Feb 24, 2012

Cinta Pahit Cinta Manis

Assalammualaikum w.b.t

Walau jarang berupdate blog ni, tapi kurang kurang satu minggu ada dua entry baru pon kira ohsem la tu.
Bak kata abang Zackzuckhairi Bukan kah ini satu kemajuan!haha.

Hari ni aku tibe tibe rasa macam nak cakap pasal cinta. macam kembang kembang hati ni bak bunga mawar yang mekar.eee pheeeewiiiitttt! cecececce.....

Siapa tak pernah bercinta ? jangan TIPU la!

Dari sumber en.google definasi cinta adalah :


Bagi aku sendiri cinta itu adalah perasaan jiwa, rasa hati, perkongsian rasa, perkongsian tanggungjwab, dan sesuatu yang sangat indah untuk dimiliki. Bercinta itu tidak semestinya waktu couple couple tapi bercinta lah sehingga ke syurga.

Tapi harus ingat cinta manusia bukan lah cinta yang kekal. Berusahalah ke arah pengkekalan itu, Jika itu yang terbaik untuk kita, insyallah diberkati.

Dan bila bercinta apa yang penting adalah :


Harus diingat Tiada sesiapa pun yang dilahirkan sesempurna sifat, kecuali Nabi Muhammad S.A.W

Di dalam satu kebaikan mungkin terselit sedikit keburukan.
Jadi apakah kita adil jika menerima kebaikan tanpa berusaha memperbetulkan keburukan?
usaha lah. Perbaiki lah segala kekurangan.

Di dalam satu kemanisan pasti terselit sedikit kepahitan.
Jadi apakah adil jika merasai segala kemanisan tanpa merasai sedikit kepahitan?

Tidak akan bertambah lah pengalaman hidup kita jika hanya sering tersenyum.
Kadang kadang kita kena menangis.
Kadang kadang kita perlu ketawa.
Kadang kadang segala rasa itu harus bercampur baur.

Di situ lah letaknya ketinggian IMAN.

Aku suka dok tengok orang lain yang bercinta. Aku suka tengok sweet dorang!

Ni contoh sweet yang aku tengok hari ni :)


Cube Try Test Tengok video ni. Alaaahaiii suweeettt pheeewiiit phewiiiit gitu cara en. lelaki melamar bakal isterinya. Semoga bahagia hingga ke syurga. Semoga ikatan itu diberkatiNYA.Insyallah restu keluarga telah diperolehi, hubungan cinta lebih diredhai.

"Kalau KITA dapat macam ni konpem senyum tak sudah sudah. Alangkah bahagianya kalau......"

Haaaaaa!
Nampak tak?
itulah masalahnya!

Kalau kita tengok orang lain buat macam ni dan kita hanya senyum sekadar suka tanpa mengharapkan pasangan kita melakukan perkara yang sama, itu TAK PE. Tapi kalau waktu bergaduh bertekak semua benda akan diungkit, contohnya :

A : alaaa! waktu you melamar i dulu cara biasa je pon! bukan romantik macam video kat youtube tu! you memang tak ikhlas. kalau suami orang lain macam macam dia buat untuk isteri dia. Tapi you? langsung tak hargai I.

B : (apa perasaan dia bila seseorang yang sangat dikasihi mengeluarkan perkataan sebegitu rupa)

Terima dirinya seadanya dia.
Bila kita tengok orang lain buat "A". Kita pon nak pasangan kita buat "A".
Ingat ! Setiap orang tu tak sama, kalau kelebihan dia kat sini, kekurangan dia mungkin di sana.
Belajar menghargai dan belajar bersyukur !

Dari dulu dah macam macam kisah cinta yang aku tengok aku dengar aku perhatikan, ada yang sweet sweet, ada yang sour sour, ada yang salt salt.hehe.

Korang pernah jumpa tak situasi ni :


SITUASI 1 :

Boyfriend handsome plus style dapat plak Girlfrend tak bape nak style !!!

Bila seseorang terima dalam keadaan yang telah hadirnya CINTA dalam hati mereka,
Apa yang ada pada paras rupa?
Apa yang ada pada pakaian yang semart semart cun cun?

Ada jugak kes yang nak suruh ubah ubah style kan?
Bukan tak boleh nak jadi makin STYLE.
Bukan tak boleh nak orang yang kita sayang tu jadi cantik je mata memandang.
BOLEH.sangatlah boleh asal pakaian kita tak menyalahi hukum agama.

