Jul 31, 2011

Kau Faham?Aku Tak Faham?


Entah apa yang aku kejar dalam hidup? harta? pangkat? popular? atau bahagia? sudah semestinya aku pilih bahagia tanpa ada apaapa yang buat otak aku rasa macam nak pecah...Entah aku pon tak faham. kau faham?

Aku tak nak jadi orang berharta yang lupa asal usul, aku tak nak jadi manusia yang lupa tanggunggjawab aku, aku tak nak jadi insan yang selalu lalai dan lupa, dan aku tak nak kehidupan yang membuatkan aku ada sifatsifat riak dan takbur.

Tapi aku juga tak nak hidup merempat di kaki lima tanpa mampu melakukan apaapa, cukup la aku ada apa yang aku rasa cukup untuk aku, cukup la sekadar aku mampu membalas jasa ibu bapa (walaupun tak terbalas sebenarnya) , cukup la aku membantu apa yang aku mampu, aku sudah bersyukur.....insyallah jika ada rezeki untuk aku , adalah.....

Kekadang aku terfikir, kalau aku punyai segalanya, adakah aku akan bahagia, aku melonjak lonjak suka, gembira sebab aku boleh buat apa saja, klik saja masalah kira setle. tapi sayang penat aku cuba cari kata putus atau penyelesaian untuk itu, masih belum ada rezeki untuk aku jawapan itu, aku masih belum temui jalan lurus ke arah itu, nak guna GPS, pakai tepon pon cikaicikai je, nak beli pappa go, duit kata cannot go...sampaisampai ada simpang 3 atau jalan mati saja....

Allah s.w.t beri aku satu nikmat yang membuatkan aku rasa aku insan yang cukup bertuah di muka bumi ini, tapi DIA uji aku dengan sepuloh ujian dan dugaan untuk aku tempuhi, aku kena bersyukur sebab DIA tau yang aku mampu untuk hadapi semua ni, jangan lemah ya siti nor aishah!!terima takdirnya dengan senang hati....insyallah.....

Sampai terkadang aku rasa macam nak lari sejauh yang mungkin, tinggalkan hiruk pikuk kota yang langsung tak berapa nak aman sentosa, aku nak pergi tempat tenang yang boleh buat jiwa aku tenteram..tempat yang boleh menghilangkan keterpaksaan aku dalam memberi senyuman, tempat yang aku tidak dikenali oleh sesiapa, cehhh..macam ramai kenal aku kan?haha.tapi tempat yang aku pon tak kenal sapasapa...aku nak lari dari kehidupan yang meletihkan aku, aku nak mati tanpa ada sesiapa yang tahu...

Berbalik pada pesan emak, "solat dan alquran sudah cukup membuatkan jiwamu tenteram nak...." insyallah mak....

Ramadhan Sekali Lagi.....


Alhamdullillah, mengucap tanda syukur masih menikmati nikmat dunia, masih bernafas menghirup udara segar, masih berdiri di tanah yang aman, masih mempunyai insaninsan tersayang di sisi...Alhamdullillah syukur Ya ALLAH...

Aku dan adik beradik diajar berpuasa sedari umur 5 ke 6 tahun.tiada istilah puasa setengah hari.Mak cakap nak puasa, puasa 1 hari, sape berjaya Allah sayang nanti boleh masuk syurga...Masa aku belajar puasa tak de pon mak, ayah, akak, abang aku kata kalau puasa penuh dapat upah.timetime adik aku dorang dapat upah puasa, boleh?tak adil!! haha...tapi aku lagi hebat sebab puasa tak de upah,kira ikhlas la kan..haha...rasa hebat la pulak..blushing blink*blink*

rindu zaman kanakkanak, tak perlu fikir masalahmasalah orang dewasa. Pergi sekolah, balik sekolah, buat kerja sekolah, (kadangkadang malas,sampai sekolah kene denda.haha) masa aku derajah 3 kalau tak salah, bulan puasa time sekolah, time 2 demam, jadi maknanya cari alasan tak nak puasa, tapi tetap pergi sekolah bawak bekal air te'o suam, minum curicuri bawah meja, takut kawankawan nampak.tau malu pulak kan.hehe.

Kepada semua umat islam, Selamat menjalani ibadah puasa, semoga kita semua mendapat berkatnya.Insyallah.....amin....

‎(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ♥¸.•*´¯)
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ . ♥
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
/ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •*

Jul 28, 2011

tolong! tolong teruskan perjuangan itu!

ini ticket!

woot!woot! syida tunduk lebih.hehe.

kite tunduk siket je.hehe.
Dengan gagah dan jayanya kami ke stadium malam tadi.pergi dengan segunung harapan, pulang dengan segunung kekecewaan.but its a game kan. kalah dan menang itu adat.kami masih bangga dan akan terus menyokong dan terus menyokong dan terus dan terus dan terus lagi....heeee.

