Mar 13, 2012

Selamat Hari Lahir Sayang!


SELAMAT HARI LAHIR AWAK.
Awak da membesar dari segi umur dan badan :)
Semoga Allah memberkati hidup awak.
Semoga awak bahagia di sebelah depan dan belakang orang orang yang awak sayang.
Moga yang terbaik hanya untuk awak.

Awak tahu tak?
Saya sayang awak tapi sayang saya pada awak tak melebihi sayang saya pada DIA.

Awak tahu tak?
Saya sangat bersyukur awak hadir dalam hidup saya,dan saya terima ketentuan DIA.

Awak tahu tak?
Bila saya marah dgn awak, saya nangis sendiri sebab saya tak mampu nak tengok awak sedih sebab saya.

Kalau seribu orang tak nampak apa kebaikan awak, tapi saya nampak!
Kalau seribu orang nampak kejahatan saya, tapi awak buat buat tak nampak!
Saya bersyukur awak terima saya seadanya.

Dulu,
Masa mula mula awak nak kawan dengan saya, saya tak tak nak kawan dengan awak.
saya bukan jenis berkawan dengan ramai ramai orang. biar sikit tapi kawan kawan saya ada QUALITY.
Dari mula saya memang tahu awak baik cuma saya rasa masa tu saya tak cukup baik untuk awak.

Bila Saya DAH terima awak dalam hidup saya,
saya dengar orang orang bercakap...

" eleeehhh, dia bukan sayang sgt pon"
" alaaaaaa, nanti kalau dia dpt yg lg better dia tngglkan la tu mcm sblum ni dia buat "

macam macam la yang saya DENGAR.

ada classmate saya siap cakap.

" aku tahu kalau kau putus dengan dia, salah tu mesti dari kau "
" kdg2 org perempuan ni dia suka org lelaki yg dengar cakap dia "

Cepat sangat orang luar menghakimi sesuatu perkara. Tapi itu la manusia.
Apa yang mampu saya buat untuk tutup mulut mulut yang berkata.
Mungkin orang orang berkata sebab saya garang. Tapi saya bukan garang. Saya dikurniakan suara yang tinggi dan kuat, pada saya, saya cakap macam biasa, tapi pada orang lain saya sedang marah.
Itu sebenarnya sangat lah TAK. sebab suara saya memang KUAT.

Saya terima semuanya sebab saya tahu awak yang terbaik untuk saya.insyallah.

Saya mencari suami bukan kerana hartanya tapi kerana PEGANGANNYA.
Saya yakin awak boleh membimbing saya ke jalan yang diredhaiNYA.

Awak banyak ubah saya untuk menjadi seorang yang positif.
Dulu saya suka marah marah.
tapi awak ajar saya erti kesabaran.

Bila saya tengok macam mana awak bersabar melayan kerenah saya yang tak penah habis ni.
Saya belajar!
Saya belajar untuk bersabar melayan kerenah awak yang tak pernah habis jugak.

Pada saya asas dalam perhubungan sangat mudah.

MENERIMA DAN MEMBERI.
kadang kadang kita kena memberi pertolongan sebab kadang kadang jugak kita akan menerima pertolongan.
kadang kadang kita kena memberi kritikan sebab kadang kadang jugak kita akan menerima kritikan.
Bukankah ini lebih adil?

KEJUJURAN
ini SANGAT PENTING
Saya lebih menghargai dan akan memaafkan bila saya dengar pengakuan tu dari mulut awak sendiri. Tak kisah dalam apa apa situasi jangan berahsia sebab sikap ni menentukan berapa lama perjalanan kebahagiaan kita.insyallah.

Cukuplah awak ada untuk saya.
Cukuplah saya ada untuk awak.
Saya BERSYUKUR. ALHAMDULILLAH.

Ini adalah hari lahir yang ke lima awak bersama saya. 
itu maknanya apa?
Sudah lima tahun saya bersama awak.
Saya mengharapkan hubungan kita diakhiri dengan satu ikatan yang sah.
Saya mengharapkan kita masih bersama hingga ke Jannah.insyallah.

Saya tak perlukan orang lain untuk membuat hati saya gembira.
Saya tak perlukan sesiapa untuk membuat bibir saya menguntum senyum.
Cukup saya ada keluarga saya.
Cukup saya ada AWAK.
Cukup saya ada teman baik saya.
Syukur!

Selamat Hari Lahir Awak. Saya sayang awak. Saya Kasihkan awak.
Semoga hubungan ini direstui. Insyallah.

6 comments: