Nov 1, 2013

Al-Fatihah untuk Ayah

Assallammualaikum w.b.t.

Tak ada apa sangat nak dicerita.
Hidup berjalan seperti biasa biasa saja.

Setiap yang hidup pasti akan mati.
Setiap yang datang pasti akan pergi.
Apa? Siapa? Bila? Dimana? Bagaimana?
Kita tak tahu dan tak kan tahu.

18 Ogos 1989.lahir anak gadis Ayah yang degil ni.
18 Ogos 2013.tahun terakhir Ayah bersama anak gadis ayah yang degil ni.

terngiang ngiang suara Ayah suruh adik beradik aku yang lain pergi belikan kek.
Ayah tak tau yang bakal menantu Ayah dah siapkan semua.
lepas Ayah tau baru Ayah tak suruh lagi.Comelnya Ayah!
tahun terakhir untuk dunia sementara.semoga di akhirat kekal kita bersama.
satu keluarga.bahagia.Al-fatihah untuk Ayah.

Bila tengok handphone.rasa macam sesuatu!
Selalunya, Ayah akan telefon 2 ke 3 kali seminggu.

" dah makan ? "
" makan apa ? "
" esok balik ? "
" nak cakap dengan mak ? "
" ni panggil que ni. nah aina nak cakap. "

cuma ayat ayat yang sama hampir setiap kali. Ayah tak penah jemu menelefon.
rindu nak dapat panggilan dari Ayah.bila rindu jangan cuma menangis meratap.
Al-fatihah untuk Ayah.

Bila balik rumah, kerusi Ayah kosong.rasa sangat sesuatu!
Selalunya, dari luar dah dengar suara Ayah cakap pada anak-anak kecil kat rumah tu.

"tu, tengok tu sape balik tu"
*sambil senyum*

Gurauan yang biasa seperti selalu.Gurauan yang sama hampir setiap minggu.cuma ye lah.
kadang kadang Ayah tak boleh nak menang dengan anak gadis dia yang degil sorang ni.
rindu nak bergurau dengan Ayah.bila rindu jangan cuma hanya cakap.
Al-fatihah untuk Ayah.

Bila tengok TV ramai ramai.tak berebut TV dengan Ayah.rasa sangat sesuatu!
kalau remote TV kat Ayah.Ayah suka tukar tukar channel time iklan.
tapi kalau remote control kat orang lain.Ayah cakap sapa yang suka tukar channel tangan ketam.haha.comel je Ayah ni!

Setiap hari sabtu.Ayah akan tengok cerita hindustan kat TV3.
Walau pon Ayah tutup mata.Semua pon tahu yang semua tak kan menang.
Bila hari sabtu, tertukar cerita hindustan kat TV3.rasa sedih rasa pilu.
Rindu nak berebut TV dengan Ayah.bila rindu jangan cuma terkenang.
Al-fatihah untuk Ayah.

Bila cakap pasal politik.Ayah sangat semangat!
Waktu mengundi yang lepas, Ayah asyik call suruh tengok permohonan tukar alamat Ayah dah proses ke belum.semangat sungguh.

Aku tak mengundi sebab belum daftar.ye salah aku pada negara.maaf.
dulu kakak aku Ayah yang daftarkan.satu hari tu aku tanya kat Ayah.

" kenapa Ayah tak daftarkan orang mengundi ? "
" umur kakak dah berapa ? "
" 24 la Ayah. "
" ooh.Ayah ingat kan kakak anak kecil lagi. "

Allahu Akbar.Ayah comel sangat!
ye Ayah.Orang masih anak kecil Ayah lagi.
Orang masih anak kecil Ayah yang membesar untuk faham dunia.
Orang tak dibesarkan dengan kemewahan.Alhamdullillah.itu buat orang faham apa erti susah.

Ayah tinggalkan satu pesanan untuk orang.
In shaa Allah Ayah.Orang sedang berusaha untuk laksanakan pesanan Ayah.
In shaa Allah Ayah.Orang cuba sedaya mungkin.

Janggal untuk aku sebut arwah Ayah.
27 Syawal 1435H.
03 September 2013.
9.10 malam hari selasa.

manakan mungkin tarikh itu dilupa setelah 24tahun bersama.
Al-fatihah untuk Ayah.


Apr 26, 2013

Bogel Menuju Tuhan

Assallammualaikum.

Mood mendatang sebanyak mungkin minggu ni.dah kenapa?
aura hero hero korea mungkin.heh.

Masa time tengok buku ni kat kedai buku.notes notes berharga kurang ada.
bila datang niat mencari.buku sudah tiada.benci sungguh keadaan macam tu.heh.

aku suka tulisan dia dekat blog.the ideas.tidak kasar.ada point.boleh pergi jauh.
tapi biasalah kalau bab pendapat.ada yang kita setuju.ada yang tidak.
Jadi bila kita baca sesuatu itu dan sesuatu ini, cuma enjoy untuk membaca,
yang kena dengan hati kita kita, iyakan dan senyum sambil angguk mungkin.
yang tak bape nak ngam dengan jiwa janganlah ditidakkan dengan kekerasan.
biarkan hak memilih pada individu.*senyum*

balik pada cerita asal.Bogel Menuju Tuhan.
jujur belum sempat dibaca.tunggu masa yang sesuai untuk menikmati.

aku ini masih kurang sifat IT.walau dengan gadjet mahu apa sekalipon.
tapi samsung s4 itu sungguh memanggil.huh.kalau kaya dah beli tiga.
dulu pernah active maybank2u.tapi lupa password.jadi abaikan saja.
nak activekan CIMB clicks.kad asek la tak boleh.malas pergi kaunter.
jadi kita biarkan saja.bagus jugak kalau tidak banyak membeli online.
tapi bila datang hal yang penting agak menyusahkan bila jadi orang lama.

contoh seperti membeli buku ini.aku baca zahiril adzim post dekat blog dari tengahhari,
bank-in 7.26 pm, email confirmation esoknya.habis waktu kerja internet tiada pada handphone.
sedangkan buku hanya ada 30 buah saja.dah la tu tak bank-in kos penghantaran sekali.ishk.
baca ikut main dan je.sorry.tapi nasib baik zahiril adzim adalah cool jadi aku termasuk dalam senarai pembeli.yahoooooo!

*senyum makin lebar*

sekali terfikir masa jumpa buku tu kurang notes notes, jadi tidak beli.
masa ada notes notes, pergi cari tapi tak ada la pulak.
sekarang punyai buku yang ada signature sekali.hoho.

the book.

and the signature.


p/s : aku rasa bila semakin banyak buku yang aku baca, aku jadi makin cool.yeaahhh.im cool lideeedaatt :)

Apr 24, 2013

I Miss You


Assallamualaikum uolsss.
jiwa sedang bahagia.makan pakai masih cukup.
apa lagi yang aku nak dalam hidup ni?
terima kasih Allah.


*senyum*
masa untuk berlenggang sudah tamat.
sekali datang tanggungjawab bertempa tempa himpap kepala.hisk.
tapi tak apalah.duduk bersenggang pon boring juga kan?

*senyum makin lebar*
mood untuk bergembira juga makin hampir.
dalam hati nyanyi lagu hoorey hoorey.

oh.itu bukan hajat dan niat sebenar datang untuk mengarang.
dulu aku adalah penonton setia cerita korea.dulu lah tapi.
sudah lama ditinggalkan sebab korea adalah umpama dadah.
Ya! hero hero yang handsome itu akan tambah menguatkan dos dadah.
cis! bedebah apa sampai aku teraddict balik?


i miss you.
pada mulanya hanyalah menonton di TV9.
tapi oleh kerana siaran asek ditunda tunda dengan sengaja.
*sakit pulak hati kita ni*
bila dah ditunda maadu adalah jawapannya.
berlinang air mata.cis bedebah apa dadah ni sampai berjaya alirkan air mata aku?
hilang macho ok.hilang macho!

cerita ini diulang ulang sehingga aku faham keseluruhannya.
ulang sampai paham.bab mana yang aku tak ingat?
oh pleasee.dah kenapa macam ni?
siapa ada ubat untuk hilangkan ketagihan seperti ini?
please tolong kasi turun ubat tu sama aku.
aku tak nak teraddict lagi.


ok.itu je nak cerita.bai.i miss you.hiks.

Apr 4, 2013

My Everything 's

Assalammualaikum w.b.t

itu hari ada janji nak update pasal sabah sarawak.
tengok tengoklah kalau ada masa.
heh.masa ada cumanya idea tak berapa nak mendatang.
tapi sabah best untuk bercuti cuti.sejuk.boleh tidoorrr lameee.malam cepat.udang besar.
and and and sarawak makan best.ayam pansuh terbaik.kedai tutup awal.
buahan buahan dekat sarawak uniikkk bangat!
next time repeat.honey mooonn mungkin.haha.

kadang dah tak tau nak cerita apa.
isu semasa? politik semenjang.booriinnngggg.
artis.motif nak cerita cerita rettiissss.ini bukan blog hiburan.


Kehidupan kini bagai biasa seperti dulu.
Manusia anti sosial seperti aku hanya lakukan rutin biasa.
pergi kerja.balik kerja.kadang kadang keluar makan kejap.weekend.balik rumah mak.
hanya seperti itu.hampir setiap minggu.
tengok wayang? tidak lagi.semenjak menjadi pendonlodddd tegar.haha.
karaoke? kesian en.sayang sebab dapat kekasih yang pemalas bersosial.

sayang : jom karaoke ? 
aku : * pasang radio kuat kuat * ok nyanyi.

lebih menjimatkan bukan? sepatutnya awak berasa untung dapat saya sebab saya tak suka membazir ok.hahaha.

walau setiap minggu aku cuma bersosial di rumah tapi aku sangat seronok dan tak sabar untuk balik setiap minggu untuk menghadap perangai anak anak kesayangan aku ini.oh ayat tolonglah!

ini budak pertama.

comel kan? comel kan? comel kan? nama budak ni Quehanie Zafira.
budak ni suka stress.kecik kecik dah banyak masalah.kesian.
budak ni baru umur setahun jagung dan beberapa minggu.dia dah pandai jalan.
tapi dia belagak.baru pandai jalan nak jalan sendiri.tak nak pegang tangan.ishhkk.jatuh kang.
budak ni kuat makan walau badan masih cikiding.haha.budak ni juga manja.
budak ni makin pandai amek hati orang.makin cerdik.semua pon makin lah.
cairrr cairrrr cairrrr hati i ni tau uollss.
ce korang tengok bulu mata dia? panjanggg kan? macam mee.yummeeehhhh!!!

ini budak kedua.

ini adalah my handsome boy.my soul.my everything.
he's clever the way he are. semoga membesar jadi anak yang baik ye sayang.
nama handsome boy ni Muhammad Haiqal Haqim.Dia juga ada dua bijik lesung pipit.
dia panas baran.macam aku.errkk.dia tak suka cakap ulang ulang.macam aku.erkk.
oh inilah budak yang beli kari tu.ingat?

oh budak handsome ni juga dah pandai bersosial sekarang.
pandai pergi melepak kedai kopi dengan pak cik pak cik sedara.
pandai pergi karaoke juga dengan pak cik pak cik sedara.
yang paling penting pandai bergosipppp.kelassss uolllssss.haha.

ini budak ketiga.

yang belah kiri ok.yang kanan tu iollsss la uollsss.maluuuu i.haha.
ok ini budak besar.nama dia Nur Syafiqah Asyikin.
Budak ni tak banyak merisaukan hati mak bapak sebab alhamdulillah dia mampu belajar tanpa pengawalan yang banyak.belajar makin rajin ye pau pau.
oh itu nama panggilan dia.hehe.
alhamdulillah dia dapat 5A's UPSR tahun lepas.tapi tak de rezeki asrama mana mana.
tak pe ok sayang.belajar itu harus makin rajin yaaaa?
jadilah apa pon awak nak jadi bila besar nanti.in shaa Allah yang bagus yer sayang.

cukup lah itu sahaja update untuk kali ini.sekian terima kasih.
motif? i adalah tak ada idea.haha.

Jan 12, 2013

New Entry For a New Year!

Assalammualaikum w.b.t.

New days, New Time, New Me, New Life (tidak berapa new.hikhik),

and New Moments ahead are waiting for you for me and for happy ending.
In Shaa Allah :)
Hai and Happy New Year! heh.

Gua cuma rasa umur Gua macam sweet sweet sebennnteeenn gituuu!

hoi tahun ni Gua dah dopolohampat tahun!
rasa macam nak cakap kat emak. 
" Emak! Gua mahu kawen, kawen dengan siapa? dengan Dia saja" 
heh.menggedik.menggedik.menggedik.

so.so. so. how's life?

and. and. and. how's everything?

Gua punya life alaahh biasa biasa aja doanggg.

Gua punya everything pong kebiasaan ajaaa.

sempena awal tahun hari itu Gua mengrepeat.heh.

macam tak indah bahasa tu.mengulangi.macam skem skem.
apa sahaja lah. Gua buat lagi sekali Pavlova.yes! Pavlova!
superrr yummmyyy  (belakang ada bunyi yeehhh sikit sikit)


cuba perhatikan.perhatikan betul betul,dan perhatikan lagi.

itu bukan cream yea anak anak.itu adalah sejenis masam masam manis.
ape itu masam masam manis.ok poyo!
itu adalah strawberry yogurt.
boleh didapatkan di mana mana pasaraya seluruh malaysia.
kalau hangpa pergi cari kat kedai basikal.pasti mendapat!
(sejenis pelempang.kahkahkahkah,ok ini tak kelakar)

ok.perhatikan pula yang ini.nampak tak ketebalan tu?

nampak tak?nampak tak?
Gua buat dua layer kali ni.Gua buat dua layer kali ni.
Kire macam tengah tengah tu dah ada rasa masam yang penuh.
balanced ok.balanced.
dan Gua rasa apa yang Gua buat semuanya sedap.kahkahkahkahkah.
Jadinya, Gua layak masuk Masterchef musim depan langsung menjadi juara!

ok.motip.motip.motip nak cerita pasal pavlova kan.

ini buat tekak aku rasa nak makan.lapar.lapar.lapar.
tapi Gua nak pesan kat Lu orang.mood membakers adalah best.
tapi lagi best kalau Lu orang tak perlu mengeluarkan modal.
maksudnya modal itu dikeluarkan oleh pihak lain.
Jadi boleh membeli dengan meriah.kahkahkahkahkah.

ok.stop!

Lupakan pavlova.

Apa yang Lu orang harapkan tahun ni semoga semuanya menjadi kenyataan.amin.

In Shaa Allah.
Usaha ok!

Gua harap hidup Gua meningkat satu tahap lebih kepada kebaikan.

Gua harap ayah Gua sihat dan sihat.
itu cukup untuk Gua.
Semoga kita semua bahagia dengan redha-Nya.
Amin.

p/s : Gua rindu sambal sambalan Kuala Lumpur.Lepas ni Gua review pasal sabahan dan sarawakkan :)