Tahniah kepada rakyat malaysia yang turun beramairamai untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Malaysia, ini baru 1 Malaysia kan kan kan.hehe.walaupon kami hanya dapat duduk di tangga tapi perasaan semangat berada di stadium untuk melaungkan sorakan semangat kepada pasukan Malaysia tetap hebat dan ohsemm!tengok picca kat bawah bukti kitorang sangatlah menyokong Malaysia ok!

oppps.terbuat muka comel la pulak.heee.

suda ada bendera malaysia di pipi.weehaaa!

temanteman tersayang!

sayangsayang semua!
Apa pendapat korang pasal game semalam,yang paling penting aku rasa kalau nak jadi pemain bola yang hebat jangan jadi pelakon terhebat boleh!hehe. aku cuma rasa yang passing ball Malaysia nampak sangat lemah, Malaysia tak banyak cari peluang, Singapura lebih banyak merebut peluang untuk menambah jaringan gol mereka tapi diselamatkan oleh goalkeeper hebat Malaysia, sape lagi kalau bukan Khairul Fahmi Che Mat.ye dia sangat ohsem dan patut untuk dibanggakan.Tahniah Khairul Fahmi Che Mat, walaupun dilanda gosip hebat, tetap dan terus ohsem beraksi semalam.

Dan Malaysia tolong tolong tolong jangan patah semangat. tolong teruskan perjuangan itu.kami di belakang kamu semua akan tetap dan terus menyokong kamu dengan begitu ohsemm sekali.Malaysia mempunyai pemain yang sangat hebat sebenarnya, cuma mungkin rezeki itu masih belum untuk kita, jadi kami bersyukur, dah sampai tahap ni pon dah kira ok kan...dari tak ada apaapa.see see see saya akan terus menyokong malaysia sebab malaysia Rocckkkk!

Malaysia Rockkk!

Jul 26, 2011

Selamat Hari Lahir Sayang!

Jul 23, 2011

Condo kesayangan di tingkat atas!

ini hiasan sematamata.sila jangan percaya!

haha.entry nak gempak.duduk flat ingatkan condo rupanya kuangkuangkuang.ok la perasan sikit-sikit kan.sekurangnya boleh motivasikan diri aku supaya berusaha menjadi cepat kaya.amin.tapi boleh ke kaya?haha.perasan! tak payah la kaya sangat.cukup sekadar cukup makan pakai, tapi kalau kaya pon ok.cehh.nak jugak.haha.ok rumah flat ni rumah sewa aku sebenarnya.tapi aku cuma stay kat situ weekdays je.sebab weekend aku akan balik rumah mak bapak aku.cuba try seminggu tak balik, tengok hp bape banyak misscall dari bapak aku.almaklumla anak kesayangan.ecece kembang kebanggaan =))

BILA HANDPHONE TERTINGGAL DALAM KERETA!yeay.yeay.yeay.yeay boleh exercise turun naik tangga la echa.kau kan pemalas nak bersenam.jadi itu satu senaman untuk kau.weeeehaaaa!ye itu tipu sebab bila hanndphone tertinggal dalam kereta aku akan mengomel sorangsorang macam nie...

"ishkkk.cm ne boleh tertinggal ni.tadi da ingat da sebenarnye.bodoh betul la....da la penat.rumah tingkat atas sekali plak tue.da la balik kerja nie dah penat.saja je nak tambah penat aku kan!ishhhk!bla..bla..bla..."

ok.itu nampak seperti apa?seperti aku kuat mengomel dan membebel.ye itu aku.mulut tak reti diam.ada je yang tak puas hati.heee.TOLONG LA TERIMA DIRIKU SEADANYA,boleh.haha.

BILA AKU BALIK KERJA LEWAT!waaa bestnyer balik kerja lewat.balik mandi terus tidur.tak payah pikir bosan ke apa ke.esok pergi kerja lagi.lepas tu weekend boleh terus balik rumah mak bapak aku.cepat je masa berlalu.hmmm.positifnya aku!ini pon tipu sebab bila aku penat aku akan cakap macam nie......

"aduhh...da la penat nie.kalau rumah ni tingkat satu xpe jugak!ni tinggi nye bukan main.aduhh.yg reka flat nie pon satu kenapa la tak buat lift sekali.kan saja nak memenatkan aku tu.ishhkk.bla...bla..bla..."

