Assallamualaikum W.B.T
Hai blogspot,
eh eh.tengok list entry semakin meriah lah.haha.
Hadap je lah sementara mood aku masih meninggi.
So hello and hai sekali lagik.hik hik. selamat hari rabu untuk hari ni.
hep! dah rabu.keje siapkan cepat!
Baik lepas lunch kita sambung report ye :)
Eh.Hari jumaat lepas tak sempat masak dan berbekal bekalan.
so makan luar lah malam tu, makan kat mane eh? tak ingat.tak pe tak penting.
Dah malam sikit tu singgah pasar malam nak carik kudap kudap time memalam.
Dapat Tongkeng ayam, kepok lekor singgit, cocunut shake yang sedap and special.
Cukup lah tu untuk tambah lelemak untuk diapungkan lagi.haha.
Tak pe lah, gemok ke kurus ke sape nak kesah? kan!
Oh, masa sebelum nak masuk pasar malam jelatek tu, nampak ada orang mintak derma,
Tapi kali ni bukan oku biasa seperti biasa selalu selalu yang jual tisu atau apa saja,
Hari ni sekali tengok boleh mengalir air mata dari jiwa yang kental macam aku!
Muka dan kepala yang terbakar atau terkena asid, aku kurang pasti.
Pergelangan tangan yang kudung, tak mampu berdiri kalau ditengok dari keadaan kaki.
Walluhualam.
Bila aku tengok dia, Ya Allah Besar betul dugaan hidup dia kat dunia ni.
Aku cuma yakin kalau dia pergi mintak kerja harapan untuk dapat kerja tu sangat tipis.
Maksud aku, Sangat!
Semoga syurga balasan untuk kau di akhirat sana wahai hamba Allah.
Semoga dipermudah segala urusan dunia akhirat untuk kau.
Amin.
Pastu mision diteruskan untuk mencari kudap kudapan time memalam.
Nak beli cocunut shake yang special dan sedap iteww kene beratur.
eh.sebelum beli tu tak tau pon sedap.tapi ahkak adalah penggemar cocunut shake.
so tunggu je lah.lagipon bukan nak rushing pon.
Sementara nak tunggu nampak kedai tepi dia jual gegula kapas.
Gegula kapas tu kan cantik! warna warni! sukeee je tengok.
Nampak ada satu family kecik ibu ayah kakak dan adik beli sebungkus gegula kapas.
Maybe ibu dia suruh adik dan kakak tu share lah sebungkus gegula tu.
yelah benda manis tak elok makan bebanyak!
Si kakak pon pegang bungkusan gegula kapas tadi dengan jelas terpancar kegirangan.
eh eh tetiba si adik bejalan sambil menangis sekuat hati.
Seorang ayah yang faham, lalu mintak bungkusan gegula kapas tadi pada kakak,
Lalu diberikan pada adik yang menangis tadi,
Kakak pon apa lagi, bagi tapi muncung sedapa dan terus jalan kedepan.
Adik lelaki yang menangis tadi senyum kegirangan!
Haha.aku cuma tersenyum dan teringat cerita zaman kecik kecik.
Nanti lah kalau mood meninggi dalam diri kita cerita kat blog ni.
Mane lah tau time time dah tua nanti boleh tersenyum bila baca balik.
Sekarang sambil taip pon tersenyum sambil teringat.hehe.
Till Then take care.
Keep the positive vibes.
Love.
No comments:
Post a Comment