Jan 5, 2015

Bahasa !

Assallammualaikum w.b.t

Hai blogspot,
Rasa rindu aku untuk luahkan kat kau sehari dua ni kemain memuncak lagi!
So, hari ini aku menaip lagi,

Kelmarin jumpa Leman,
Leman kata "kau dah lain sekarang"
Aku kata "haha.apa yang lain melainkan muka makin tua"
Leman kata "kau matang, nampak tenang"
Aku kata, tak kata apa apa lagi.
Cuma bagi senyuman paling matang dalam usia 25tahun 2bulan dan beberapa hari.

Semalam terserempak Bedah,
Kemain berjoyah lagi kami,
Tanya pasal hidup.
Dia cerita tentang suami, anak.
Dia bahagia! Alhamdullillah.
Aku senang dengan kebahagiaan kau Bedah.
semoga terus bahagia.

Leman dengan Bedah tanya satu soalan yang sama dilain waktu.
"eh engkau apa cerita? diam je. dekat laman sosial pon dah tak bersosial? "


Jawapan aku masih sama pada semua orang.
Aku bahagia. Aku tenang mengharungi hidup.
Bahagia aku biar aku dan orang orang tersayang  yang tahu.
Sedih aku biar cuma hati aku yang rasa.

Hidup aku tak perlu dipamerkan pada sekalian alam.
Itu aku.kalau kau tak macam tu.aku hormat.

Eh.macam dah lari dari cerita sebenar,
sudah menyimpang.hehe.

Hari tu aku pergi Downtown Cheras,
Rasa macam nak lepak lepak mencuci cuci mata,
Naik motor sebab lama sangat asek kena aircond,
Angin malam tu bila sesekali dapat fuhhh nikmat tak terkata.


Aku dengar Pak Cik Rela tu jerit,
"Parking motor kat dalam, Jangan parking sini, Sini semua BINGAI BINGAI ni "
Sepertinya perkataan "BINGAI" itu dihighlightkan.
(Walaupun aku tak nampak sesiapa yang parking di tepi jalan itu mengganggu lalu lintas)

Ye, Pak Cik menjalankan tugas.baik.
Tapi bahasa seorang Pak Cik seperti itu seakan meminta minta.
Apakah susah untuk mengeluarkan kata kata yang baik?
herghh. i just dont get it!

"ok.ini adalah draft dari tahun lepas"
aku rasa boring and tengok semua benda lama.
Then i am going to post about this.

Bahasa?
Ramai sangat manusia yang ada kat zaman ni tak reti berbahasa sopan.
yes.aku pon bukanlah sesopan mana.
tapi bila usia meningkat matang.eeh come on baby.its 2015.
aku cuba sedaya mungkin untuk tuturkan yang baik baik.
In shaa Allah aku harap yang kembali pada aku pon cuma yang baik baik.









No comments:

Post a Comment