klik here please :)

Jul 18, 2012

Changing!

Assallammualaikum W.b.t

Lama dah tak mengadap blog.

rasa macam tak da apa untuk ditaip dan dikarang.

Life macam mana?

Alhamdulillah.sihat.semuanya baik baik saja.
oh.Ayah pon makin bertambah sihat.syukur alhamdulillah.
oh.Terima kasih pada yang mendoakan, yang memberi sokongan.
terima kasih semua.

Kerja macam mana? oh sekarang dah naik pangkat jadi CEO.alhamdulillah.

(oh.ini sungguh keterlaluan menipuuunyerrr!)

eh,mana nak carik jubah hitam yang sweet simple simple je eh?

sape ade link bak meh sini.

Semalam jumpa satu jubah hitam yang aku rasa simple and nice and and and harga yang berpatutan sangat sangat tapiii tapii tapii untuk pertama kalinya aku nak beli barang ada masalah dengan ketinggian !! ciiisss.wat the fish betul.jubah tu sentengggg!(wondering? aku makin tinggi ke hape?haha) errrgghh.tension tau hakkakk cenggini.haha.so lepas ni kena spend time untuk carik lagi yang lain.boleh dedate lagi.hewhew.


Changing!

Dan aku rasa semua orang pon melalui frasa perubahan ke satu perubahan.
Tapi kalau boleh biarlah frasa tu positif dan semakin positif.

Rindu zaman kecik kecik umur 6 tahun.




Mak pimpin tangan pergi tadika.belajar ABC.main kat playground.

pinjam basikal kawan sampai dia nangis.hehe.RINDU ketika itu.
Kalau aku punyai kesedaran seperti ketika ini pada masa itu.
Aku nak belajar sampai Al-Azhar.
Tapi ini namanya Takdir.Aku masih syukur dengan ketentuanNYA.
Alhamdulillah.

Back to the story.Changing!

Aku pernah dengar ceramah dekat TV1 beberapa bulan lepas.errk.
tak ingat bila.
soalan yang bakal disoal ketika kita di SANA nanti :


 " apakah yang kamu lakukan ketika kamu remaja ? "
"waktu remaja adalah waktu yang paling penting dalam banyak banyak waktu"


Kita selalu dengar macam ni kan,
"tak pe muda lagi, nanti dah tua insaf.muda kita enjoy dulu"

ayat cliche.dulu aku pon fikir macam tu.

muda enjoy enjoy dulu.lepak lepak.chill chill.rilek rilek.
Aku bangga tayang rambut, dandan sana dandan sini.
pakai baju yang up to date konon.
aku rasa.awww! cun jugak i nie.aaahhaaa giitttuuuu!

Satu hari tu aku jalan jalan kat Times Square lalu kat satu kedai tudung madam ni.kalau sape selalu beli tudung kat TS, aku rasa mesti kenal madam ni, sebab empire tudung beliau sangat besar.hehe.Waktu tu rasa macam nak menangis, sedih, tiba tiba rasa diri banyak kekurangan.SANGAT.


Tarikh aku tak ingat.tapi apa yang pasti time tu hujung hujung bulan 3.Lagi beberapa hari bulan 4.dan lagi beberapa hari adalah hari lahir ayah.bila sampai birthday orang yang kita sayang mesti kita bagi hadiah tanda penghargaan kan? kan? kan?


Aku fikir kita sibuk cari hadiah cari kek untuk sambut.

tapi dalam masa yang sama aku sibuk menambah dosa ayah.
Astaghfirullahalazim.
kenapa lah aku tambah dosa ayah setiap hari? 
aku tak patut.sangat tak patut!

ok.balik cerita time aku dekat kedai madam tadi.aku pon try try shawl yang ada kat situ.dan aku terbeli dengan kuantiti yang agak banyak.aku rasa happy! happy sangat.yeaaay ada tudung!Lepak lepak kat Old Town White Coffee aku try lagi shawl shawl yang aku beli tadi.



ini adalah gambar masa aku cuba cuba try shawl dekat old town tu :)

Tepat 1 april 2011 aku mula mengenakan hijab.aku tak ambil masa yang lama untuk lakukan satu ini selepas aku sedar dari dunia aku sendiri.sebab aku rasa dah TERLALU lama aku biarkan rambutku terdedah.terlalu banyak dosa yang aku tambah untuk ayah.ayah orang minta maaf.

Lepas tu ramai yang tanya eh, dah pakai tudung? jawapan aku : alhamdulillah.

ni mesti boyfriend yang suruh kan? jawapan aku : nope.everyone changing!
sekejap je ni kot.lepas ni mesti bukak balik kan? jawapan aku : doakan.
Baru balik haji ke? jawapan aku : nak tunggu pergi haji baru berubah ke?kalau ada rezeki memang nak sangat sangat pergi sana.insyallah.

Alhamdulillah,dah lebih setahun aku masih istiqamah dengan perubahan.aku mengharapkan perubahan yang lebih positif selepas ni.


Ada seorang akak yang aku kenal dia cakap.

"Perubahan yang paling penting adalah Solat.Jangan tinggal Solat"

"Ya Allah, istiqamah kan aku dalam setiap perubahan ku ini Ya Allah"


Sedikit demi sedikit lama lama pasti menjadi bukit.

Berkawan.Bermesra.Berhappy.Berlepak.Bersuka.Beria.
dan segala jenis ber dan ber.masih boleh.
asal tidak lupa yang SATU di atas.

Selamat menjalani ibadah puasa.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak.
Semoga kita lebih diberkati.insyallah.