Oct 16, 2015

Azam

Assallamualaikum W.B.T

Hai blogspot,
Hampir sebulan aku tak de mood mengupdate, seperti biasa kerja luar tak masuk office dekat 2 minggu hari tu, lepas tu ada keje yang cuma sedikit dikit, lepas tu malas berlebihan.Well,banyak alasan boleh dikarang dalam bab men-defense diri.

Oh, dah masuk tahun baru islam, sepatutnya perlu ada target untuk capai kehidupan yang lagi baik lebih bagus meninggalkan takuk takuk yang lama. Allahu Akbar, kalau cerita bab azam ni, azam tahun lepas lepas pon masih terkontang kanting mencari erti.hahaha.

Azam untuk setahun terlalu lama untuk disambung, kadang kadang expired sebelum tiba tahun baru. Makanya, aku buat ini sebagai azam harian aku. In shaa Allah.

Paling perlu diazamkan adalah.
Solat jangan tinggal sepanjang hidup. Al-Quran kena baca. Rajin puasa sunat.
Tinggalkan lompong lompong lama.Build a new chapter and make it a beautiful story.
Jadi orang yang lagi baik, lagi positif, lagi bersyukur.

Eh.aku baru perasan, tahun tahun lepas ada satu dalam list azam aku, ganti puasa awal. Jangan dah nak dekat ramadhan baru nak terkedek kedek puasa ganti! Well, syabas untuk diri sendiri puasa ganti ramadhan lepas dah habis diganti sebaik habis syawal yang lalu.
Syabas Aishah!

Tak ada apa sangat nak cerita hari ni, Salam Maal Hijrah.
Till Then take care. Keep the positive vibes. Love. 



p/s: 16 Oktober 2015.Happy birthday adik. Jadi anak yang baik, Jadi budak yang baik. Jadi lelaki yang baik. Jadi manusia yang baik, In shaa Allah semuanya akan baik baik.

No comments:

Post a Comment