Nov 22, 2014

Kesedihan Hotel Seri Malaysia

Assalammualaikum blogspot,

Musim keluar dari office untuk berminggu minggu lamenya kembali lagi,
Sometimes aku rasa dah bosan dengan benda yang berulang macam ni,
Dengan stress yang berminggu mungkin berbulan yang aku hadap bila kerja luar,
tapi bila aku tersentak and tersedar, hey Aishah! dont complained too much!
Allah bagi kau rezeki, patutnya kau rase beryukur, and just enjoy the trips.

Ye.aku kene bersyukur sebab betapa Allah sayangkan aku dan bagi aku rezeki macam ni.
Alhamdulillah.Dan sekarang aku tersenyum kembali sambil menikmati kerja kerja yang diberi.

Bila outstation berlama lama,
Hotel adalah salah satu benda yang paling penting.
Selesa dan tenang itu perlu sebab bila balik dari site aku kena hadap data data yang belambak.

Dan seperti setiap company,
Mestilah kau akan ade limit hotel yang boleh kau claimed kan.
ikut pangkat kau lah, kalau CEO, class CEO lah hotel kau.
Kalau pekerja biasa macam aku aku ni,
rate dia pon yang biasa biasa lah kan.
jangan complained! kalau nak rate CEO, waktu mak ayah hantar sekolah,
kenapa kau sendiri yang tak nak belajar jadi CEO kan kan kan?

Biasenye kalau bandar bandar yang tak berapa besar dan bukan tempat percutian,
hotel yang ada kat area tu pon biase biase je,
tapi tak kisah lah kalau hotel biasa pong kan janji hotel tu selesa!
kemudahan macam tv, mini peti ais, iron, and service lain lain tu sepatutnya oklah,

Untuk minggu kedua outstation ni aku stay kat Hotel Seri Malaysia Seremban,
Aku doa aku akan bertabah stay kat sini sehingga selesai kerja.

Banyak benda yang kalau boleh aku pilih untuk tak nak stay kat Seri Malaysia,
Hotel Seri Malaysia yang menunjukkan Seri sangat Malaysia ni!
Tapi kali ni semuanya rushing and aku mintak officemate aku yang tolong reserve kan.

Seri tak Malaysia pon boleh la dari tinggal tepi jalan kan?hahhaha.
And dia pon ada banyak kerja lain dari nak tolong carikkan hotel yang ok kan.
So ini bukan complained kenape dia book sini? big NO ok.
ini complained tentang Seri Nya Malaysia Ini.

Pertama, selalunya Hotel Seri Malaysia ni Tak de "mini peti ais"
hey! macam mane aku nak simpan air susu kotak, yakult, dan makanan yang perlu sejuk?
aku bukan nak duduk sini sehari dua kau tauuu tak??

Kedua, selalunya Hotel Seri Malaysia ni Tak de "Lift"
hoi! barang aku belambak, baju baju tudung tudung aku stock 5minggu.
ada la sesetengah Hotel Seri Malaysia yang ada LIFT,
Tapiiiii kebanyakkkannye Tak ade!

Ketiga, aircond selalu bising and macam tak penah service.
Keempat, carpet yang akan menimbulkan bau bauan yang sangat kurang digemari.
Kelima, bilik air yang seperti ada menyukupkan syarat, SEDIH!

Keenam, Siaran TV yang sangat sangat laaa SEDIH.
Hari pertama aku bertabah lagi, masuk tengah hari hari kedua,
aku call maintenance,

aku  : hello, boleh tolong betulkan channel tv saya?
staff :  Masalah apa ye cik?
aku : channel dia tak clear la.
staff : ok, nanti saya hantarkan staff.
aku : ok, Thank you :)

lepas 10 minit (masa ni aku dah siap pakai tudung semua sebab ingatkan maintenance akan dtg)

telefon hotel berbunyi.

staff : hello cik,
aku : ya,
staff : tadi ada call masalah TV kan?
aku : yup
staff : TV tak blh on ye? cik tekan button hitam kat tepi tv tu.
aku : eh. saya tak kate tak boleh on, saya cakap masalah tak clear.
staff : oh ye ke. kejap ye cik.
aku: ok.

10minit lagi telefon berbunyi lagi.

staff : cik ada masalah tv ye tadi?
aku : ye.
staff : masalah ape ye cik?
aku : channel tak clear, gambar shaking, dan sakit mata.
staff : oh, kalau masalah tu, semua kat sini macam tu cik,mmg tak blh clear.
aku : huhh?? ......oklahhhhhhh.....

Apa kau rasaa? gembiranyaaaaaa lahaaiiiii cenggini kan!
Haaaaa! kau hadapppp la channel cenggitu!

Kalau nak di Listkan aku rase terlalu banyak kekurangan Hotel Seri Malaysia,
tapi cukup lah sampai situ saja, kang aku masuk bab breakfast yang alahaiii rasa nak nangis.

Tapi masa aku check in hari tu,
ada sorang yang mungkin Boss atau Manager kat sini bersama seorang staff lelaki,
dia nampak aku bawak beg yang banyak and dia tanya aku duduk bilik mana,
Dia arahkan staff yang tengah bawak dulang makanan dia untuk tolong aku,
and dia bawak dulang makanan dia sendiri.
Itu perlu diberi kredit and pujian.

Tapi bila aku turun ke kereta dan ambil barang aku seround lagi.
Tak ada Boss @ Manager yang ternampak,
staff staff lelaki yang nampaknya tak gentleman biarkan je aku hangkut sendiri.hahhaha.

ok lah.itu je complained aku untuk HOTEL SERI MALAYSIA kali ni.
eh, tapi ada jugak yang ok, contoh Hotel Seri Malaysia K.Terengganu, aku rasa ok la jugak.

macam kat melaka aku stay dekat hotel budget macam king hotel, HallMark Crown hotel, ok je servis dorang. bilik ok. bilik air tak sedih. channel TV clear tak menyakitkan mata. Ade Lift.

So, aku rasa HOTEL SERI MALAYSIA dah kena upgrade untuk menyediakan servis yang biasa biase tu jugak, kalau tak memang akan sedihhh lah membawa nama SERI MALAYSIA.

1 comment: