Sep 7, 2015

Berangan #1

Assallamualaikum W.B.T
Hai blogspot,

Berangan tu free kan?

Pepagi lagi aku dah start berangan.hahaha.sementara tunggu report kena approve lepas tu submit.Aku manfaatkan masa yang ada ni sebaik mungkin dengan menggoogle apa apa yang aku nak google dan lepas tu teruskan angan angan aku yang tinggi melangit dengan jayanya.

Kan aku cakap semakin aku dewasa ni, Aku suka observe cerita baik buruk dari orang lain. Selalunye observe untuk aku tengok mana baik kalau boleh ikut ikut. kalau nampak yang tak baik tinggalkan cepat cepat. 

Kalau lah aku tau memasak ni sebenarnye best! dari dulu dulu aku belajar jadik chef je.hahhahaha.tapi sayang dah terlambat, jadik chef untuk tekak sendiri je lah. ye dak? Tapi bab menggoreng minyak minyak terpercik percik tu benda paling aku benci tu! eh macam tetiba je citer pasal bab memasak kan.tak de lah tetiba sangat sebab yang aku berangan kan ada sangkut paut dengan memasak.hehe.

Aku rasa la, aku ni jenis kids lover. yes kalau tengah panas hati dengan boyfriend, bila tengok budak budak hati jadik tenang kembali. haa giteww! so harapnya kalau dah kahwin nanti bila panas hati dengan suami, bila pandang anak anak, marah pon jadi seperti angin berlalu, hati jadik sejuk je.ahh melebih pulak berangan nyerr! Tapi tak penah la pulak berangan panas hati bila dah kahwin nanti, berangan yang lovey-dovey adalah. semoga dipermudahkan.amin.

ok apa kaitan cerita kau ni aishah hoi?

Aku berangan bila anak anak aku dah sekolah nanti, aku nak siapkan bekal anak anak aku hari hari nanti. sebab apa aku taip kat sini? sebab nanti bila aku lupa azam aku yang satu ni, time time aku scroll baca semua entry blog aku ni, aku akan ingat azam sesuci murni aku ni. In Shaa Allah.




Comel kan bento bento tu semua! Tapi kadang kadang apa yang kita plan bukannya semuanya menjadik kan. yelah dengan waktu bekerja lagi. Tapi semoga aku diberi masa, kekuatan dan segalanya yang positif bila sampai waktunya nanti. In shaa Allah. mudah mudahan Allah setuju.

Well, ini berangan #1 aku. Aku rasa untuk dreamer macam aku ada banyak lagi benda yang boleh dirangankan.hahhaha.

Kan, Berangan tu free kan? 
so lets dream. Till Then take care.
Keep the positive vibes. Love. 

No comments:

Post a Comment