Feb 13, 2012

Berdikari = Beli Kari ???

Assalammualaikum Wbt.

Lama kan tak hupdate.kekonon kekangan masa la sangat!


Aku selalu je lepak online lima minit lima minit buka blog time office hour. Tapi aku bukak aku katup aku bukak balik aku katup balik. BLANK!




Itu maksudnya apa? NO BLOGGING DURING OFFICE HOUR.hahaTIPU.korang tolong la anggap anggap betul yea.Thank you and i love you.

Setelah melalui frasa frasa kehidupan yang memerlukan masa dibahagi kepada pekerjaan, quality time with my future husband to be.ecewaaah!gatai.hehe. and quality time with my family too. Tolak campur bahagi darab segala aku punyai masa yang kurang untuk memikir idea yang bernas dan bernas atau dalam kata mudah OtakBLANK! jadi hasilnya tiada entry yang terhasil.mudah kan.


ok.stop balik cerita asal aku nak cerita adalah " BERDIKARI "

seawal usia berapa korang berdikari?

aku RESPECT budak budak yang dah stay kat asrama dari sekolah rendah.korang hebat!

Tapi ada jugak yang tak duduk asrama kena basuh basuh baju sendiri, buat semua semua pon sendiri.mana nak divide masa nak buat kerja sekolah, main kat taman permainan, belum campur kokorikulum lagi.korang jugak hebat!

Aku berdikari since bila ntah.aku tak ingat. Tapi dari sekolah rendah yang aku ingat mak basuh baju, mak iron baju, aku iron jugak kadangkadang.hehe. Jadi kebanyakan kerja emak tolong buatkan sampai lah pakai kan kasut sekolah. Ya Allah terlalu besar pengorbanan insan yang bergelar ibu.Terima kasih emak .

Bila dah meningkat sekolah menengah mestilah aku buat sendiri sebab dah besar kan.

And the best part is, bila aku dah tingkatan 4. aku pindah sekolah teknik di Port Dickson. tak lama pon aku stay kat asrama. dalam dua tiga bulan cam tu.lepas tu merengek rengek menangis nangis nak keluar asrama. konon tak dapat focus study.haha apa punya alasan! setelah aksi pujuk memujuk bersama emak ayah dan kakak kakak aku semua aku dibenarkan tinggal di rumah sewa berdekatan sekolah bersama beberapa rakan rakan yang juga turut merengek.hehe. YEAaAAAayyy!!!


Aku bangga sebab aku dapat BERDIKARI seawal umur muda sebegitu.balik sekolah siap ada jadual memasak ok. lauk telur goreng @telur dadar, sambal telur sambal ikan bilis dan yang penting kicap kipas udang kaler merah wajib ada. Lagi hebat kan?Bangga.haha.

Jadi pada suatu hari, aku bercot cet cot cet bersama anak buah kesayangan aku.

aku : adik dah besar, adik kan budak bijak, adik kena kemas buku sekolah sendiri, adik tak boleh harapkan kakak lagi, nanti kalau kakak masuk asrama macam mana? tu la adik kena berdikari tau sayang.

adik : adik mana ada duit!

aku : ?????? kenapa nak kena ada duit ???? (muka sumpah BLUR!)

adik : ye lah nak pergi kedai beli-kari kena la pakai duit.adik mana ada duit.

aku : hahahhahhahahhahhahahahhaahahha! ( gelak panjang sampai hari ni pon aku masih senyum sengih sengih)

Jadi, amacam korang rasa sama tak korang hidup berdikari dengan korang pergi beli-kari!