis lukisan jiwa.kan ade kaler kaler 2.
ini cerita gembira, suka, duka aku bersama en.kekasih hati.
p/s : see see see ni baru siket aku punya buku tulis tulis.ada lg buku nota kecik buku merepek sebab aku suka buat terapi otak ni.haha.

Aug 13, 2011

Credit Card ! Oh No !


Dapat Credit tanpa apply pon! Great kan! TibaTiba sampai bil kena bayar ! Eh! boleh pulak macam tu.bank ni memang saje nak cari pasal dengan aku ni!

Aug 12, 2011

Lagu Tema Kemerdekaan-Malaysiaku Gemilang


lirik atas -asking en.google kalau tak ingat yer.hehe.
Malaysiaku Gemilang
Merdekanya Terbilang
Berdaulat Dan Makmur
Berjaya Kami Syukur

Malaysia...
Kebebasan Kedamaian
Malaysia... 
Kebahgiaan Kedamaian
Malaysia...
Cemerlang Terbilang
Malaysiaku Gagah Gemilang

Merdeka! Merdeka! Merdeka! patriotik tak saya? Harus la semangat kan. Memandangkan sekarang ni bulan puasa dan semua pon sibuk nak buat preparation raya la apa kan. Merdeka macam ingat tak ingat je kan.hmmm.

Tapi tapi tapi ape salahnya sambil sambil pasang pelita kat rumah tu kita gantung bendera malaysia sekali baru la anak Malaysia kan. Merdeka Raya dan Raya Merdeka.hehe.GREAT!

Aug 11, 2011

Nukilan Mazidul Akmal Sidik

Aku godekgodek email yang diforward kan oleh en kekasih hati dan aku rasa benda ni macam best untuk dikongsi sesame kite kite semua.Korang suke ke kalau dapat email berantai.ok aku tak suke.bace pon tak aku terus akan deleted! tapi email ni aku rase ade faedah untuk dibace...

Ok ini Fakta!

" Kalau hari biasa, kalau korang pergi pasar malam belambak lambak peminta sedekah yang akan minta sedekahkan.Tak payah kat pasar malam meh jalan kat KL ni pon dah cukup melambak! Lagi Lagi kalau tengok budak budak yang minta sedekah...alahai comelnyerrrrr budak ni..kesian dia...paling kurang pon kite mesti keluarkan RM singgit dari dalam poket kan kan kan.Sindiket culik budak budak ni ntah bile nak the end ntah. aku nak nangis tengok budak budak 2! Kesian! "

"Kalau yang minta sedekah tu yang betulbetul memerlukan tak pe..kalau yang macam ni ?cane 2 "







Aku rase tak perlu nak kot aku citer panjang lebar benda ni.korang tengok flow gambar tu pon korang boleh faham kot.kalau tak faham lagi meh kasi email korang aku forward kan email ni.malas tak aku?hehe.

p/s : gambar ni aku edit tapi sumber asal dari email Nukilan mazidul Akmal sidek....

Aug 10, 2011

Birthday Present From Nuffnang?

Daily Progress Report Sent - ok done!
Transfer Site Picture - ok done!
Report - ok done!
Charge battery Camera -ok done!
Check email - ok done!

eh...kejap! Nuffnang hantar email !
-
-
-
-
-
Dear Nuffnanger,

Happy birthday from all of us at Nuffnang and the good people at TGV Cinemas! and bla..bla..bla..bla...
TGV Birthday Suprise For Nuffnangers =)
Wow! ohseemmm! aku ni baru je berkenalan dengan nuffnang dah depa dok bagi birthday present..happy ni happy ni ! Siap boleh pilih filem apaapa pon ok.hebat kan.ini ohsemm! Thanx en. Nuffnang. Ni yang sayang ni. Walaupun BE baru berposen je tapi dapat hadiah cam ni pon dah buat aku ucap SYUKUR! Thanx jugak buat Follower yg bagi support!sayang korang deyh! 

Thanx a lot Nuffnang! Thanx a lot sebab bagi TGV Birthday Suprise for Nuffnangers! Thanx a lot TGV Cinemas!


p/s : aku excited lebih @ semua blogger yang daftar Nuffnang dapat.haha.aku tak tau. tapi aku happy sangat dapat present!yeaaay! Thanx Nuffnang and TGV cinemas!

Aug 9, 2011

Air Mata Kasih....


Sebab apa aku tibatiba nak sebak?sebab aku perempuan!Sebelum KFCM dok keluarkan statement, aku mengaku aku agak tidak menyokong tindakan Elia buat status fb salahkan KFCM, I am veryvery sorry Elia....

Tapi bila hari ni aku blogwalking blog dia..Ya Allah bertitistitis air mata aku jatuh sendiri dan dengan tibatiba makin bawah aku baca makin banyak la plak air mata yang berderaiderai!bak kata pepatah "Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul" 


Tabahkan hati Elia! Jodoh Ajal Maut di tangan Tuhan.Aku sangat sokong dengan statement Elia yang nie...

“Tak perlulah dibahaskan punca sebenar keputusan kami untuk putuskan pertunangan ini. Tak guna kita saling menuding jari dan masalah pun tak akan selesai. Ini semua ketentuan takdir dari yang Maha Esa. Memang saya akui, masing-masing ada salah dan silap. Segala punca dan cerita secara details biarlah hanya saya, dia dan Allah sahaja yang tahu. Tak perlulah saya nak mengaibkan mana-mana pihak kerana banyak hati yang perlu saya jaga. The last thing i ever want to do is to hurt those people i truly love.”

