Feb 18, 2016

Baru

Assallamualaikum W.B.T

Hai blogspot.Hello dari dunia udara persekitaran yang baru.
Bila aku baring pejam mata bukak balik mata kadang sikit tu still ada rasa yang macam. "eh.ye ke ?"

Sebelum ni aku selalu doa supaya kalau dia adalah jodohku maka Kau dekatkan kami tapi andai dia bukan jodohku maka kau pisahkan kami.redhakan hati kami.tenangkan jiwa kami.lembutkan lidah kami.

Ye.itu doa aku kira hampir Sembilan (9) tahun berkawan.
Walau bergaduh macam perang dunia sekalipon masih tetap itu doa aku.
Dan tak kira aku lari sejauh mana sebelum ni, Dia kejar untuk ada disisi.

Pernah terjadi sekali yang aku hampir putus asa dengan hubungan ni, aku pergi bawa diri sorang sorang tanpa bagitahu pada sesiapa, (tapi masih dalam keadaan terkawal, sebab tu aku berani pergi sorang) Aku rasa hati aku dah kebal waktu tu untuk hadap dunia nyata.waktu tu aku fikir, mungkin betul orang cakap, becinta lama lama akhirnya tak kemana. (kenyataan yang aku nafikan sebelum ni)

Tapi end up, aku nampak usaha dia untuk kami teruskan hubungan ni.
Doa aku dijawab berkali kali, dia adalah jodohku, maka dekatkan kami.
walau berkali aku lari.

Alhamdullillah dengan sekali lafaz aku sah menjadi isterinya.
Cuma aku terbayang kalaulah Ayah yang mengakadkan.Alfatihah untuk Ayah.

Semua Majlis berjalan lancar.Dari pernikahan ke Majlis belah aku ke Majlis belah suami.
Aku syukur semuanya selesai dengan baik.Aku berterima kasih sangat sangat pada keluarga yang membantu dari awal hingga akhir.walaupon itenary macam tak lengkap, macam eh eh nak buat ape ni? Majlis tak gah seperti mana. tapi aku dah rasa cukup istimewa. Alhamdulillah.

Pakcik Saudara Mak cik Saudara, Sepupu Sepupu, Anak saudara, Jiran tetangga-thank you everyone.

Moga Moga Kalian dilimpah rahmat dan berkat.rezeki yang berpanjangan,kesihatan yang baik.
Amin.

Lebih kurang empat hari lagi genap sebulan aku menjadi Isteri.
Kehidupan lebih manis.lebih indah.Alhamdulillah aku syukur dengan setiap titik nikmat yang diberi.

1 comment: