Jan 20, 2015

Bahasa Part 2

Assallammualaikum w.b.t

Hai blogspot,
Lately ni aku hilang selera makan menyebabkan kg agak turun,
And setiap malam memaksa diri untuk tidurkan mata yang tak nak lelap,
ahh.kalau dapat masakan emak waktu waktu ni confirm makan dengan selera!
Fast forward "hari hari sunyi". aku nak cepat balik jumpa wajah yang menenangkan hati.

Masih lagi dengan isu bahasa.
Apa kau aku kita semua susah berbahasa dengan baik?

Cerita Satu.

A day before im going for outstation again,
Aku hantar kereta kat bengkel.
dah sampai masa untuk tabur tabur duit kat bengkel tu.haha.
eh.not complain ok.macam kita la ada masa sakit kan?

Ye.aku seorang melayu yang suka hantar kat bengkel cina.
sebab. bengkel melayu selalu buat kerja main main and semua akan cepat rosak.
oh.itu based on my experience, kalau ada bengkel melayu yang ok meh nak kenal.
boleh kayakan melayu pulak lepas ni.tapi takat ni aku tak jumpa lagi.

Dan seperti yang dijangka, kereta lambat siap.
Mule mule dia expect pukul 5 lebih.
Tapi aku check phone, cina tu still tak call lagi.
Dalam pukul 6 lebih, aku round kat bengkel tu,
Dia cakap sorry, may be dalam pukul 7lebih baru siap.

ok.tak pe lah, memandangkan aku belum Asar lagi.
Aku singgah masjid yang berdekatan,
Asar and tunggu Maghrib.
oh.lupe nak cakap.aku bawak my baby girl.
walaupun aku nampak papan tanda,

"kanak kanak tidak digalakkan masuk ke dalam masjid"

tapi my baby girl only 3years old.
hey.come on! tak kan aku nak tinggalkan dalam kereta?
but then, aku selalu pesan kat dia.
dalam masjid tak boleh bising.masjid rumah Allah.
Tak boleh lari lari.Tak boleh nangis suka hati.

Dan setiap kali dia ikut aku pergi masjid.
dia sangat mendengar kata and sopan.
(Maksudnya duduk sebelah aku dan diam)

Azan Maghrib berkumandang.
ok, bengkel pon tak call lagi boleh la berjemaah.
sementara nak tunggu berjemaah, Cina bengkel tu call kata dah siap.
Bengkel dia dah nak tutup.Aku tak de pilihan.
Kereta kena ambil malam tu jugak sebab esoknya aku outstation.

Aku beralih ke saf belakang and solat sendiri.
Aku solat bersebelahan tiang yang ada tempat mineral water.
Baby girl berdiri kat sebelah tempat air tu.
Dia tunggu aku sampai habis solat.

Bila aku habis solat, baby girl salam and cium pipi aku.
Aku dengar makcik yang lebih kurang lewat 30-an kot.
Marah my baby girl, jangan main air, jangan usik semua tu,
aku tengok muka mak cik tu, dia pandang sambil jeling tak de perasaan.

Hey! Mak cik.budak tu tak usik langsung pon!
tapi kalau betul la dia usik.mak cik memang spesies yang tak boleh berbahasa ke?
Aku ni patung pulak kat situ kan?
tapi aku hormat rumah Allah dan waktu maghrib.
Aku cuma balas dengan senyuman yang paling manis dari diri ini.hahhaha.

Inilah ciri ciri yang menyebabkan masjid kita kita ni tak penuh.
Allah. sikap sikap negatif ni la yang perlu diubah.

 oh soalan kegemaran baby gurl
* Mummy kenapa Allah tak datang rumah dia *
* Mummy adik tak nampak pon Allah jalan *

Cerita Dua

Bila sesiapa juga bagi salam dengan baik,
Datang dengan cara yang boleh dihormati,
Masih ada adab.Alhamdullillah.
kita bagi senyuman termanis dari diri ini.

Sekarang ada dari team A.
Ada jugak dari team B.

Bila Team A datang dan kenalkan diri.
Jangan halau, biarkan mereka teruskan apa niat kat hati,
selagi boleh ditoleransi kau kene sedia untuk bertoleransi,
sedaya mampu kau kena cuba untuk bagi,

Tapi bila Team lawan kau dah cuba bagi situasi yang tenang,
kau kena bijak, sediakan soalan bijak,
jangan pakai sembur macam orang lain tak de hati?

Jangan ingat cuma Team kau adalah pemangsa.
pemangsa itu dari sudut pandangan kau.
Yang orang lain pulak apa? fikir.
Mulai sekarang dan seterusnya belajar untuk lebih menjaga hati.

Belajar berbahasa.
Belajar rasa hormat.
Belajar fikir perasaan orang lain.

Aku?masih proses memperbaiki diri.in Shaa Allah.
Mudah mudahan Allah setuju :)

No comments:

Post a Comment