Awak masih muda remaja Elia. Banyak lagi benda lain yang awak akan kejar dalam hidup ni..Jangan menyesal dengan apa yang dah jadi...Pengalaman sekarang akan buat awak lagi matang dalam membuat keputusan, ramai yang mendoakan kebahagiaan untuk awak.

sape yang nak baca lagi dan lagi dan lagi boleh klik sini...

jangan menyesal dengan apa yang jadi...
bersyukur sekurangkurangnya
kerana dia pernah hadir untuk membahagiakan kita...

Aug 7, 2011

Mak Cik Hajjah Sitt Al-Wuzara


Sape kenal dia?Sape penah dengar citer pasal dia?Sape yang hebat boleh membongkar identiti dia?

Aku tak kenal dia sampai la aku blogwalking terbaca pasal dia...

"ASTAGHFIRULLAHALAZIM......."
mari kita sama sama doakan dia kembali ke pangkal jalan dan mendapat hidayah..."


Korang nak tau boleh baca kat blog nie...


http://fizal2310.blogspot.com/2011/08/hajjah-sitt-al-wuzara.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FVxcp+%28JOURNEY%29

pas tu klik la apa yang beliau suruh klik ok..

Dunia dah nak akhir zaman mungkin.Semoga kita diberikan petunjuk supaya tidak tersasar dari landasan ISLAM...amin ....

Aug 6, 2011

Bila Semangat Jati Diri Meninggi...

Selamat berpuasa hari ketujuh sahabat handai rakan taulan dan jiran tetangga sekalian.muahahaha =) hari ni pagi pagi subuh lepas sahur, lepas solat jemaah dengan emak, lepas mandi pagi pagi ni, rasa segar rasa fresh rasa nikmat segala macam, hehe.sampai abang aku cakap...

abang : eh...kau ni mimpi apa mandi pagi pagi ni ?

adik yang baik : aku mimpi kau kahwin dengan tuan puteri =)

abang : -rehat sebentar then baru jawab- eh...ye ke?yeeeeeehhhhaaaa!

adik : -dalam hati- garekkk betol la dia nie!haha...

cehhh..setiap hari kot aku mandi pagi pagi subuh, cuma weekend je malas menyelubungi diri ni.haha.ok ok sebenarnya kan kan kan aku nak cakap kan bahasawanya, sekarang ni makin naik serbuk penaik semangat blogging aku bila follower aku dah bertambah dari sehari ke sehari..Alhamdullillah, syukur...

Aku start buat blog since 2009 kot.tak bape nak ingat sebab time tu aku tak da follower then aku tak faham sangat apa fungsi blog -macam sekarang kau faham sangat kan.haha- 

Dulu 1 Entry tak da sape pon nak komen, kecuali kawan aku je la kot.haha.sekarang 2 ke 3 komen pon dah cukup buat aku sengeh lebar lebar bila sign in ada comment yang nak kena approved.Syukur!

Dan semalam bila aku post entry Katakan Tidak Pada Driving Sambil SengehSengeh...telah dikomen oleh blogger yang telah menjadi sifu kepada Cik Epal pasal nuffnang ni...dan blogger tersebut adalah
-
-
-
-
-
-

aku baru follow beliau semalam dah terus beliau komen.thanx Sifu Cik Epal.hehe.ni kat bawah bukti yang aku dah siap print screen komen beliau...

cane nak suruh orang klik gambar ni jadi besar.haha.aku tak tau.

p/s1)  : anim tu adalah follower aku mulamula dulu dan dia jugalah pengomen aku yang ada.hehe
p/s 2) : dah try godekgodek setting n buat macam sifu cik epal buat.hehe.thanx yer =)

Katakan Tidak Pada Driving sambil SengehSengeh..huhuhaha =)

macam ni la muka aku aku bila ngadap jammed kat jalan raye tu
tapi aku versi bertudung dan kulit agak hitam siket.hehe...
sumpah tipu!ini comel!hehe..

Sape Ada Sakit Macam ni???ke aku sorang yang ade penyakit bapak giler punye nak mampus punye pemalas..hahaha...aku cuma rajin nak drive kalau nak pergi kerja (tapi zamanzaman kekasih hati aku hantar amik pergi balik..sumpah heaven!)  dan kalau aku bawak mak aku, sebab mak aku dah tak ada choice nak suruh anakanak lain.haha.kalau tak memang tak la aku nak drive.

Aku cuma rajin kalau aku ada kerja luar dan cuma aku sorang boleh memandu tapitapi Kalau aku ada kerja luar, bila aku ada temanteman lain yang ada lesen dan boleh membawa kereta dengan hebat, maka dengan bangganya aku boleh duduk diam di sebelah sit drebar.muahaha gelak happy*happy* 

p/s : padahal zamanzaman mula dapat lesen lepas spm dulu, bukan main menggelitik lagi aku nak drive kan.tapi tapi tapi sekarang aku dah malas...nak drebar bolehhhhh???hahhahaha...

Aug 2, 2011

Wordless Wednesday : smiley smiley

smiling....smiling....and smiling again. sengeh gelak ketawa sampai blushing blink* blink*..huhuhehehaha