Jan 4, 2012

Nur Amalina Che Bakri


Siapa tak kenal dia?dulu sumber inspirasi time time SPM kot.Result gempak gile babe!memang tabik berspring melantun lantun kat beliau.niat hati nak jugak result SPM cenggitu, tapi rezeki bukan untuk aku.

Tak pasal-pasal kuar plak cite ni :
Pelajar Genius Nur Amalina  Berubah Kerana Kejutan Budaya

Then yang ini :
Tidak Benar! Nur Amalina Masih Kekal Cemerlang Di UK

Alhamdullillah dan tahniah kerana masih boleh mengekalkan prestasi cemerlang.Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik beliau.

Aku bukan membenarkan apa yang salah.salah tetap salah.betul tetap betul.

Ya! Pakaian dia salah. Ya! Perbuatan itu salah.
tapi cara kita menegur mereka tu?betul ke?

Kalau nak ikut kejutan budaya ni.bukan nak tunggu pergi oversea baru nak terkejut.yang dok sambung belajar kat malaysia ni pon TERlampau ramai yang terkejut.jangan kata yang sambung belajar kat U.tak payah masuk U pon ilmu sosial senang nak masuk otak lah! boleh kata kalau kat sekolah dulu ada paper "SOSIAL LAH KITA" confirm semua student A1 kot!

Time sekolah bertudung litup masuk u tanggal habes.
Time sekolah tak pandai buat ni buat tu habis sekolah macam2 kepandaian pasal nak bersosial.

Cuma bezanya Nur Amalina pelajar contoh dan dikenali ramai.sebab tu cerita dia habes kecoh satu Malaysia.
Semua orang pon harap la sesangat yang dia HEBAT dunia HEBAT akhirat.

Tapi sebelum kita nak judge something tu.JUDGE diri kite dulu.Baik ke kita?Sopan ke kita?Akhlak terpuji ke?Siapa kita nak menghakimi dia?

Doakan lah yang terbaik.Insyallah yang baik lah akan jadi.

Kalau korang baca kat komen2 statement mak dia.dasyat sungguh pengomen2 kat Malaysia ni.boleh jadi hakim kat mahkamah rasanya.hehe.sori.tapi aku sangat tak setuju dengan komen2 negatif yang mengutuk mak beliau.

Just imagine kalau korang ada kat tempat ibu Nur Amalina, adakah korang akan cakap macam nie :

" Ya! anak mak cik memang dah teruk sangat dah perangai dia.pakai seksi seksi.tapi belajar pandai lagi! "

Sanggup ke korang nak cakap anak korang macam tu?
Kalau bukan ibu dia yang nak sokong dia.siapa lagi yang nak bagi galakan?

Kita tau ke sejauh mana usaha ibu dia untuk menarik dia kembali ke pangkal jalan?
kita tak tau!

Kita tau ke apa yang ada dalam hati ibu dia bila tengok anak bergambar pakai baju macam tu?
kita tak tau!

Siapa kita untuk menjadi HAKIM DUNIA?Kita doakanlah yang terbaik.Insyallah.

p/s : masih cuba memperbaiki diri sendiri.Insyallah.sorry kalau ada pihak2 yg terasa cuma bg aku unfair sangat-sangat untuk kita hukum seseorang tu kalau diri kita pon bukan baik mana.tapi kalau korang rasa yang akhlak korang dah cukup terpuji.dipersilakan untuk terus mengeji.

8 comments:

  1. PENCINTA FASHIONS / HANDBAGS!
    Jom temui kami di:
    http://mrsladysstylo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. yup betul! perubahannya itu mungkin salah.tapi...cara teguran itu haruslah betul.dan kita juga harus doakan dia supaya bagus dunia dan akhirat.bukannya menghina dan mencaci tak tentu pasal. =)

    ReplyDelete
  3. org malaysia terkezut sgt kot :D

    ReplyDelete