Apr 9, 2012

Selamat Hari Lahir Ayah!

Assallammualaikum W.B.T.

Antara banyak banyak kasih sayang, KASIH SAYANG siapa paling hebat?
Kasih ayah Kasih ibu hingga ke syurga !!!
~errrk.aku lupa pepatah tu sebenarnye~

Kasih kawan kawan.
Konon! Korang penah perasan yang kawan kawan akan berubah mengikut peredaran masa dan zaman.
Tapi masih ada insan yang bernama "teman" tika kita susah dan senang cuma JARANG.

Kasih boypren gerlpren.
Ceeeh! lagi konon! sapa yang boypren gerlpren dorang kekal cuma satu.
kalau sehingga abadi kasih tu ALHAMDULILLAH. tapi ini juga cuma JARANG.
Cuma bila dah jumpa yang terbaik tu, kita doakan yang baik baik.insyallah.

Kasih Keluarga.
Tiada ikatan yang akan putus! TIADA!
Kasihi ibu bapa selagi kita bernafas di muka bumi.
Kasihi keluarga tika masih diberi kesempatan untuk berkasih sayang dengan mereka.
Titik. Noktah. Muktamad. Tanpa sebarang alasan.

Semalam Hari Lahir Ayah yang ke 63 tahun.
Selamat Hari Lahir Ayah. Terima kasih telah membesarkan anak mu yang telah hampir berusia 23 tahun ini.
Dalam banyak-banyak anak perempuan ayah. yang umur nak dekat 23 tahun ni la paling degil kan? dah tahu!
Semoga ayah diberikan kesihatan yang baik. insyallah.

Aku adalah anak yang paling kuat merajuk, manja, gedik, suka tak puas hati.
Dulu masa sekolah sekolah bila aku merajuk je...
ayah konon konon boypren aku yang paling ohsem la.
Ayah tahu aku suka rojak buah. tengah tengah hari tu ayah akan pergi beli rojak buah.
pas tu saja cakap kuat kuat ''emmm sedapppnyeee! " ulang ulang kali.
Aku dengan muka tak malu tumpang je makan sambil buat tak tau kat ayah.
comel la ayah :)

Bila lain kali aku merajuk.
Sambil tido tido tengah hari kat depan tv. aku peluk ayah. aku sedar sebenarnya tapi buat buat tak sedar.
haha. nanti bila bangun tido ayah akan cakap, "ada orang tu kan tak kawan dengan kita, tapi tido pelok kita"
haha. rindu kenangan nak jadi budak kecik yang tak paham dunia.

Bila citer bab henpon.
Aku adalah anak yang sering kali mintak topup tapi call mak bapak jarang sekali.
dan aku rasa korang pon sama kan kan kan. ahhh.tak kira nak samakan jugak!
Tapi ayah tak pernah cakap tak walau pon waktu tu ayah kekurangan duit.
Terima Kasih ayah.

Macam macam cerita antara kita dengan ayah. buat sepuloh entry pon belum tentu habis.
Bersempena dengan hari lahir ayah yang jatuh pada hari isnin 9 april 2012.
Kami menyambut besday ayah secara kecil kecilan di rumah pada hari ahad.

Tahun lepas, kami hanya membeli cake secret recipe.
Tapi tahun ini memandangkan aku sudah mempunyai hobi yang baru 2 minggu tumbuh.
Dengan yakin dan confident aku telah membuat sebijik cake. yeahhh sebijik.
Rasa. entahlah. nak kata sedap. rasa cake la. nak kata tak sedap. sedap la! haha.

ini cake pelangi untuk ayah :)

oh sebenarnya aku takut jugak cake ni tak jadi. maka dengan itu aku telah membuat bake up " oreo cheese cake " tapi tapi tapi telah dipotong sebelum masuk waktunya. nasib baik my rainbow cake jadi you alls.heee.

P/S : resipi dari sumber yang sama. blog yang terbaik masam manis. Thanks kkita :)

10 comments:

  1. Assalamualaikum echa,

    Selamat hari lahir buat ayah Echa ya...semoga dikurniakan yang baik2 saja dari Allah....

    Semuanya tu dah jadi kenangan yang paling indah buat kita kan Echa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.

      Thanks kkros.

      betul betul betul.kenangan yg indahhhh sesangat :)

      Delete
  2. waa.. nmpk cam sdp jee cake tu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak nk resepi?
      hehe.try la tak susah pong.cecece.

      Delete
  3. mesti anak bongsu ni, ayah dah usia 63 dah tu~ selamat hari lahir pakcik. semoga panjang umur dan murah rezeki~

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.hikhik.
      aah anak bongsu.haha.
      tapi ada dua lg adik.kuang kuang kuang.

      Delete
  4. sedapnyaa kek pelangi!!!

    happy birthday utk ayah awk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanksss awaaakk :)
      sedap sng je.awak pon boleh try buat jugakkk.

      Delete