klik here please :)

Sep 9, 2015

Split Personality.

Assallamualaikum W.B.T

Hai blogspot,

Split Personality
Dissociative Identity Disorder (DID)
Multiple Personality Disorder (MPD)

Apa pun nama saintifik dia, dalam bahasa yang lebih mudah kau nak faham Split Personality adalah personaliti yang berbeza yang boleh berubah dalam masa ten second atau mungkin kurang atau lebih aku tak pasti. Tak pernah belajar benda ni secara teori.

Ada banyak faktor yang boleh jadikan seseorang tu Split Personality, mungkin faktor biologi (genetik, hormon tak seimbang, pemakanan), mungkin jugak faktor pembelajaran (over stressed), atau mungkin jugak faktor psychosocial (Kecik kecik kene dera ke trauma tentang sesuatu). Wallahualam. Mungkin jugak faktor yang aku tak tau.hehe.

Ada banyak jugak la movie yang aku pernah tengok pasal Split Personality ni, movie yang paling aku ingat "Secret Window" lakonan Johnny Deep. Mungkin sebab Johnnyy Deep yang belakon lalu movie ni menjadi movie yang paling aku simpan dekat sudut tepi otak aku ni. Mungkin la.
Dalam kehidupan nyata, aku pernah berhadapan dengan seseorang yang aku kira mungkin dia ada Split Personality. Mula mula kenal tak de la perasan sangat, tapi bila tiga empat bulan lepas tu memang terserlah personaliti dia yang berbeza. Buktinya bila aku dan rakan seoffice terbaca mesej dia tapi dalam handphone office. haha. apalagi dari A sampai Z kitorang baca. Dia menggunakan dua nama yang kedua duanya adalah nama dia sendiri, berkhayal dalam dunia rekaan sendiri, Sejauh mana kesakitan dia aku tak tahu. Dan tak pernah jumpa lagi sekarang ni lepas dia resigned. Tapi kat mana pon dia sekarang, aku doakan dia sihat dan bahagia bersama isterinya, Pernah beberapa kali berjumpa dengan isteri dia, seorang perempuan bertubuh kecil yang cantik dan sangat bersopan dan bersantun.

Seseorang yang sangat dekat dengan aku pernah cakap kat aku.
"Aishah, bila dengan family je dah jadi lain, jadik rock, hilang lemah lembut"
err.itu boleh dikira Split Personality ke? tak lah. Cuma aku rasa membezakan perangai kita dengan siapa kita ada bersama waktu tu, dua benda yang berbeza dengan Split Personality. Kadang kadang ada orang dengan Mak, baru mak tanya ok tak ni? hati dah tisu dah. basah berkecai berai. Kadang kadang ada jugak orang Mak tanya jugak ok tak ni? belagak cool gila babeng. masuk je bilik air sendu! haha, tapi still depends on situation.
Tapi betul lah, kita akan jadi apa, terpulang dengan siapa kita ada bersama ketika itu.pernah dengar quote ni?ape eh quote dia.ah tak ingat. apa apa aje lah.tapi aku percaya dengan quote aku sendiri.

"kita akan jadi apa, terpulang dengan siapa kita ada bersama ketika itu" ; Siti Aishah

Bila dengan keluarga tercinta, gua rock!
Bila dengan seseorang special, gua sweet, independent, kadang manja kadang tak!heh.
Bila dengan kawan kawan, Depends!

Tapi kalau ada orang yang jenis sini cerita lain situ cerita lain. Itu Syaitannirajim!hahahhaha.Mungkin dia adalah sejenis bercita cita menjadi penulis skrip yang skrip dia tak best lantas tak de producer nak buat skrip skrip itu jadi sebuah filem atau mungkin berbuah buah filem. Lalu dia apply cerita cerita imaginasi itu dalam real life dia, padahal dia tak sedar skrip skrip tu tadi buat orang lain bermasam muka, bergaduh tak semena, haish!

Tapi jugak kalau ada orang yang cakap dia sama je, show her/his true colours always.
Cuba kau lepak dengan orang yang dah sepuluh tahun tak jumpe, tapi boleh gurau babi babi lagik tanpa orang tu sentap, tu mungkin maknanya korang closed gila dulu, atau pon sebenarnya dia pura pura je senyum kat kau.hahhahaha.entah lah. Ataupon cuba dengan orang yang kau baru kenal semalam, lepas tu kau minat pulak tu kat dia and dia pon respond baik. berani tak berani nak show true colours? angkat angkat kening. so semestinya kita akan amek masa untuk kenal sikit demi sikit baru ada rasa ngam yang boleh gelak macam pontianak bila happy, nangis sampai basah bantal bila sedih. kan? ke aku je macam tu. korang tak? hari first je dah tau semua colours? oh my!

Terpulang la mahu jadi apa.eh serius.Till then take care and keep the positive vibes. Love.

No comments:

Post a Comment