Sep 4, 2015

Terkenang

Assallamualaikum W.B.T
Hai blogspot,

Terkenang.

Walau sepuluh kebaikan seseorang, bila terjadik satu keburukan and keburukan tu pulak memang terkesan kat hati kau yang buat kau rasa mende tu terpaling pahit! hilang semua sepuluh yang baik tadi.

Sape yang penah rase macam ni? Kalau tak penah tu memang suci gila la hati kau kalau dah jadik satu benda buruk yang memang sampai hati kau rase pahit payau nak hadap lagi, tapi kau boleh lek lek je lupa. Well, aku salute! (tapi ni applicable untuk first timer tapi still cool)

Tapi, aku rasa dalam hidup ni kalau kau dah biasa hadap dugaan rasa yang pahit payau segala, semua yang jadik akan datang memang kau boleh senyum je hadap.ye lah orang tua tua kan selalu cakap, sejarah mengajar kita, menjadi lebih dewasa, eh ternyanyi pulak!

Dulu masa sekolah menengah tingkatan satu dua tiga aku ada satu girls group yang kemana saja selalu bersama, ponteng kelas, terjun bangunan sekolah, buat cikgu nangis, apa aje yang tak? Boleh kata girls group yang paling popular kat sekolah dulu.

Masa tingkatan dua, dalam pertengahan tahun ke nak dekat hujung tahun mcm tu, time tu time yang paling sedih untuk aku dalam group tu. Time tu aku macam kene pinggir sikit la dalam group ni, entah apa yang tak kena waktu tu aku pon tak tau, ye lah mungkin ada perangai aku yang orang tak suka, well, biasalah tu! Kita pon bukan suka dengan perangai semua orang kan.

Waktu tu satu keburukan yang jadik tu buat aku rasa segala pahit payau buat aku rasa marah kat kawan kawan aku.sampai hati buat aku ceni buat aku cem tu. And time tu aku lupe semua kebaikan yang penah ada. Dan mungkin dorang pon cuma nampak keburukan aku time ni and langsung dah tak terdetik baik aku (kalau ada). Yang aku tau, menangis menangis menangis.alahaiii cembeng nyer lahai! Mengade betul! Kalau boleh ulang zaman tu aku lempang diri sendiri lelaju.hahhahaha

Time aku asek menangis meratapi nasib tu, rasa macam dunia dah tak de arah! Weh time tu kawan adalah segalanye ok! Kalau tak de kengkawan yang cool cam tu rase loser giler.Macam mana boleh baik balik entah.tapi yang aku ingat sampai jumpa kaunseling la kat sekolah nak membaik pulih hubungan ni.hahhahahahahha.entah ape ape je la perangai!

Tapi betul la kan, semua benda yang jadik memang ada hikmah, sebab waktu waktu aku murung tu aku lebih dekat dengan mak aku, start dari sini aku selalu share semua cerita dengan mak aku, sambil citer problem sambil peluk mak. Macam dalam girlsmore girls sangat! Hahhahaha.tapi Yes! Ini hikmah paling besar yang aku dapat dari kejadian iteww.

And benda yang hampir sama jugak jadik kali kedua waktu tingkatan empat tingkatan lima masa kat sekolah PD yang aku duduk rumah sewa tuh. Tapi benda tu jadik nak dekat dekat birthday aku, dan sebenarnye dorang buat surprise untuk birthday aku.siap g beli cake, ade mini celebration.halahhh rindu lah kat korang! Walau pon dua minggu sebelum tu dah drama air mata bagai tapi hari kejadian lagik buat aku keluar air mata terharu.

Apa point aku sebenarnye eh?halahhhh.selalu melencong ke lain!

Walau sepuluh kebaikan seseorang, bila terjadik satu keburukan and keburukan tu pulak memang terkesan kat hati kau yang buat kau rasa mende tu terpaling pahit! hilang semua sepuluh yang baik tadi.

Yes betul sepuluh kebaikan tu akan hilang kalau kau tak carik apa makna baik dalam kejadian tu.Tapi kalau kau cuba positive dan tenang fikirkan hikmah hikmah yang mendatang. Aku pasti kau akan berterima kasih dengan pengalaman pengalaman lalu.

Bila makin meningkat usia ni aku makin ade satu perangai, perangai yang tak amek kesah orang nak cakap apa. Aku suka observe cerita baik buruk dari orang lain. Aku suka perhati dari lantang berkata dan keluarkan pendapat sendiri (depends on situation) kalau perlu dipertahan, tak kan sesenang aku nak rilex, selalunya bab family lah. Kalau bab kawan kawan aku biar je.tak kose aku nak bertekak bagai. Come on kita bukan budak tingkatan satu dua tiga lagi yang sekali datang masalah setiap kali tu nak bercucuran air mata membasahi pipi.

Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa. Kan?

So, aku selalu pesan kat diri sendiri, positif, tenang, senyum.

Till Then take care.
Keep the positive vibes.
Love.  

No comments:

Post a Comment