Jan 1, 2015

Hello future!

Assallamualaikum blogspot.

aku akhirkan update facebook aku untuk tahun 2014 dengan status di atas.
Ya. memang aku nak lupekan semua tentang rasa 2014.sakit yang teramat.
Aku tau harapan kita semua pasti sama.Semoga yang mendatang akan lebih baik.
In Shaa Allah. Moga moga Allah setuju dengan segala perancangan.

Tahun 2014 terlalu banyak berita sedih.
Tentang Negara.Tentang rasa kemanusiaan.
Kapal terbang yang kita tak tahu pergi mana.
Kapal terbang yang tak semena mena ditembak.
Banjir yang seperti tsunami kecil.
Allah.dugaan yang terasa seperti bertimpa timpa.

Akhir tahun ini aku busy dengan kerja luar.
16 November 2014 - 21 November 2014 : Melaka
22 November 2014 - 28 November 2014 :Seremban
30 November 2014 - 6 December 2014 :Kuantan
7 December 2014 - 11 December 2014 :Terengganu
12 December 2014 - 19 December 2014 :Kelantan

Cuba kau tengok jadual tu? wheres the final destination?
Kelantan kan? Yes! Kelantan.

Seminggu aku kat sana.hujan tak berhenti.kalau panas pon sekejap cuma.
awal awal tu memang belum start banjir.
tapi disebabkan hujan berpanjangan risau aku memang tak boleh nak cover.
sampai la 171214 malam.aku wassup dengan family.

yes.and esok pagi tu 181214 aku bawak anak buah aku pergi kerja.
sebab aku rase lagi secure kalau dia sentiasa ada dengan aku.
Site untuk 181214 tu dekat pasir mas.on the way pergi sana aku memang rasa tak sedap hati sebab tengok air kiri kanan dah tinggi sampai melimpah ke jalan.tapi aku redah lagi.
Bila aku tengok banyak sangat rumah yang dah tenggelam,
aku call tempat untuk site hari tu, and yes rumah akak tu dah tak boleh masuk sebab air dah tinggi.

Call boss cerita problem and site on that day was cancelled.
Tapi banyak jugak drama hari tu untuk ganti site lain.
at last, aku boleh balik KL hari tu.and yeayyyy for that news.

Dari pukul 8.30 di jalan merata pasir mas, pukul 12.30 tengah hari baru sampai KB.
Packing barang terus shoot balik KL.Sepanjang jalan aku risau tengok air kiri kanan jalan.
Berapa banyak kali kereta jadi bot tak payah cerita.redah je banjir yang ada.
Alhamdulillah.semua selamat and aku sampai Bangi pukul 3 pagi.

And i know my mom's worried much.She stayed up till 3am.tapi risau dia tak habis lagi sebab my brother yang outstation kat kemaman still tak boleh balik lagi.satu family pon risau.
Lagi lagi tengok berita yang keadaan makin hari makin teruk.
Allahuakbar! tabah lah duhai yang diuji,sesungguhnya Allah bagi ujian pada yang mampu.

Habis cerita 2014.Berakhir ujian untuk tahun ini.
semoga hati hati kita mampu teruskan ukiran senyum.
semoga jiwa kita mampu terus tenang hadap kenyataan.
In Shaa Allah.Mudah Mudahan Allah setuju.

So.Hello future.May Allah shower us with his blessings in this new year.
May Allah agree to our plans in our life, carrier, relationship.
May He forgive all our sins to prepare us for a better year ahead.Aminnn.




2 comments:

  1. kalau sayalah tgok kiri kanan air dah cuak dah.mcam2 fikir dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah.saya pon risau yang teramat.tapi masa tu tak sangka seteruk skrg.a night before that mmg tidur tak lena.sebab hotel betul betul dpn sungai kelantan.tengok air yang naik sekejap sgt.doa tak putus putus supaya semuanya selamat.Alhamdulillah.Allah permudahkan urusan.tapi bila tengok berita dekat sana.Allah.ssesungguhnya Allah uji mereka yang mampu.

      Delete