Aug 27, 2015

Bab Makan

Assallamualaikum W.B.T

Hai blogspot,
kalau hari tu selamat hari isnin.Hari ni selamat hari jumaat.Jom Al-Kahfi.
Yeayyy dah jumaat.lagik best sambung cuti merdeka hari isnin.
Its gonna be a long weekend.*senyum sampai telinga*

Ade banyak hari cuti so banyak masa untuk buat itu dan ini.
Boleh try and error lagi cara menghasilkan ayam goreng yang sedap.
Sebab dah 2minggu try and error pelbagai resepi.
Semoga usaha usaha kami akan bagi hasil yang gempak dan nyummss!
Macam eh tetiba cerita pasal ayam goreng kan? kau dah kenape? eh.
Mane la tau boleh berniaga sambilan lantas menjadi kaya dengan menjual ayam goreng.
Yang rasa setanding KFC dan pedepooowww pergi dia!
*fuhhh.cita cita.haha.tak pe tak pe impian dan cita cita yang murni moga terlaksana*

Sebut pasal berniaga ni.paling aku rasa potensi yang besar adalah kedai makan.
Sebab orang nak setiap hari nak makan.balik keje, breakfast, makan time lunch.
kadang sebab lapar. kadang sesaje nak gi ngeteh ngan kengkawan kan.
Jadi demand sentiasa tinggi so in Shaa Allah sentiasa akan ada pulangan modal.

Tapi kalau berniaga bab bab makan ni boleh tak ikhlas?
Macam hari tu, balik kerja aku pergi makan kat kedai area keramat belakang jusco.
Ade banyak kedai kat situ, tapi kedai ni aku main singgah je tak pnh try rasenye.
Order nasik putih dua sup daging telur mata dengan sayur cendawan goreng.
Tak de pon ramai sangat tapi lambat jugak service, tapi tak pe lah kan.

Bila sampai order,
Nasik putih sup daging telur mata dengan sup cendawan.
Dengan nada yang rendah, aku tegur,
Aku "eh.ni bukan kitorang order"
Budak kedai "tadi ade order cendawan kan"
Aku "ada,tapi cendawan goreng"
Budak kedai berlalu dan angkat sup cendawan tadi sambil muka sedikit bengang.

Tak sampai satu minit.sampai cendawan goreng aku.
kau rasa macam mana dia buat?yes.dia buang kuah and masukkan cendawan tadi dlm piring.
Dan dihidangkan tanpa terpalit senyum di bibir.
hey. at least tumis sikit macam masak sayur pon ok dah.tapi tak pe lah.

Dan kami pon makan lah sebab malas nak banyak komplen.
Kenyang.nasik habis.bayar.balik.
Tapi tiada kali kedua untuk makan kat situ lagi.

Dan disebabkan dah hampir enam tahun aku stay kat KL ni.
Setiap hari balik keje makan luar.Carik kedai makan.sampai dah tau setiap pelusuk.
Dah agak jemu untuk makan makan yang macam tu.

So, aku decide untuk bawak bekal hampir setiap hari.
Rasanye dah dua ke tiga minggu jugak masih berbekal.
Agak istiqamah la azam kali ni,hehehe.bab istiqamah ni kan memang payah sikit.
tapi ada la sekali dua kali tiga kali yang terlewat tak sedar tak sempat berbekal.
*macam hari ni*

Dengan cara berbekal setiap hari ke ofis boleh jugak upgrade skill memasak.
Nanti nanti kalau dah kawen tak de lah kayu sangat tangan tu kan.haha.

p/s: ada satu kedai makan nasi tomato & ayam beriani kat kedai area keramat belakang jusco ni yang harga sangat berpatutan dan sedap. tapi aku cuma suka pergi makan hari yang bukan nasik tomato atau beriani sebab aku penggemar nasik putih sahaja. time dia jual nasik putih tu, lauk lauk dia semua sedap! selalunya nasik putih hari isnin & selasa.tapi ada je kadang kadang isnin tu nasik dengan sup je. sebab ade sekali isnin yang aku tak sempat masak tu, pastu kedai faveret aku ni jual nasik dengan sup je, aku tak bape gemar sebab tak pedas, so aku makan kat kedai cerita atas tu.huhu.

No comments:

Post a Comment