Tapi cara menegur tu bukan dengan cara macam ni :

A : you! baju you nie buruk! lain kali pakai la baju macam ni macam tu bla bla bla bla!
B : (sedih)

A : you! you ni asek pakai baju style cam ni je! you nie tak reti bergaye!
B : (sedih)

A : you! awek orang lain tu semua pandai bergaya! bukan macam you ni! semuanya tak cantik!
B : (sedih)

*oh percaya lah kalau aku yang menjadi perempuan itu! Sang lelaki pasti sudah menerima SEBIJIK PENUMBOK!!

Penyelesaian 1 :

Apa kata korang pi shopping sesame beli baju sesame, tukar tukar pendapat, tak pon bagilah hadiah pada pasangan korang tu. kan lagi sweeett kan?

Penyelesaian 2 :

Cakap kat pasangan korang tu, kalau rasa diri tu STYLE sangat ! tak payah lah couple dengan aku ! kau pi carik awek yang sama STYLE dengan kau ! boleh?hehe.



SITUASI 2 :

Girlfriend cun plus style dapat plak Boyfrend tak bape nak style !!!

ok.kes ni same je dengan kes yg atas.
So cerita dia pon sama la.
cume korang tukar kan la situasi tu ok :)



Kalau dua dua kes kat atas tu boleh terima keadaan diri pasangan masing masing,
So percayalah kamu berdua akan nampak,

Sama Cantik Sama Padan !

Mungkin dari luaran en.boyfriend nampak terlalu handsome untuk cik girlfriend tapi mungkin ada kecantikan dalaman yang hanya bisa dilihat oleh pasangannya lalu terpancar di wajahnya. Siapa tahu?

Mungkin kecomelan cik girlfriend menimbulkan rasa tak puas hati lelaki lelaki lain, kenapa lah en.boyfriend yang kurang handsome ni jadi pilihan hatinya? Mungkin sikap tanggungjawab, teguh imannya yang dipercayai boleh membimbingnya ke jalan yang diredhai ALLAH S.W.T. Siapa tahu?

Jadi bila bercinta, cinta lah pada ILAHI lebih dari segalanya.
Jadi bila bercinta, ingat lah keluarga kerana mereka sentiasa ada.
Jadi bila bercinta, belajarlah menghargai selagi ada.

Bila Kamu Menerima Kebaikan, Maka Terima lah Keburukannya Juga !

CINTA ILAHI CINTA ABADI.

p/s : sorry dena ambik video nak buat contoh :)

19 comments:

  1. Insyaallah,akan cuba terima seadanya pasangan orang nanti :)

    tapi hal ungkit mengungkit ni memang susah nak dielak,takut terlepas kata..kena didik diri supaya menghormati perasaan pasangan kita nanti..

    ReplyDelete
  2. suka sesangat entry neh..

    sygilah orang y hargai diri kita..

    kerna cinta itu indah jika kita tahu menghargainya...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan :)
      belajar menghargai baru rasa lebih lebih lebih indah.insyallah :)

      Delete
  3. Hah... hurain dan cerita yang panjang lebar...

    Memang boleh dikatakan semua orang yang bergelar manusia pernah bercinta...

    Juga berbagai-bagai karenah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pon manusia, sedangkan kucing pon banyak kerenah.haha.ade kena mngenak tak? errkk...

      Delete
  4. setuju..:)

    belajar menghargai dan bersyukur..

    pnh juga bandingkan bf ngan bf org lain..tp bila dia sndri ckp dia tak suka dibandingkan..ira mula tersedar dah buat slh..lama2 dah xbanding n terima dia seadanya..

    bila dah terima..kita akan rs kasih syg tu makin menebal..:)..try la..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul.insyallah kalau dah jodoh tak ke mana :)

      Delete
  5. research pasal cinta ke ni?..gud info..haha

    ReplyDelete
  6. alangkah indahnye cinta yang di redhai oleh Allah .
    sweet sgt .
    harap dpt cmtu gak . insya Allah =)

    ReplyDelete
  7. Memnang betul pun... Semua makhluk bernyawa ada karenahnya..

    Tetapi secara kasarnya sama saja..

    ReplyDelete
  8. seronok lak bce...
    boyfie ct pon xstylo tp dia baik..hahahaha...
    pepon, cinta lah yg lebih berkuasa, dia yg tentukan jodoh kita :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess! kunfayakun. Percaya pada yang ESA.insyallah :)

      Delete