klik here please :)

Jul 18, 2012

Changing!

Assallammualaikum W.b.t

Lama dah tak mengadap blog.

rasa macam tak da apa untuk ditaip dan dikarang.

Life macam mana?

Alhamdulillah.sihat.semuanya baik baik saja.
oh.Ayah pon makin bertambah sihat.syukur alhamdulillah.
oh.Terima kasih pada yang mendoakan, yang memberi sokongan.
terima kasih semua.

Kerja macam mana? oh sekarang dah naik pangkat jadi CEO.alhamdulillah.

(oh.ini sungguh keterlaluan menipuuunyerrr!)

eh,mana nak carik jubah hitam yang sweet simple simple je eh?

sape ade link bak meh sini.

Semalam jumpa satu jubah hitam yang aku rasa simple and nice and and and harga yang berpatutan sangat sangat tapiii tapii tapii untuk pertama kalinya aku nak beli barang ada masalah dengan ketinggian !! ciiisss.wat the fish betul.jubah tu sentengggg!(wondering? aku makin tinggi ke hape?haha) errrgghh.tension tau hakkakk cenggini.haha.so lepas ni kena spend time untuk carik lagi yang lain.boleh dedate lagi.hewhew.


Changing!

Dan aku rasa semua orang pon melalui frasa perubahan ke satu perubahan.
Tapi kalau boleh biarlah frasa tu positif dan semakin positif.

Rindu zaman kecik kecik umur 6 tahun.




Mak pimpin tangan pergi tadika.belajar ABC.main kat playground.

pinjam basikal kawan sampai dia nangis.hehe.RINDU ketika itu.
Kalau aku punyai kesedaran seperti ketika ini pada masa itu.
Aku nak belajar sampai Al-Azhar.
Tapi ini namanya Takdir.Aku masih syukur dengan ketentuanNYA.
Alhamdulillah.

Back to the story.Changing!

Aku pernah dengar ceramah dekat TV1 beberapa bulan lepas.errk.
tak ingat bila.
soalan yang bakal disoal ketika kita di SANA nanti :


 " apakah yang kamu lakukan ketika kamu remaja ? "
"waktu remaja adalah waktu yang paling penting dalam banyak banyak waktu"


Kita selalu dengar macam ni kan,
"tak pe muda lagi, nanti dah tua insaf.muda kita enjoy dulu"

ayat cliche.dulu aku pon fikir macam tu.

muda enjoy enjoy dulu.lepak lepak.chill chill.rilek rilek.
Aku bangga tayang rambut, dandan sana dandan sini.
pakai baju yang up to date konon.
aku rasa.awww! cun jugak i nie.aaahhaaa giitttuuuu!

Satu hari tu aku jalan jalan kat Times Square lalu kat satu kedai tudung madam ni.kalau sape selalu beli tudung kat TS, aku rasa mesti kenal madam ni, sebab empire tudung beliau sangat besar.hehe.Waktu tu rasa macam nak menangis, sedih, tiba tiba rasa diri banyak kekurangan.SANGAT.


Tarikh aku tak ingat.tapi apa yang pasti time tu hujung hujung bulan 3.Lagi beberapa hari bulan 4.dan lagi beberapa hari adalah hari lahir ayah.bila sampai birthday orang yang kita sayang mesti kita bagi hadiah tanda penghargaan kan? kan? kan?


Aku fikir kita sibuk cari hadiah cari kek untuk sambut.

tapi dalam masa yang sama aku sibuk menambah dosa ayah.
Astaghfirullahalazim.
kenapa lah aku tambah dosa ayah setiap hari? 
aku tak patut.sangat tak patut!

ok.balik cerita time aku dekat kedai madam tadi.aku pon try try shawl yang ada kat situ.dan aku terbeli dengan kuantiti yang agak banyak.aku rasa happy! happy sangat.yeaaay ada tudung!Lepak lepak kat Old Town White Coffee aku try lagi shawl shawl yang aku beli tadi.



ini adalah gambar masa aku cuba cuba try shawl dekat old town tu :)

Tepat 1 april 2011 aku mula mengenakan hijab.aku tak ambil masa yang lama untuk lakukan satu ini selepas aku sedar dari dunia aku sendiri.sebab aku rasa dah TERLALU lama aku biarkan rambutku terdedah.terlalu banyak dosa yang aku tambah untuk ayah.ayah orang minta maaf.

Lepas tu ramai yang tanya eh, dah pakai tudung? jawapan aku : alhamdulillah.

ni mesti boyfriend yang suruh kan? jawapan aku : nope.everyone changing!
sekejap je ni kot.lepas ni mesti bukak balik kan? jawapan aku : doakan.
Baru balik haji ke? jawapan aku : nak tunggu pergi haji baru berubah ke?kalau ada rezeki memang nak sangat sangat pergi sana.insyallah.

Alhamdulillah,dah lebih setahun aku masih istiqamah dengan perubahan.aku mengharapkan perubahan yang lebih positif selepas ni.


Ada seorang akak yang aku kenal dia cakap.

"Perubahan yang paling penting adalah Solat.Jangan tinggal Solat"

"Ya Allah, istiqamah kan aku dalam setiap perubahan ku ini Ya Allah"


Sedikit demi sedikit lama lama pasti menjadi bukit.

Berkawan.Bermesra.Berhappy.Berlepak.Bersuka.Beria.
dan segala jenis ber dan ber.masih boleh.
asal tidak lupa yang SATU di atas.

Selamat menjalani ibadah puasa.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak.
Semoga kita lebih diberkati.insyallah.

12 comments:

  1. saya pun mula start pkai tudung labuh lepas arwah abah meninggal, sbb hanya sbb kita, ank perempuan..abah tersiksa kat sana, sebab tu saya pun change! :)

    ada jugak yg tanya mcm kwn2 kak echa, kdg2 rasa kecik hati pun ada..sindir2 tu biasalah..

    bila ignore, diorang pun diam. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.lame mane sgt dorang nak bising kan.lame lame dorang diam kan :)

      Delete
  2. apa2 pun tahniah kak echa sebab berani buat keputusan! and bersyukur ada teman lelaki yang memahami, kwn sy dulu kesian sgt..bf sendiri cakap dia nampak mcm makcik2 kalau pakai tudung :(

    tp saya pulak yg over suka bila dia tinggalkan bf dia tu, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah kat awak jugak sayang.
      oh.tahniah jugak kat kawan awak sebab buat keputusan untuk tngglkan lelaki itu, sesungguhnya lelaki mcm tu tak layak dijadikan calon suami.hahaha.kejam kan.unless dia dah berubah and boleh membimbing baru jadi LAYAK.hewhew.

      Delete
  3. sy pulak yg excited komen! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok.ini excited.kak echa pon reply setiap comment awak.hahaha.

      Delete
  4. Alhamdulillah..dulu saya pun macam awak jugak..gila-gila remaja sekejap.tiba2 je terbuka hati nak pakai hijab sampai sekarang..semoga kita menjadi manusia yang lebih baik...salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah sis... Allah memberikan hidayah kepada sis untuk melihat kebaikan... Bersyukur sis.. ena pun teruk dulu, rasa dah macam bukan manusia.. Alhamdulillah, doa ibu dan ayah juga... ^.^ teruskan beramal soleh...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah cah..walaupown lmbt komen sbb bru tergerak atie nk bukak blog =)

    ReplyDelete
  7. Alhamdullilah :) btw , selamat berpuasa dear :)

    ReplyDelete
  8. 18 0g0s jgk? wah sb dgn hubby sy..bdw slamat berpuasa dear..

    ReplyDelete