Sep 7, 2015

Selamat Berjaya adik!

Assallamualaikum W.B.T
Hai blogspot,

Dulu aku penah cerita pasal sorang budak lelaki yang beli-kari dan ber-dikari.Aku rasa macam baru sehari dua aku tengok budak kecik tu belari lari bogel dan comel setiap apa adanya.Eh alih hari alih minggu alih bulan alih tahun ke tahun, budak lelaki yang comel yang cerdik yang cukup pandai mencairkan hati aku, dah besar dah sunat dah nak amik UPSR esok. tetiba esok lusa dah nak suruh hantar rombongan meminang pulak! how time flies!

Adik,
Mak chek mintak maaf sebab tak buat kan kad besar untuk adik macam masa kakak dulu.salah mak chek sebab lupa nak bagi moral support kat adik. sorry adik.

Adik,
Mak chek nak adik tau yang mak chek sentiasa sayangkan adik walaupon selalu marah and bebel bebel kat adik bila adik malas belajar.

Adik,
Mak chek nak adik tau walaupon sekarang ni makin ramai anak anak kecik yang bertambah dalam family kita (que, amsyar, sumayyah) tapi adik sentiasa ada "special place" dalam hati mak chek.

Kadang kadang bila adik tak salah pon, orang orang tua marah adik.Maafkan kitorang semua sebab lupa fikir perasaan adik waktu tu.tapi adik kene tau jadik budak kecik memang selalu kene marah, mak chek dulu pon macam tu tau! kalau tak kene marah nanti dah tua tak best la tak de memori kene marah. hehe. Lagi satu adik kene faham kitorang marah sebab sayang.

Adik,
Esok UPSR. mak chek nak adik tau, semua ni cuma permulaan hidup adik. tak semestinya berjaya dalam setiap peperiksaan, akan berjaya dalam hidup, dan tak semestinya gagal dalam peperiksaan akan gagal dalam hidup.

Tapi,
kita tak boleh set dalam otak kita memang nak gagal dalam peperiksaan! at least, adik cuba sehabis baik.ada masa lagi, jangan cepat give up ok sayang.perjalanan hidup adik jauh lagi.

Semoga berjaya.
I love you no matters what happen.
Chaiyokkk adik!



No comments:

Post a Comment