Dec 10, 2015

Harta Kuasa Pangkat

Assallamualaikum W.B.T

Hai blogspot. Eh dah nak habis setahun tahun masihi. Rasa macam baru permulaan tahun ni, tapi masih berbaki beberapa hari lagi. Semoga pengakhiran yang baik dan semoga permulaan yang baik untuk tahun depan.macam selalu kan?doa yang baik baik saja.In shaa Allah.amin.

Keluarga.Ayah.Emak.Anak.
Bisa tinggal dalam satu rumah yang walau bocor sana sini tapi keluarga itu selalu bersama.ditampung menampung apa adanya. faham dimana segala permasalannya. fikir dimana jalan penyelesaiannya. dan yang penting. Asas yang cukup. apa? solat bersama.mengaji bersama.makan bersama.cukup komunikasi.cukup. Aku pasti bila niat seiring dengan segala perilaku akan sentiasa BAHAGIA.

pernah dengar ini?
Wanita diuji saat kesusahah lelaki. Lelaki diuji saat punyai segalanya.

Setabah mana Emak mampu bertahan mengharung susah untuk membina sebuah keluarga?
Kes satu adalah bila Emak berjaya mengharung segala kesusahan walau tidak berjumpa senang di penghujungnya.Emak adalah wanita yang hebat. 

Kes dua Emak berjaya mengharung segala susah senang dan mampu menjadi pendukung hebat untuk sang Ayah dan keluar dari segala lompong lompong perit hidup dan menemui kekayaan dunia.

Kes tiga Emak tertekan dengan keadaan hidup lantas meninggalkan segala kesusahan demi mencari sebuah kesenangan.(minta dijaukan.amin)

Ada ketika saatnya bermula ujian untuk Sang Ayah.Masih ingat ayat ini?
Wanita diuji saat kesusahah lelaki. Lelaki diuji saat punyai segalanya.

Sekuat mana ayah berusaha demi mencari rezeki untuk sekeluarga?
Kes satu apabila ayah tetap berusaha menggunakan kudrat yang ada untuk memberi nafkah kepada Emak dan Anak.tapi walau setinggi mana usahanya, tetap tidak keluar dari pompong keperitan.Ayah sentiasa hebat kerna mampu menyatukan keluarga walau tidak punyai nikmat dunia.

Kes dua Ayah diberikan izin dari Tuhan untuk mencapai kesenangan di dunia yang fana.Masih mengingati dan sentiasa menghargai dokongan Sang Isteri dalam hidupnya.Sang Emak pada zuriatnya. lantas menjadi keluarga Mawaddah Warahmah.

Kes tiga Ayah berjaya keluar dari pompong kesusahan dari mendapat kekayaan dunia.tapi Ayah mula lupa siapa dibelakangnya yang selalu berbisik untuk sentiasa maju. yang selalu mendokong untuk jadi kaya. Sang Ayah mula terlihat segala kecacatan isteri yang selama ini menjadi suri hatinya.Mula lupa pada setiap titik pengorbanan Emak pada zuriat zuriatnya.hancurlah sebuah keluarga.

Anak terdidik dari acuan ibu bapa.dari acuan Ayah Emak.
tapi ingat lirik nasyid ini? iman tak dapat dijual beli, ia tiada di persisiran pantai.
Ada sahaja Anak yang sentiasa bersyukur walau pedih walau susah liku likuan  hidupnya.
Atau Anak yang mahu kan senang walau tidak dapat disediakan oleh Emak Ayahnya.
Mungkin Anak yang diberikan kemewahan segala tetap juga pilih kesederhaan kehidupannya.
Juga ada Anak yang sudah diberi segala kesenangan hidup bertatah intan permata, masih haloba.

Konsep kecil boleh diguna pakai untuk negara aku kira.
Negara kita namakan sebagai Keluarga. Perdana menteri bertindak sebagai Ayah.
Isteri Perdana menteri dalam karakter Emak. Rakyat jelata memain peranan sebagai Anak.

Kes Satu.
Walau Negara berada dalam keadaan tidak maju.tidak pesat pembangunannya.
mundur segala fasiliti. Asal rakyat tidak perlu tempuh peritnya sebuah kehidupan.Bila rakyat dalam keadaan susah, hanya menjamah sekeping biskut. Para menteri juga cuma biskut di dalam menu hariannya. gayanya seperti Saidina Umar tika pemerintahnya.(alangkah bahagia)

lama kelamaan akan keluar dari kemunduran menjadi kemajuan.
pendokong setiap usaha mencari kemajuan adalah Sang Emak.
kerana kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita sebagai pemangkin.

Kes Dua.
Bila Negara maju, Perdana menteri pandai mengawal keadaan ekonomi, Perdana menteri masih menjaga keharmonian negara. Perdana menteri adil dalam setiap tindak tanduknya. bak kata yang selalu diperkatakan "rakyat didahulakan, pencapaian diutamakan". Jika rakyat sentiasa didahulukan maka akan makin pesat membangun serta maju. In Shaa Allah.

Kes Tiga.
Negara maju yang ala ala kadar. Ekonomi teruk merundum. Mata wang makin nazak setiap hari.Rakyat jelata harus berjimat segala dan menanggung hutang yang ada. sedang Pak Menteri bersuka ria.makan steak sentiasa dalam menu.sedang rakyat berlapar dahaga.

Nah.
Bagaimana sebuah keluarga mampu bahagia kalau ayah tidak berupaya membina?
Bagaimana sebuah Negara mampu maju kalau Perdana menteri tak utamakan rakyat dulu?

Maka benarlah kata orang Harta, Kuasa, Pangkat, mampu mengubah segalanya.
Yang miskin boleh menjadi kaya setelah ada harta.
Yang kaya boleh menguasai setelah ada kuasa.

Maka benarlah kalau niat yang baik seiring perilakunya, kita akan sentiasa bahagia.
jika sekarang kita susah, maka usaha untuk senang walau keadaan menekan henyak.
jika hari ini kita senang, maka turun kan muka dari terus mendongak melihat perit orang lain.
jika waktu dulu kita dibantu hingga keluar dari permasalahan, maka sentiasa ingat jasa insan murni.

Maka bersyukurlah kita dengan hidup ini.

sungguh miskin itu ujian.
sungguh kaya itu dugaan.

No comments:

Post a Comment