BILA AKU LAPAR DAN AKU SANGGUP TAHAN LAPAR!ok pernah jugak weekend yang aku ada kerja aku tak balik rumah mak bapak aku.tapi tak sampai sepuluh kali pon semenjak aku menetapkan diri di kuala lumpur ni.haha.nampak sangat tak bapa reti nak berdikari kan.hey hello sebenarnya bukan tak reti nak berdikari tapi mak bapak aku yang suka rindu kat aku.hehe.alasan ok.

"ishhk..laparnya tapi tak pe lah.minum air masak pon ok.(kalau ada meggi ke roti ke aku telan je apa yang ada)...bla...bla..bla"

aku nie memang pemalas nak masak ke ataupun aku memang tak reti masak!teeeet.itu biar mereka yang mengenali aku je tau ok.haha.ataupun aku masak terlalu sedap nanti aku blushing blink*blink* bila orang puji aku.wohahaha.tipu!

Jadi moral of the story kalau boleh sehari tu sekali naik dan sekali turun cukup untuk aku.kalau lebih aku akan jadi penat dan marah boleh.hehe.cakap je la pemalas kan senang.tapi aku bersyukur aku ada tempat berteduh dan aku masih bersama sahabat aku sehingga sekarang.serumah sebilik dan sekatil.sekurangkurangnya ada orang yang memahami aku waktu aku nak bercerita kegembiraan aku dan kesedihan aku =) thanx sayang!

Jul 21, 2011

kawan itu apa?sahabat itu apa?

Boleh tak entry macam ni.haha.macam nak serius kau apa hal echa.ok stop mula mengarut.semenjak dua menjak menjadi kekasih terbiar ni.semua drama pon i tengok ok.setiap malam duk lepak kat rumah sampai bosan dan lebam.haha.

hilang- tv 9 lapan setengah isnin dan selasa.
juvana- tv 3 sembilan malam isnin sahaja (yg ni sudah ada ending)
ana lu'lu-tv 3 sembilan malam selasa sahaja.
bang bang boom- pkol bape ek.err xingat tp hari rabu kot (ini drama jugak ker?haha)
semanis kurma-tv 9 pkol sepuluh kot.khamis sahaja.(malam jumaat kene tgk yg mcm ni ok)
annisa- tv 3 sepuloh setengah selasa, rabu, khamis (yg ni dah tamat ok)

Pas tu kalau maen tukar channel, tengok ikut suka apa yg aku suka, kalau kat channel8 tu tengahtengah malam ada show ulangan,american next top model,american idol, apa2 je la yg ulang.orang lain dah tgk lapan tahun lepas,aku baru nak tengok sekarang, boleh.haha.

Tapi ada kene mengena ke dengan aku punya entry title?errrkk.tak de kot.ke patut aku tukar sejak dua menjak tiga menjak menjadi kekasih terbiar.haha.boleh. dan sebenarnya aku nak cerita pasal kisah persahabatan dalam citer ANNISA,yang baru je habes semalam.kawan itu apa?sahabat itu apa?

Kenal diri masingmasing, korang mesti tau siapa sahabat korang sebenar.dan apa tujuan sahabat untuk diri korang.sebagaimana korang ada untuk sahabat.macam tu jugak la dia ada untuk korang.tapi buat sesuatu bukan untuk balasan.buatlah dengan ikhlas.then baru korang akan rasa manisnya bersahabat seperti Manis tak kurma itu?ahh.rasa macam nak tengok sepah maharaja lawak!hehe.

Sahabat tikam belakang,itu pasti sedih!ye.pasti.alaaa pengalaman berkawan, bersahabat,rasa macam semua orang tau macam mana perasaan gembira, sedih, meracau, meroyan, bila gaduh, terasa hati, tak puas hati semua pon ada.macam astro.macammacam ada.hmmm.tapi itu semua kan pengalaman hidup.penambahan pematangan diri kita. kira macam semua yang jadi kan ada hikmah.ALLAH uji kita dengan macammacam dugaan sebab DIA tau kita pasti boleh mengharungi itu semua.Pasti!

aku punyai sahabat yang aku sayangi dan sayangi aku(perasaan).terima kasih semua.echa sayang kamu semua!

p/s: sayangi mereka!jangan tanya apa jasa sahabat pada korang.tanya apa jasa korang pada sahabat.(tiru ayat pak cik tepi sogo, boleh.haha)

Jul 16, 2011

saya bangga menjadi anak malaysia.

saya anak malaysia.saya bangga jadi anak malaysia.siapa yang tak rasa bangga tu.entah la no comment.saya tak la rasa mereka tak bangga jadi anak malaysia.cuma mungkin agak terleka sedikit untuk memberi sokongan kepada pemain malaysia dari segi sokongan moral.

cuma bila dah sekali kita nampak contoh bila diulang untuk kali kedua, ia agak mengecewakan.sedih kot.cuba imagine kalau stadium tu penuh dengan manusia yang menyarung jersi malaysia.guarantee pemain malaysia akan main dengan lebih semangat kan kan.ni bila masuk padang penuh colour berpihak pada lawan.sedikit sebanyak itu menjatuhkan semangat mereka.itu cuma pandangan saya.tapi saya masih menghormati hak individu.itu hak mereka.jadi saya hormat hak mereka.

dulu bila saya main netball, bila saya dengar suara supporter dari luar padang saya jadi semangat semangat semangat.bila saya nampak warna baju mereka menyokong pada team saya, saya rasa mereka supporter paling ohsemm!jadi saya akan beraksi dengan lebih semangat.see see see, sokongan moral itu penting.

masa saya masuk pertandingan pidato, saya sangat takut berada atas pentas sorangsorang.sumpah saya rasa down bila terpandang muka pihakpihak lawan.saya takut kalah.tapi dalam hati saya kata kalau kalah secara bermaruah.itu sudah hebat.tapi bila saya dengar suarasuara peminat saya yang menyokong dari belakang.saya rasa.ye!saya mampu lakukan.saya kan hebat.see see see, sokongan moral itu penting.

tapi semua tu hak individu kan.JADI kita harus patuh dan hormati hak mereka.senyum sahaja.kalah atau menang, kami tetap sokong malaysia. p.e.a.c.e y.o!

p/s :beberapa jam lagi akan tertutup buku amalan iaitu malam nisfu sya'ban,jadi 10 jari disusun dengan hati yang ikhlas memohon maaf jika ada kesalahan dan kesilapan yer.

Jul 11, 2011

RAJA BUAH

euuww i don't like durians.euuww durians so Smelly!tapi itu pasti bukan aku.itu pasti orang lain.ye durian itu sedap.durian itu best.bila makan durian sambil tutup mata.it's like...oooaaa heaven!(makan sushi pon rasa heaven jugak.ada sapasapa nak belanja tak.hihi)

alkisahnya alweekend yang lepas, housemate aku telah pulang ke kampung nya di melaka dan telah membawa beberapa bijik durian untuk adikadik kecil di rumah.yeayyy yeayyy yeayyy yeayy durian.durian.haa.ebih kurang macam tu la bila dapat durian sambil jogetjoget.sumpah tipu.

AdikAdik kecil pon membawa baldi ke kereta myvi SE putih untuk menolong mengangkat durian tersebut.sesampainya di rumah, dengan berbekalkan gunting yang telah patah, KAKAK itu hebat.dengan jayanya mengopek durian itu untuk santapan adikadik kecil.ohsemm kan kan kan.

bila perut da kementak dgn duriandurian yang telah membuatkan tekak.nafas.badan aku jadi panas.panas.panas.waaaa!tu la time makan tak nak beringat.orangorang tua duludulu pesan kalau lepas makan durian.letak air masak kat pangsa durian tu lepas tu minum.tapi degil.tak buat jugak.aisshh apa yang aku tak degil entah.

p/s: thanx k.as bawak durian yang sedap.isi yang tebal.rambutan yang manis.nasib baik xd manggis.kalau ada lagi terima kasih banyakbanyak.hehe.tapi ini pon terima kasih jugak hikhik.

Jul 10, 2011

apabila FUTSALLING menjadi NETBALLING

dengan jayanya pagipagi ahad ni aku merajinkan diri yang sememangnya rajin menemani en. si buah hati yang tersayang pergi bermain futsal bertempat di FUTSAL D' TONGGA.lebih kurang la nama tu.aku pon tak berapa nak ingat sangat.game terbahagi kepada cik perempuan dan en. lelaki.so ikut la jantina masingmasing yer.

bila game lelaki macam agak malas nak tengok.main game handphone nokia ni lagi best rasanya.disebabkan lelaki memang sejak azali telah mempunyai kehebatan ketika berada di padang berumput atau pun padang berkarpet.

