May 15, 2014

#Random

Assallammualaikum w.b.t.

Pandang balik masa belakang.
Aku rindu itu.Aku rindu ini.

Fikir pasal zaman kanak kanak.
Seronok sangat waktu tu sebab tak de langsung masalah peribadi.
Dulu mak ada beli vitamin C untuk aku dengan adik beradik.
Time petang petang nak pergi main.
Aku yang baik hati sangat ni lah konon offer kat kawan kawan.
"kawan kawan meh sini.aku ada gula gula sedap!"
Nak makan 5bijik pon wa tak de hal.haha.
Aku simpan botol vitamin kat tempat biasa.
Bila semua dah makan mari kita pergi mainnnn.
Main lah kami semua dengan gembiranya.
Bila balik rumah esoknya ke lusanya ke entah aku lupa.
Mak pelik sebab vitamin baru beli tapi dah nak habis.
Mak tanya kenapa vitamin dah nak habis?
Aku buat bodoh je.entah sambil angkat bahu.
Gila apa nak mengaku? Meminta rotan berselirat kat badan kalau mengaku.haha.
Yelah penat Mak kumpul duit nak belikan anak anak vitamin.
kitorang bukan orang kaya yang boleh beli ape saja.
Sorry Mak.(tapi sekarang mak dah tau dah tak dosa dah sebab tipu dulu)

Fikir pasal zaman muda remaja.
Seronok menghabiskan masa dengan hiburan.
Nak fikir apa sangat waktu ni.
Pergi sekolah, lepak dengan membe. Enjoy.
Waktu happy gelak gelak.
Waktu sedih nangis la kejap.
Esok lusa lupa dah sedih tu.tak bawak kemana sangat perasaan time tu.
Balik rutin biasa.yang lebihnya happy happy dengan membe.

Fikir pasal zaman study.
Tak de masalah sangat sebab terlalu asyik bercinta.
(heh bukan tak study.tapi study sambil bercinta)
Banyak yang gembira lah waktu ni.
Semuanya pon manis.
Yang pahit? Entah.tak ingat dan malas nak ingat.
Azam yang aku dah tanam dari sejak beberapa ketika ini.
"keep positive" yang ini harus sentiasa.In Shaa Allah.

Fikir pasal zaman mula mula kerja.
Macam macam azam kat kepala.
Nak buat itu.Nak buat ini.
Ada yang dah terlaksana.ada yang belum.

Mungkin sedikit rindu keadaan yang dulu.
Ah! macam macam zaman pulak yang aku nak fikir.
Mungkin jugak aku sedikit beremosi hari ni dan semalam semalam.
Perempuan biasalah sebulan sekali perasaan tak menentu.
Tiba tiba sentap.tiba tiba sedih.selalu jeles.kadang kadang senyum.kadang tak.
Mungkinlah faktor PMS.Mungkin.

Fikir zaman sekarang ini.
Nak kumpul duit nak beli rumah.
Cuba hidup dengan tenang.
Aku percaya susunan dan takdir Allah.

Apa aku nak cerita ni?
Entah.aku pon tak tau sebenarnya.
Tangan aku taip apa je yang terlintas kat otak sekarang ni.
Mungkin banyak sangat fikiran yang aku baling ke belakang.
tu yang asek dok fikir zaman lama lama.

Tapi sebenarnya aku Paling rindu Ayah!
Aku rindu lelaki yang paling aku cinta itu.
Aku rindu nak bermesra.
Aku rindu nak bergaduh.
Aku rindu semuanya.
Al-fatihah untuk ayah.

No comments:

Post a Comment