Feb 29, 2012

Fahami ertinya...

Assalammualaikum Wbt..

Selamat pagi sahabat dunia tanpa batasan. Mulakan hidup dengan Bismillahirrahmanirrahim.....
Semoga hidup kita sama sama diberkati olehNYA. Insyallah.

Sedang aku mencari cari satu pengisian untuk dijadikan panduan untuk hari ini,
Aku rasa KAGUM !
Aku rasa HEBAT !
Aku rasa KAGUM melihat pendiriannya.
Aku rasa HEBAT untuk menyuntik sedikit semangat hidupnya.

Tapi dalam mencari dan mencari aku terjumpa ini....

Fahami ertinya....



Doa Iftitah  
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud
Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.


Bacaan ketika tahiyat awal
Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Tambahan untuk tahiyat akhir
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Bertuah lah kamu wahai suaminya...
Semoga rumahtangga kalian dirahmati.insyallah.

sumber dari blog : Kunfayakun

18 comments:

  1. nice sharing! selama nih tak ambik tau pon maksud2 bacaan dalam solat..T.T

    ReplyDelete
  2. baca untuk memahami..

    thanks yunk entry neh..manfaat..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama kita manfaatkan utk kita yer :)

      Delete
  3. thanks sharing psl maksud bacaan dlm solat ni...sgt2 berguna..


    saya tag awak join GA...sudi2 lah dtg blog saya k...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudi je dtg blog awak, before ni pon kite dtg blog awak.hehe.thanks tag kita :)

      Delete
  4. Salam echa,

    Terima kasih dengan perkongsian ni ya echa....memang patut pun kita kena tau makna apa yang kita dok baca dalam solat tu kan....

    ReplyDelete
  5. wahhh.. sgt berguna! good2. thumbs up !

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian ini. sebelum ni kita jarang amik tau pasal maksud bacaan dalam solat. huuu. semoga post ini dapat membantu semua org.. insyallah :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..

    sgt bermanfaat entry ni..:)

    ReplyDelete
  8. nice one.. harap dapat amalkan selalu

    ReplyDelete
  9. doa2 yg selalu kita sebut dalam sembahyang...semoga kita semua bahagia dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete