Apr 23, 2012

Bersyukur !

Assallammualaikum w.b.t.


Hari ini Telinga saya bengkak, terasa ada macam ketumbuhan.auuchhhhh! saket !
Terasa berdengung dengung.
Oh, saya lupa bersyukur telinga saya sihat semalam.

Hari ini mata saya pedih. rasa macam berair air.
Terasa nak tutup je mata, walau airmata mengalir deras tanpa dipinta.
Oh, saya lupa bersyukur mata saya sihat semalam.

Hari ini aircond kereta saya rosak. panas dalam kereta sambil bebel bebel maki aircond.
Terasa nak terajang kereta ni esok pagi angkat Subaru.hewhew.
Oh, saya lupa bersyukur saya ada kereta berbanding orang yang terpaksa berjalan kaki.

Hari ini saya makan nasi lauk ikan goreng sambal cili.
Terasa muak asek makan ikan tetiap hari.
Oh, saya lupa bersyukur sedangkan rakyat palestin berebutkan makanan.

Ya allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya hambamu ini selalu tamak dalam mengejar dunia.

Semoga kita selalu bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan untuk kita.
Insyallah.


Alhamdulillah masih diberi kesempatan hidup di muka bumi yang aman permai.
Alhamdullillah masih mempunyai kesederhanaan dalam hidup.
Semoga sentiasa dikurniakan semua yang terbaik.insyallah.

5 comments:

  1. alhamdulillah, bersyukur dengan nikmat yg dipinjamkan kepada kita =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes dear.kadang kadang kita selalu lupa kan.hmm.

      Delete
  2. kdg2 kita mmg terlupa nak bersyukurkan..termasuk sy sendiri..harap2 lepas ni kita lebih pandai menghargai setiap apa yang Allah kurniakan kat kita..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.kita sama sama perbaiki diri.insyallah :)

      Delete
  3. alhamdulillah atas segala nikmat yang diberi...idup jadi sempurna lau igt DIA :D

    ReplyDelete