Sep 7, 2011

Good Bye Bodyshop!

Pelbagai produk telah saya cuba tapi muka semakin bertambah teruk.haha. ada macam ayat iklan tak? 


Syukur Alhamdullillah kulit muka tak de la seteruk mana.Takat kulit minyak minyak tu aku rasa normal la kot dengan keadaan cuaca kat malaysia ni.aku rasa kalau nak hilangkan minyak kat muka ni kena duduk kat JEPUN.woohhaaa i LOIKE!hehe.

Masalah yang aku hadapi :

Muka berminyak - sangat!

Jerawat - ala ala kadar je.(maksudnye bukan sentiasa ade.ada time time la.bile sampai time tu emosi akan terganggu.sekian.)

Parut Jerawat - yang ini pasti! walau jerawat tu tumbuh enak masak ranum kat muka aku ni ikut time.Kesan jerawat ni makan tahun woooo nak hilang.BENCI.hehe.aku lupa pakai Dynamo barangkali.haha.boleh?

Ok sebagai perempuan aku sangat pasti mesti semua pon nak nampak cantik walau diri tak secantik Fatin Liyana, tak sehebat Cik epal, tak secomel yuyu zulaikha yang suker telan 4 biji cekodok sekaligus, tapi naluri untuk menjadi cantik dan nampak bergaya sudah semestinya ada pada seorang insan yang bergelar wanita.tipu la kalau tak de.orang lain lu orang boleh tipu tapi ce try tanya diri sendiri. and korang akan jawab YES!kalau la aku cantik.bla bla bla bla.berangan mesti ada sesiket kan?

Setiap insan mempunyai kehebatan masing masing. cantik luaran orang lain nampak. tapi cantik dalaman sendiri jaga ok.hati kasi GRED A.*semoga kita sama sama menaiktaraf gred hati kita setiap hari.amin*confident tu penting.bila confident sure korang akan rasa diri korang tu cantik!

ok aku nak cakap aku menyesal guna product Bodyshop untuk kecantikan luaran aku. Disebabkan kulit aku berminyak jadi aku sehabis boleh mencari produk untuk membuat kulit muka aku tak berminyak.Jadi aku pon guna la produk ni....


Lama jugak la aku guna hampir setengah tahun lebih kot.Hasilnya :


Muka berminyak - 

muka berminyak tak dapat diatasi!

Jerawat - Jerawat dah tak tumbuh ikut masa.sepanjang masa ada jerawat!

Parut Jerawat - Parut dan kesan jerawat makin bertambah untuk menyerikan wajah ku ini!
Kewangan - huh!yang penting membazir sebab mahal!

Tapi aku tak kata produk ni tak bagus.cuma mungkin tak sesuai dengan aku.buktinya kakak aku masih pakai sampai sekarang dan dia mempunyai kulit wajah yang halus mulus!cheeewaaah.hehe.tapi itulah kenyataannya.produk itu telah memberi kesan yang positif pada kakak aku.cuma mungkin kulit aku kata jangan membazir duit.cari je produk yang murah.hehe.

Masa aku tukar dari produk lama pada bodyshop ni kulit muka aku okok je sebenarnya.tapi sekarang aku dah berbalik pada produk lama.Murah.Menjimatkan.Memuaskan.


Selamat kembali Aiken.Nyah kau Jerawat Jerawat.tapi produk ni pon mungkin bagus untuk aku tapi tak bagus untuk orang lain.

p/s : aku masih menggunakan perfume, parfume, body spray dari bodyshop dan aku rasa berbaloi!bau best.harga okok.beli la time sale baru best.hehe.

10 comments:

  1. ya...body shop tetap di hati kan...hehe..

    jom la kita hapuskan jerawat....hehehhe

    ReplyDelete
  2. masalah jerawat...tepekkan sebuk kayu manis kt jerawat..pedih sedikit tapi berkesan

    ReplyDelete
  3. Kecewa juga dengan losyen bodyshop, mmg wangi, tp bile sapu kat tangan bau bertukar tak best!

    ReplyDelete
  4. satu tindakan yg BIJAK! hehehe. ini baru dikatakan pilihan yg bijakkkk bijakk. hehe :D

    ReplyDelete
  5. ILA HoneybuNNy : pewangi bodyshop masih di hati.pencuci muka,krim dan etc dah tak de kat hati.hehe

    ReplyDelete
  6. abghani : dulu.penah pakai sbb suruh membe bdk kedah belikan.skrg dah habis belajar dah tak guna dah sbb dah tak de sape nak belikan lg.hehe

    ReplyDelete
  7. iedaurora : aah.losyen echa pon tak habes habes.tp echa pakai lavendar punya losyen ok siket rasanya.dekat tgn pon bau dia still ok =)

    ReplyDelete
  8. Redbloodsnow : am learning from my mistaked.hehe

    ReplyDelete
  9. Amy Syaquena : syg perfuma bodyshop juga =)

    ReplyDelete