Assallammualaikum w.b.t
Hai blogspot,
Tadi tengok berita keluar keputusan Mahkamah berkenaan kes ketua pembangkang,
Itu keputusan dunia, bersalah atau tidak, Wallahualam, Hanya DIA yang mengetahui,
Aku tidak di di pihak pemenang mahupun di pihak pengalah.
Kita orang luar ni biasa lah, belagak tahu semuanya seolah nampak dengan mata sendiri,
Tapi aku selalu terfikir fikir, Antara di pihak pemenang dan pengalah itu,
Pasti mereka berdua tahu siapa lagi benar, siapa lagi salah, macam mana boleh terus berpura?
(Berpura maksud aku mengatakan di depan sekalian alam dia adalah benar, tak kira dalam penjara ataupun bebas melangkah kemana sahaja)
Tapi satu benda kita kene tahu dalam dunia ni semua berkemungkinan kalau DIA izinkan,
Kadang kadang benda yang ternampak dan terlihat dengan dengan mata kepala sendiri,
Belum tentu ia adalah perkara sebenar yang terjadi, Wallahualam.
Sudahlah dengan cerita politik.aku tidak berminat sebenarnya.
Cuma jangan jadi kera di hutan,eh.Sikit sebanyak kene ambil tahu.
Cuma untuk memberi pendapat.cetek benar pengetahuan.
Faham untuk diri sendiri, Boleh dihadam akal sendiri. cukuplah.
Balik pada cerita Keputusan,
I think i am not a good decision maker.
Tapi di setiap kali aku perlu membuat keputusan, harapan aku cuma satu,
keputusan tu baik untuk aku, untuk family, untuk orang sekeliling.
Semua orang pon macam tu.itu aku yakin.
Dulu masa tingkatan empat,
Aku tinggalkan kelas sains sekolah harian,
Sebab aku nak mula hidup baru, carik keyakinan diri, belajar sesungguhnya.
And Yes, aku pindah sekolah dan ambik Kejuruteraan Awam,
Yang sebenarnya aku sendiri tak tahu apa yang aku nak dalam hidup waktu tu,
Tapi Alhamdulillah, disebabkan pengalaman aku waktu tu, Aku siapa aku hari ini.
Lepas tiga empat bulan aku duduk asrama di sekolah teknik,
Aku dengan beberapa orang kawan kawan nak keluar asrama and duduk kat rumah sewa,
Kononya susah study kat asrama, ini kelakar, sebab pindah rumah sewa pon aku tak rajin study!
Yang sebenarnya, aku tak rasa pon aku punya masalah kalau duduk asrama,
Tapi Housemate aku semua rajin study and semua pandai pandai.
Sekali lagi Alhamdulillah aku dikenalkan dengan dorang semua, itu jadikan aku siapa aku hari ini.
Masa dapat PLKN, oh kali ni tak ada pilihan,
Keputusannya nak atau tak aku tetap kena pergi.
Tapi bila dah seronok kat sana, aku tak nak balik,
Itu jugak bukan pilihan, dah habis tetap kena balik.hehe.
Banyak sangat waktu yang kita kena buat keputusan untuk diri sendiri.
Semoga apa jua keputusan kita baik untuk semuanya.
In shaa Allah.mudah mudahan Allah setuju.
keputusan yang kite buat dulu adalah siapa kita di hari ini
ReplyDeleteDan keputusan hari ini bakal tentukan apa akan datang.
Delete