klik here please :)

Jul 14, 2015

Selamat Hari Raya

Assallamualaikum W.B.T

Hai blogspot,
Lame sangat tak log in sini.Asek lalai dengan instagram.errr.

So. Hampir ke penghujung Ramadhan.
Semoga segala Amal Ibadat yang seciput ini diterima Allah s.w.t
In Shaa Allah. Amin.

Awal Awal Ramadhan hari tu,
Seorang Mak cik saudara yang aku panggil Mok De telah pergi Menghadap Ilahi.
Teringat dari kecik aku selalu balik ke rumah Mok De bila balik kampung di Johor.
Yeah, setiap kali itu Mok De akan belikan  aku mainan gegirl gegirl sikit.
Sebab kebiasaannya aku selalu main guli, baling selipar, lari sana sini, round-sedas dengan adik beradik lelaki disebabkan oleh aku tak ade geng perempuan nak main sesama.yeahh so agak kasar sikit.

Bila aku semakin besar,
Aku ada teman lelaki, Mok De adalah Mak cik saudara yang paling eksited untuk majlis perkahwinan aku. yang aku sendiri pon tak tahu bila ia akan berkunjung tiba. In Shaa Allah bila ada jodoh ada rezeki adalah nanti. Itu yang aku pegang selama ini. Mok De cakap kat mak,

"kak, nanti bila Deq Nor kahwin, aku nak tempah kuih yang alah macam kat the chicken Rice Shop tu" (Emak pon sekadar mengiyakan)

perbualan pergi lebih lanjut,cuma isinya aku kurang pasti.Wallahualam.

Tenanglah Mok De di sana.
Apa yang Mok de hajatkan mungkin tak tersampai untuk dirasai bersama.
Terima Kasih atas sedikit rasa bahagia yang kita kongsi selama ini.
Terima kasih sebab jage orang mase kecik kecik dulu.
Terima kasih suapkan orang makan mase orang demam dulu dulu.
Terima kasih untuk semuanya.
Orang sayang Mok de.
Al-Fatihah.

Bulan Puasa ni aku tak banyak keje kat ofis.
So aku melangut asek dok tengok movie.
Mungkin akak officemate yang paling rapat dengan aku perasan,
Dia bagi link kat youtube cerita tentang Umar al-Khattab.
So lebih berfaedah Ramadhan aku di siang hari, hehe.


Tengok pada kelembutan dan terpujinya sifat Abu Bakar al-Siddiq, aku jatuh hati.
Tengok ketegasan dan sentiasa menyatakan yang benar oleh Umar al-Khattab, aku rasa sayang. Allahu Akbar, itu cuma pada lakonan semula, Tak terbayang jika dapat melihat dengan mata sendiri. Berapa kali entah tertumpah air mata. Betapa hebatnya sahabat sahabat Rasullullah SAW.

Aku teringat  satu part,
Umar r.a dan pembantunya Aslam telah keluar membuat rondaan ke suatu tempat bernama Harrah,Sampai kat satu rumah ni, Saidina Umar r.a melihat seorang wanita yang sedang memasak tetapi anak anaknya menangis tak berhenti henti.

Saidina Umar r.a menjadi hairan mengapa si wanita itu hanya menyuruh anak anak nya bersabar tapi tidak memberi makan pada anak anak itu.

Lalu Saidina Umar r.a bertanya kepada Wanita itu,
" Mengapa anak anak itu tidak berhenti menangis? "

Wanita itu menjawab, mereka menangis kerana lapar.
Dan dia cuma masak batu untuk mendiamkan anak anaknya sehingga mereka tertidur.

Wanita itu seperti marah dengan kepimpinan Saidina Umar r.a kerana padanya Saidina Umar r.a kene tengok ramai lagi rakyat yang seperti nasibnya.

Saidina Umar r.a yang bersedih mendengar cerita wanita itu, beliau menyuruh wanita itu tunggu dan akan kembali kemudian.

Setibanya Saidina Umar r.a di baitulmal, beliau mengambil seguni makanan dan mengangkatnya.

Sebaik sahaja beliau hendak membawanya balik kepada wanita itu, salah seorang suruhannya menawarkan diri untuk membawakan guni itu.

"Biar aku sendiri yang membawa guni ini." kata Saidina Umar r.a.
"Adakah engkau sanggup memikul dosa-dosaku di akhirat kelak?"
"Di hari pengadilan nanti engkau tidak akan dapat memikul bebanan-bebanan aku, jadi tidak ada sebab kenapa engkau mesti membawanya hari ini."sambungnya lagi.

Allahu Akbar.kalau lah ada pemimpin yang mencontohi kepimpinan ini.
eh.termasuk bab politik pulak.sory.
kang orang kata mengadu domba macam "saya zahra" pulak.
walaupon ada point yang tak berapa best dalam ucapan zahra.
Tapi pada aku banyak jugak point yang kena diambil kira.

oh.kalau rasa nak tengok cerita ni boleh la layan kat youtube.
dia ada 30 episod. lagik best dari kau layan drama tv3 yang asek kene kawen paksa,
pastu acah acah swett je semenjang kan.sekali sekala layan yang berfaedah sikit.hehe

but this one, HIGHLY RECOMMENDED.
https://www.youtube.com/watch?v=hdog0wFasaU

tu link episod 5 kot.carik la yang episod 1 - 30 sendiri, seriously best sangat & tak boring, 
macam aku dah download siap siap, senang nak tengok kat rumah. 

Eh.lupe pulak, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Jom makan rendang, ketupat, lemang, dodol dan segala, ZAKAT jangan lupa :)

No comments:

Post a Comment