PEREMPUAN itu hebat
.mereka boleh bermain futsal dengan gaya yang ohsemm! ala setakat 5 ke 6 gol tu apa ada hal kan.kalau game lelaki pon kalau banyak takat 2 ke 3 gol je.see see see i already told u babe!PEREMPUAN itu hebat.lelaki kalau nak gol terus golkan je.kalau perempuan main banyak lagi yang masih dipikirkan.tudung lagi.rambut lagi.baru nak sepak bola.jadi perempuan boleh buat macammacam benda kat padang berumput atau berkarpet itu kan kan kan.see see see i already told u babe!PEREMPUAN itu hebat.


dan sebenarnya aku sangat RESPECT kat lelaki yang sangat menghormati kaum wanita.sebab aku rasa kalau lelaki tu respect kaum wanita.wanita pertama yang dia akan respect adalah wanita yang melahirkan dia atau EMAK, IBU, MOMMA, etc.dan seterusnya dia akan menghormati wanita yang bergelar isteri kepada dia.dan bergelar ibu kepada anakanak dia.jadi INSYAALAH hidup akan aman sejahtera dan bahagia.

kesimpulannya, aku RESPECT kepada lelakilelaki yang memberi semangat kepada pemainpemain futsal wanita yang aku tonton pagi tadi.RESPECT aku berkurang dan mungkin hilang kepada lelaki yang memberi semangat yang lemah dan menggelakgelak serta mentertawakan wanita yang telah bersusah payah memenatkan diri untuk bermain supaya menang itu tadi.mungkin gaya mereka bermain itu seperti FUTSALLING menjadi NETBALLING.tetapi mereka tetap HEBAT kan sebab still boleh score dan bermain dengan jayanya.macam mana romannya lelaki yang HEBAT bermain NETBALLING.mana nak jage step lagi.kaki tak boleh sesuka hati nak berpusingpusing.ada la jugak dulu masa form 4 kalau tak silap aku.tapi memang comel gila rupernyer bila lelaki yang HEBAT bermain NETBALLING.alaala kiut miut gitu.haha.

ini gaya lelaki yang semulajadi!





ini gaya wanita yang ohsemm!


p/s: dah lama kita tak de istilah datingmendatingkan diri ni sayang.teman awak pergi futsal pon kira dating la tu kan.hehe

Jul 9, 2011

PENING KEPALA


terlalu kerap!ada kerja kepala asyik berputarputar.tak buat apaapa masih berputarputar.
punca?sebab?tujuan?motif?xdapat dikesan.hilang hala tuju.

problem datang bertimpatimpa.satu datang.belum pergi.dua menghampiri.makin menambah gegaran di otak.ini namanya ujian dunia.baru ada feel adventure life ini.masih mampu mengucap tanda syukur.

bangun.kepala terasa sedikit bergoyang.tanye diri lagi.apa punca sebenar.entah.tak tau.duludulu niat nak belajar jadi doctor.tapi homework pon kurang rajin atau malas nak buat.citacita tak tercapai.sekarang masih mampu menyara diri.alhamdullillah mengucap tanda syukur lagi.

bila duduk mengenang nasib.mata jadi kabur.kepala masih bergoyang.cuba baring dan rehat seketika.
tapi masih sama.apa punca?tetap dan masih tak faham.yang rumit bertambah rumit.yang senang bertambah senang.yang tak tau semakin buat tak tau.apa kesudahan.aku sendiri pon masih tak faham.

p/s: aku rase kemalasan yang membuakbuak pada aku semenjak dua menjak tiga menjak ni berpunca dari pening aku yang melampau sekarang ni.pegi check doctor.blood pressure semua pon ok,tapi kenapa aku selalu sakit kepala.entah.aku pon tak tau.ada kemungkinan tak sebab rindu yang melampau kat seseorang yang namanya saudara.hmmm.entah.aku masih tak tau.

MALAS.

MALAS atau kate lain kurang rajin, kurang berkerajinan dan sewaktu dengannya.
MALAS nak cakap apaapa.MALAS nak amek tau apaapa.MALAS nak buat segalanye.

kenapa perlu ade "MALAS"?

* sebab kurang rajin!yeayh betul atau tepat atau exactly!

Antara benda yang aku MALAS nak buat...

* bangun tidur pagi-pagi nak kene pergi kerja.
* Nak drive pergi dan balik kerja.
* dah sampai office, on laptop dan siapkan graph.
psstt-sebab malas hari jumaat baru siap.haha.itupun selepas aku berhenti berfacebooking kot.

kenapa kenapa kenapa.entah tak tau.mana hilang semangat.mana pergi RAJIN.


haa.kalau time malas rase cam nak buat macam nie ok.tapi cctv belambak.jadi semuanya terbantut walau aku tak bantut.cume ade faktor keturunan.apa aku merepek ni.hehe.tapi gila heaven kan kalau bosan buat kerja boleh baringbaring macam ni.hoho.


p/s: bila harihari weekend malas nak mandi kalau xpergi manamana.ini bukan MALAS.ini sifat semulajadi.haha.