Jul 31, 2011

Kau Faham?Aku Tak Faham?


Entah apa yang aku kejar dalam hidup? harta? pangkat? popular? atau bahagia? sudah semestinya aku pilih bahagia tanpa ada apaapa yang buat otak aku rasa macam nak pecah...Entah aku pon tak faham. kau faham?

Aku tak nak jadi orang berharta yang lupa asal usul, aku tak nak jadi manusia yang lupa tanggunggjawab aku, aku tak nak jadi insan yang selalu lalai dan lupa, dan aku tak nak kehidupan yang membuatkan aku ada sifatsifat riak dan takbur.

Tapi aku juga tak nak hidup merempat di kaki lima tanpa mampu melakukan apaapa, cukup la aku ada apa yang aku rasa cukup untuk aku, cukup la sekadar aku mampu membalas jasa ibu bapa (walaupun tak terbalas sebenarnya) , cukup la aku membantu apa yang aku mampu, aku sudah bersyukur.....insyallah jika ada rezeki untuk aku , adalah.....

Kekadang aku terfikir, kalau aku punyai segalanya, adakah aku akan bahagia, aku melonjak lonjak suka, gembira sebab aku boleh buat apa saja, klik saja masalah kira setle. tapi sayang penat aku cuba cari kata putus atau penyelesaian untuk itu, masih belum ada rezeki untuk aku jawapan itu, aku masih belum temui jalan lurus ke arah itu, nak guna GPS, pakai tepon pon cikaicikai je, nak beli pappa go, duit kata cannot go...sampaisampai ada simpang 3 atau jalan mati saja....

Allah s.w.t beri aku satu nikmat yang membuatkan aku rasa aku insan yang cukup bertuah di muka bumi ini, tapi DIA uji aku dengan sepuloh ujian dan dugaan untuk aku tempuhi, aku kena bersyukur sebab DIA tau yang aku mampu untuk hadapi semua ni, jangan lemah ya siti nor aishah!!terima takdirnya dengan senang hati....insyallah.....

Sampai terkadang aku rasa macam nak lari sejauh yang mungkin, tinggalkan hiruk pikuk kota yang langsung tak berapa nak aman sentosa, aku nak pergi tempat tenang yang boleh buat jiwa aku tenteram..tempat yang boleh menghilangkan keterpaksaan aku dalam memberi senyuman, tempat yang aku tidak dikenali oleh sesiapa, cehhh..macam ramai kenal aku kan?haha.tapi tempat yang aku pon tak kenal sapasapa...aku nak lari dari kehidupan yang meletihkan aku, aku nak mati tanpa ada sesiapa yang tahu...

Berbalik pada pesan emak, "solat dan alquran sudah cukup membuatkan jiwamu tenteram nak...." insyallah mak....

10 comments:

  1. sokong mak kau! al-quran dan sunnah tu jadikan pegangan hidup kau, insyaAllah kau akan tenang selama-lamanya =)

    ReplyDelete
  2. nape emo sgt ni aishah?just be yourself dear..everythings gonna be fine..nothing can be perfect in this world..=)

    ReplyDelete
  3. tanpa solat dengan al quran kita takkan tenang sebab ianya tunggak agama..dan asas kita sebagai muslim sejati...

    ReplyDelete
  4. kadang2 bersederhana pun dah cukup. :D

    ReplyDelete
  5. bersyukur dengan apa yang ada..

    kadang2 mmg kita di uji...tapi kita harus kuat dan tabah..

    banyak berdoa kepada Allah..insyaAllah kita tenang kan..ingat pesan mak...;-)

    ReplyDelete
  6. Monster Siti : ye.aku pon sokong mak aku plus semua makmak pon akan suruh anak dorang cenggitu kan =)

    ReplyDelete
  7. asyida : teremosi kejap.da ok da.hehe.thanx =)

    ReplyDelete
  8. sarah mohammad: betul betul.bersederhana utk semua benda cume kdg2 bile emosi dah terlebih.ape pon da tak pikir.hehe.thanx =)

    ReplyDelete
  9. Ila Honeybunny : ujian tu buat kita lg tabah kan kan kan =)

    ReplyDelete