Apr 25, 2012

Pavlova


Assallammualaikum w.b.t.

Setiap manusia di muka bumi ini harus ada pencapaian.
Ye! anda semua harus ada matlamat yang sihat.
Baru hidup anda tak bosan.

Cabaran itu susah kalau kita buat susah.
Stress itu buat kita lagi dekat pada Allah.
Nikmat itu buat kita mensyukuri rezeki dari Allah.
Akal itu buat aku cari masa nak buat Pavlova.
eh? apa kene mengena? haha.

kalau dah jadi nanti aku dengan riak nya akan cerita kat blog ni.
eh eh eh. tak baik riak.dosa.
sharing is caring.



Tidak kah Pavlova ini tampak hebat dan yummy sehingga aku tak sabar mahu pulang ke rumah untuk memukul telur ?



p/s: untuk tempahan boleh hubungi kedai kedai cake berhampiran anda :)

Apr 23, 2012

Bersyukur !

Assallammualaikum w.b.t.


Hari ini Telinga saya bengkak, terasa ada macam ketumbuhan.auuchhhhh! saket !
Terasa berdengung dengung.
Oh, saya lupa bersyukur telinga saya sihat semalam.

Hari ini mata saya pedih. rasa macam berair air.
Terasa nak tutup je mata, walau airmata mengalir deras tanpa dipinta.
Oh, saya lupa bersyukur mata saya sihat semalam.

Hari ini aircond kereta saya rosak. panas dalam kereta sambil bebel bebel maki aircond.
Terasa nak terajang kereta ni esok pagi angkat Subaru.hewhew.
Oh, saya lupa bersyukur saya ada kereta berbanding orang yang terpaksa berjalan kaki.

Hari ini saya makan nasi lauk ikan goreng sambal cili.
Terasa muak asek makan ikan tetiap hari.
Oh, saya lupa bersyukur sedangkan rakyat palestin berebutkan makanan.

Ya allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya hambamu ini selalu tamak dalam mengejar dunia.

Semoga kita selalu bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan untuk kita.
Insyallah.


Alhamdulillah masih diberi kesempatan hidup di muka bumi yang aman permai.
Alhamdullillah masih mempunyai kesederhanaan dalam hidup.
Semoga sentiasa dikurniakan semua yang terbaik.insyallah.

Apr 9, 2012

Selamat Hari Lahir Ayah!

Assallammualaikum W.B.T.

Antara banyak banyak kasih sayang, KASIH SAYANG siapa paling hebat?
Kasih ayah Kasih ibu hingga ke syurga !!!
~errrk.aku lupa pepatah tu sebenarnye~

Kasih kawan kawan.
Konon! Korang penah perasan yang kawan kawan akan berubah mengikut peredaran masa dan zaman.
Tapi masih ada insan yang bernama "teman" tika kita susah dan senang cuma JARANG.

Kasih boypren gerlpren.
Ceeeh! lagi konon! sapa yang boypren gerlpren dorang kekal cuma satu.
kalau sehingga abadi kasih tu ALHAMDULILLAH. tapi ini juga cuma JARANG.
Cuma bila dah jumpa yang terbaik tu, kita doakan yang baik baik.insyallah.

Kasih Keluarga.
Tiada ikatan yang akan putus! TIADA!
Kasihi ibu bapa selagi kita bernafas di muka bumi.
Kasihi keluarga tika masih diberi kesempatan untuk berkasih sayang dengan mereka.
Titik. Noktah. Muktamad. Tanpa sebarang alasan.

Semalam Hari Lahir Ayah yang ke 63 tahun.
Selamat Hari Lahir Ayah. Terima kasih telah membesarkan anak mu yang telah hampir berusia 23 tahun ini.
Dalam banyak-banyak anak perempuan ayah. yang umur nak dekat 23 tahun ni la paling degil kan? dah tahu!
Semoga ayah diberikan kesihatan yang baik. insyallah.

Aku adalah anak yang paling kuat merajuk, manja, gedik, suka tak puas hati.
Dulu masa sekolah sekolah bila aku merajuk je...
ayah konon konon boypren aku yang paling ohsem la.
Ayah tahu aku suka rojak buah. tengah tengah hari tu ayah akan pergi beli rojak buah.
pas tu saja cakap kuat kuat ''emmm sedapppnyeee! " ulang ulang kali.
Aku dengan muka tak malu tumpang je makan sambil buat tak tau kat ayah.
comel la ayah :)

Bila lain kali aku merajuk.
Sambil tido tido tengah hari kat depan tv. aku peluk ayah. aku sedar sebenarnya tapi buat buat tak sedar.
haha. nanti bila bangun tido ayah akan cakap, "ada orang tu kan tak kawan dengan kita, tapi tido pelok kita"
haha. rindu kenangan nak jadi budak kecik yang tak paham dunia.

Bila citer bab henpon.
Aku adalah anak yang sering kali mintak topup tapi call mak bapak jarang sekali.
dan aku rasa korang pon sama kan kan kan. ahhh.tak kira nak samakan jugak!
Tapi ayah tak pernah cakap tak walau pon waktu tu ayah kekurangan duit.
Terima Kasih ayah.

Macam macam cerita antara kita dengan ayah. buat sepuloh entry pon belum tentu habis.
Bersempena dengan hari lahir ayah yang jatuh pada hari isnin 9 april 2012.
Kami menyambut besday ayah secara kecil kecilan di rumah pada hari ahad.

Tahun lepas, kami hanya membeli cake secret recipe.
Tapi tahun ini memandangkan aku sudah mempunyai hobi yang baru 2 minggu tumbuh.
Dengan yakin dan confident aku telah membuat sebijik cake. yeahhh sebijik.
Rasa. entahlah. nak kata sedap. rasa cake la. nak kata tak sedap. sedap la! haha.

ini cake pelangi untuk ayah :)

oh sebenarnya aku takut jugak cake ni tak jadi. maka dengan itu aku telah membuat bake up " oreo cheese cake " tapi tapi tapi telah dipotong sebelum masuk waktunya. nasib baik my rainbow cake jadi you alls.heee.

P/S : resipi dari sumber yang sama. blog yang terbaik masam manis. Thanks kkita :)

Apr 2, 2012

Jangan Disangka Air yang Tenang Tak ada Buaya

Assallammualaikum w.b.t.

Hai readers :)
Happy Mondays everyone.Walau hati tak berapa nak happy pepagi tadi.
2 jam lebih dari BANGI to AMPANG???
Rasamas macam what the fish!

ok.lupa kan tentang Jalan Raya. I need a driver please! haha.
Itu juga perlu dilupakan.

Oh.well sapa pernah dengar pasal pepatah ni :
" Jangan Disangka Air Yang Tenang Tak ada Buaya "

Aku tetiba tersuka pepatah tu semenjak dua menjak ni.haha.
Last week, aku rasa macam nak tukar selera la baca entry blog.

And for the first time, sepanjang dunia berblogging aku ni, last week adalah kali pertama aku menterjahkan diri aku pada BLOG MASAKAN.blog masakan yang best aku rujukan pada rakan sepejabat.

Belek punya belek punya belek.Aku jadi suka, pelik kot. Sapa yang kenal aku, dorang mesti tau yang aku memang tak pandai masak dan malas masak. Yang paling suka menganjing aku adik dan abang aku.ciiis bedebah!

Aku rujuk kat blog ni : masam manis
Aku suka presentation setiap benda yg dia masak.SUPERB!
Tapi kat sini banyak contoh untuk buat cake and desert rasanya.
Jiwa aku pon belum terbukak untuk masak kari dan gulai lemak.haha.

Dan berbekalkan resipi yang aku kopi dari kkita, maka aku pon mempersiapkan diri setelah beberapa cabaran sekeliling yang dihadapi, tapi sebenarnya aku tak kisah pon dengan cabaran sekeliling tu.haha.

Setelah semua barang aku peroleh dari YUMMY BAKERY. siapa stay bangi mesti tau kedai ni :)
bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat crust/shell
Kalau korang nak tau aku gunakan barang yang sama (kecuali gula aising sbb tak da yang sama kat yummy bakery.hehe)  digunakan oleh kkita sebab kononya nak bagi hasil sama. dalam bahasa mudah kalau tak jadi maknanya tangan aku tangan kayu.haha.dan dalam bahasa impian musnah, tolong hapuskan cita cita kau untuk menjadi BAKERS yang baru tumbuh seperti cendawan lepas hujan.


ini penting untuk pastikan step tak tertinggal :)
Paper ini dirujuk seperti keesokan hari EXAM SPM.sekian.


Doh yang dah siap untuk dibungkus dalam plastic.
Semalaman aku simpan doh ni dalam peti ais,
bagi menghasilkan doh yang baik bak kata kkita.
Tapi lupa nak snap gambar.penat sangat menguli mungkin.haha.konon.

Keesokan paginya, aku takut jugak bila keluarkan doh dari peti ais, doh tu macam keras!
Alamak! haaa macam tu la, bukan takut apa. nanti kalau beradik aku menganjing tak hengat dunia.haha.

Tapi aku biarkan doh tu dalam 20 ke 30 minit.doh kembali menjadi lembut. dan aku rasa memang doh telah dihasilkan dengan baik.chheeewwaaah!


yang belum dibakar.
Aku beli 3 bentuk acuan yang seakan sama.ceeeh.tak perasan.tapi for the first timer boleh dimaafkan kan kan? *mata bling bling*


Crust/shell done.yummy.
Satu step yang kira berjaya la kan.


cream cheese.
Setelah Crust/ Shell siap dibakar dan disejukkan.
Sediakan pulak untuk filling cream cheese.
Sementara tu boleh la letak kan jem blueberry dalam Crust/Shell.



Korang boleh jugak ubah parasa yang korang nak.terpulang.


sebelum dibakar.
Siap!Done!Hooraaayy!
Yummy! Sedap.Sedap.Sedap. Bukan nak puji hasil sendiri, tapi itu kenyataannya.haha.
Oh kalau korang nak resipi Blueberry Cheese Tart ni korang boleh refer kat blog kkita.
eh.macam, bertukar genre pulak blog aku ni.haha.

P/S : Thanks Everyone for your help.I heart all of you :)