klik here please :)

Aug 24, 2015

Selamat Tahun Dua Puluh Enam

Assallamualaikum W.B.T

Hai blogspot,
Hari ni selamat hari isnin, walaupun sentiasa isnin yang tak berapa rajin.haha.
Hari apa yang rajin entah. Kalau hari hari holiday hari itu hari hari rajin.eh.

So, What's new?
Eh kejap,sebenarnye apa tujuan utama aku berblogging?
oh its just my online writting, yang mana bila aku bosan aku akan suka baca tulisan aku.
Waktu tu aku akan ingat rasa happy sedih sendu tawa girang ketika tulisan itu ditulis.
Sebab aku bukan jenis orang yang mempamer "rasa" aku pada orang lain.
Sebab aku tak akan mudah mencerita apa apa "rasa" kepada sesiapa sekalipon.
Jadi aku akan luah segala "rasa" itu kadang pada tulisan, kadang pada lukisan.
Aku jiwa seni? entah.rasa macam tangan kayu. sebab cuma aku yang suka apa yang aku senikan.
haha.

Eh.macam lari dari tujuan asal.haha.biasa selalunya macam tu!
Lebih kurang seminggu lepas, dua puluh enam tahun yang lepas,
Aku dilahirkan di bumi ini, pada jam lebih kurang 12.30 tengah hari,
Seorang bayi perempuan yang beratnya kurang aku pasti tapi rasanya tak delah berat sangat,
sebab aku dari baby kecik rasanye, hehe. *eh ye ke Mak*
Bayi perempuan yang berkulit hitam manis, botak tak berambut!
Dan pelbagai kriteria yang lain yang aku tak pasti.

Emak.
Emak bertarung nyawa melahirkan bayi perempuan tersebut.
Terima kasih emak sebab sudi taruhkan nyawa mak untuk lahirkan orang.
Terima kasih emak sebab sudi titiskan setiap titisan susu emak untuk orang.
Terima kasih emak sebab sudi korbankan apa adanya untuk besarkan orang.
Terima kasih emak sebab lahirkan adik beradik yang lain untuk jadik kawan kawan orang.
Terima kasih emak untuk segalanya walau tak cukup nak orang ungkap dengan kata kata.

Dan selepas dua puluh enam tahun yang lepas, sekarang dah tahun 2015.
Maka bayi perempuan tadi telah berusia dua puluh enam tahun hari ini.
Ye ye orang tau sepanjang dua puluh enam tahun hidup ni cuma 15 minit orang tak degil.
Waktu lain tu semuanya dengar cakap diri sendiri je.sorry mak but i lovee you!
Tapi kadang kadang orang degil pada benda yang betul
Tapi kadang kadang selalu jugak degil pada benda yang salah
*timetimeni tadah je la telinga dengar mak bebel bebel sebab tak dengar cakap mak*

Apa yang orang dah capai sepanjang dua puluh enam tahun ni belum cukup untuk balas setiap tenaga kedrat setiap pengorbanan setiap titik peluh setiap apa adanya untuk balas jasa mak.

Apa yang orang mampu ukirkan senyum kat bibir mak hari ini semalam kelmarin hari lepas lepas belum akan penah cukup untuk balas setiap kebahagiaan yang penah mak bagi kat orang.

Banyak lagi yang orang nak tempuh dengan mak.
Banyak lagi yang orang nak cuba bahagiakan mak.
Banyak lagi wishlist orang untuk mak yang orang nak cuba realisasikan jadik nyata.
Banyak lagi mak.Banyak sangat!semoga murah rezeki.kita tempuh sama sama ye mak.
Tapi yang susah tu biarlah orang je yang tempuh.Yang senang nak dengan Mak!

Emak, dulu waktu sekolah setiap kali birthday ayah akan bagi hadiah birthday.
Hadiah apa? note RM10. tapi dengan cuma note Rm10 tu orang bahagia mak.
Mak rindu ayah? orang pon sama.rindu sangat! lama tak jenguk ayah.Al-fatihah.

Kalau orang jauh waktu birthday tu ayah akan call wish birthday.
Ayah akan msg. walaupun note yang sangat ringkas, cukup untuk buat rasa dihargai.
Setiap tahun lepas ayah tak de orang cuma akan baca msg ayah yang orang masih simpan.
Al-fatihah untuk ayah. Janji akhir orang pada ayah sikit masa lagi terlaksana. In Shaa Allah.

Emak,Hari ini bila orang tengok cermin,
i see you in myself! cuma bukan bab masak la.
Buat air asam pon tak sedap macam mak, banyak lagi kene belajar,
Tapi orang dah belajar masak sikit sikit walaupon tak terer macam mak,
bak pinjam tangan mak yang super power tu!eeerrrrr.

I see you in myself.
Orang nampak macam mana mak apply ketabahan mak dalam hidup.
macam mana mak struggle untuk rasa setiap detik bahagia,
macam mana mak struggle untuk hadap orang yang menghina sebab tak kaya,
macam mana nak kena hidup dengan semampunya!
Orang rasa orang banyak belajar dari cara mak, cuma tak mungkin SESEMPURNA mak.
Mak cukup sempurna.Kalau masakkan maggie kari untuk orang pon dah sempurna rasa dia.
Tak payah citer sempurna benda lain.Semuanya cukup sempurna bila mak yang buatkan.
Semuanya best bila mak yang doakan. *kalau dapat maggie kari mak time hujan ni sedapnye*

Emak.
Semoga kita bersama bahagia enjoy dunia belajar akhirat sama sama untuk tahun yang ke dua puluh tujuh dua puluh lapan dua puluh sembilan dan seterusnya tahun tahun akan datang.
Semoga kita murah rezeki pergi umrah pergi haji round the world travel sesama.
*fuhh impian! Tak pe mana tau rezeki kita kan Mak*

Untuk Emak.
Orang sayang Mak.sampai bila bila.
Walau anak dah sepuluh nanti orang nak jaga mak.janji!
kalau orang lupa diri jangan sumpah jadik tanggang k mak.
Sepak je orang sampai tergolek telanggangg! tapi mintak dijauhkan Nauzubillah.

Untuk orang.
Jadik anak yang baik.Jadik isteri yang baik.(ni nanti nanti)
Buat perkara yang baik.semuanya yang baik baik.
In Shaa Allah.amin.

p/s: baru perasan hari ni lesen dah mati..dulu dulu renew dua tiga tahun terus.tu yang terlupa tu walaupon usaha kerajaan untuk buat waktu birthday supaya kite tak lupe.tapi iolss tak boleh nak ingattt lewww tahun bile bile.sadis.