Apr 4, 2013

My Everything 's

Assalammualaikum w.b.t

itu hari ada janji nak update pasal sabah sarawak.
tengok tengoklah kalau ada masa.
heh.masa ada cumanya idea tak berapa nak mendatang.
tapi sabah best untuk bercuti cuti.sejuk.boleh tidoorrr lameee.malam cepat.udang besar.
and and and sarawak makan best.ayam pansuh terbaik.kedai tutup awal.
buahan buahan dekat sarawak uniikkk bangat!
next time repeat.honey mooonn mungkin.haha.

kadang dah tak tau nak cerita apa.
isu semasa? politik semenjang.booriinnngggg.
artis.motif nak cerita cerita rettiissss.ini bukan blog hiburan.


Kehidupan kini bagai biasa seperti dulu.
Manusia anti sosial seperti aku hanya lakukan rutin biasa.
pergi kerja.balik kerja.kadang kadang keluar makan kejap.weekend.balik rumah mak.
hanya seperti itu.hampir setiap minggu.
tengok wayang? tidak lagi.semenjak menjadi pendonlodddd tegar.haha.
karaoke? kesian en.sayang sebab dapat kekasih yang pemalas bersosial.

sayang : jom karaoke ? 
aku : * pasang radio kuat kuat * ok nyanyi.

lebih menjimatkan bukan? sepatutnya awak berasa untung dapat saya sebab saya tak suka membazir ok.hahaha.

walau setiap minggu aku cuma bersosial di rumah tapi aku sangat seronok dan tak sabar untuk balik setiap minggu untuk menghadap perangai anak anak kesayangan aku ini.oh ayat tolonglah!

ini budak pertama.

comel kan? comel kan? comel kan? nama budak ni Quehanie Zafira.
budak ni suka stress.kecik kecik dah banyak masalah.kesian.
budak ni baru umur setahun jagung dan beberapa minggu.dia dah pandai jalan.
tapi dia belagak.baru pandai jalan nak jalan sendiri.tak nak pegang tangan.ishhkk.jatuh kang.
budak ni kuat makan walau badan masih cikiding.haha.budak ni juga manja.
budak ni makin pandai amek hati orang.makin cerdik.semua pon makin lah.
cairrr cairrrr cairrrr hati i ni tau uollss.
ce korang tengok bulu mata dia? panjanggg kan? macam mee.yummeeehhhh!!!

ini budak kedua.

ini adalah my handsome boy.my soul.my everything.
he's clever the way he are. semoga membesar jadi anak yang baik ye sayang.
nama handsome boy ni Muhammad Haiqal Haqim.Dia juga ada dua bijik lesung pipit.
dia panas baran.macam aku.errkk.dia tak suka cakap ulang ulang.macam aku.erkk.
oh inilah budak yang beli kari tu.ingat?

oh budak handsome ni juga dah pandai bersosial sekarang.
pandai pergi melepak kedai kopi dengan pak cik pak cik sedara.
pandai pergi karaoke juga dengan pak cik pak cik sedara.
yang paling penting pandai bergosipppp.kelassss uolllssss.haha.

ini budak ketiga.

yang belah kiri ok.yang kanan tu iollsss la uollsss.maluuuu i.haha.
ok ini budak besar.nama dia Nur Syafiqah Asyikin.
Budak ni tak banyak merisaukan hati mak bapak sebab alhamdulillah dia mampu belajar tanpa pengawalan yang banyak.belajar makin rajin ye pau pau.
oh itu nama panggilan dia.hehe.
alhamdulillah dia dapat 5A's UPSR tahun lepas.tapi tak de rezeki asrama mana mana.
tak pe ok sayang.belajar itu harus makin rajin yaaaa?
jadilah apa pon awak nak jadi bila besar nanti.in shaa Allah yang bagus yer sayang.

cukup lah itu sahaja update untuk kali ini.sekian terima kasih.
motif? i adalah tak ada idea.haha.

4 comments:

  1. sabah memang best walaupun tak pernah pegi.. hehe tapi dah jadi destinasi wajib pegi lepas kahwin nanti.. hikhik..
    :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. view best tapi makanan seafood je yg best, sebab dorang tak makan pedas kot.jadi sila bawak cili siap siap.hehe.

      Delete
  2. sy org sarawak! buah2 dekat sana memang unik.. mcm buah dabai, buah terap, buah engkalak.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah apa yang warna pink tu? belimbing sarawak kan? sedap!

      Delete