Nov 20, 2011

Apa Kata Hati? Tepuk Dada Tanya Selera

apa kata hati?tepuk dada tanya selera
kadang hati terkiri kadang hati terkanan
janganlah sampai hati hati tertekan
hati kau begitu hati aku begini
kau kata salah aku kata betul
kau ungkap benar ungkapan aku salah semata
siapa salah siapa benar?
siapa kau membenarkan keadaan?
siapa aku menyalahkan keadaan?
berhati hati ketika itu
berhati hati ketika ini
masih belum menjanjikan sebarang kebaikan
masih belum terpancar keburukan
aku tak tahu
siapa yang tahu
andai itu takdirnya
terima dengan penuh redha
siapa kita untuk mempersoalkan segalanya?
kenapa begitu?
kenapa begini?
ikhlaskan hati
insyallah masih ada tersirat
insyallah ada yang tersurat

p/s : apa yang terukir di hati.itu yang tertaip di sini.sedang berfikir tentang kebesaranNya.

Nov 3, 2011

Membaca Setiap Hari Buat Saya Semakin Matang

Assalammualaikum W.b.t.

lama kot tak menghupdate blog ni dan sangat sangat terabai.hehe.sorry korang tak blogwalking.i ni busy mengalahkan PM.haha.TIPU.

TAK DE IDEA!
TAK DE MOOD!
TAK TAU NAK HUPDATE HAPE!

tapi yang sebenarnya memang macam sibuk siket kot.kerja banyak.kalau dah mengadap dunia fana ni dengan aku fana sekali nanti.so i play safe and make sure i've finished my job.then i start to writing in my blog back.hehe.and here i come :)
cehh.macam ada ramai sangat nak baca.haha!

ok back to the topic.



Dulu masa sekolah aku tak suka membaca sangat.bila nak exam baru terhegeh hegeh bukak buku hafal benda benda alah dalam text book tu.tapi aku suka kaler kaler so buat nota kecik kecik then hafal la kat situ.senang siket nak ingat kot bila tulisan warna warni.habis exam ok boleh buang semua yang kau hafal aishah then enjoy.haha.aku pemalas ye aku tau.

Kalau dapat ulang balik zaman sekolah aku nak sangat belajar betul betul rajin rajin dan pergi lagi jauh dari sekarang.tapi aku masih bersyukur sekurang nya aku sedar di separuh jalan dan buat aku berada seperti siapa aku sekarang.Alhamdullillah aku bersyukur.aku percaya rezeki ada di mana mana dan USAHA itu pasti membuahkan hasil.

Tapi sekarang aku sangat suka membaca.aku pon tak tau kenapa.Sekurang kurangnya satu artikel sehari.at least i gain something new everyday.kalau dah namenyer blogger haruslah ade blogger pilihan di hati ye dak?

ZackZukhairi : Realiti Konspirasi
yang pertama sekali aku suka dia sebab dia pandai plus handsome!hehe.handsome tu tolak tepi dulu.aku rasa santai je baca blog dia.blog zackzukhairi memang realiti kehidupan.SEMPOI.bila la dia nak update entah.dia busy sekarang ni kot.

Maria Elena Zarul :
Dia hebat walau pon suka buat pelik pelik annoying etc.tapi dia suweeeetsangat! dan sebab pertama aku suka baca blog dia sebab English dia hebat! so i learn from reading i guess :) ohh dia dah nak kawen and already take the first step.semoga bahagia.insyallah.

Fatin Liyana :
Sape tak suka FL?Aku tak rasa macam ada yang tak suka sebab dia cantik yang pasti and pandai.doctor to be.kalau aku jadi pesakit tengok doctor cam tu.insyallah cepat sihat aku rasa.haha.dan aku rasa yang hidup dia hebat.oh FL ni bakal adik ipar Maria Elena Zarul.

Nurulbadiah :
She's a lawyer.aku rasa pendapat yang dia bagi dalam blog dia sangat humble dan aku suka.

Cik Epal :
Seorang blogger yang sangat jujur dalam memberi komen.dan yang penting tak sombong sebab dia akan reply comment yang aku tanye kat blog dia walau aku hanya blogger picisan saje.hehe.

Cukup la aku bagi yang Pemes Pemes sebab aku tau korang pon mesti kenal dorang kan.kenapa aku bagi dorang sebagai contoh pembacaan aku.sebab aku memang belajar sesuatu daripada penulisan dorang tentang kehidupan.dari sebelum aku aktif dalam dunia blog lagi aku dah baca blog dorang.

Tapi aku bukan baca blog yang pemes pemes je tau.aku akan baca setiap blog yang aku jumpa dan blog tu ada motif yang aku aku boleh belajar something dari situ.

Dan aku paling paling suka baca ni.

saifulislam.com
iluvislam.com
sarahshukor.com

Dengan membaca buat aku berubah seperti aku sekarang.Alhamdullillah.
Aku cuba menjadi seorang yang lebih baik dari semalam.Insyallah.

Kalau buku pulak aku suka baca buku yang berbentuk buku motivasi contoh "Aku Terima Nikahnya" bukan tentang perkahwinan tapi tentang kehidupan.

Kalau dulu aku memang cepat marah.semua orang akan cakap aku garang.aku tak kisah dengan semua tu sebab memang aku dikurniakan suara yang agak tinggi.walau pun aku rasa aku cakap cam selowww je tapi orang lain akan cakap 'apehal kau ckp kuat ni?' hehe.nak buat cenggane suare aku memang kuat.haha.

Tapi alhamdullillah.sekarang aku marah time tu je.lepas tu aku counter dgn diri sendiri dan yeahh its work.am more positive guys.

p/s : aku selalu ingat ayat ni - There's a story behind every person.There's a reason why.They're the way they are.Think before u judge.

Oct 5, 2011

Pelaburan Yang Bijak

Untuk kepertamaan kalinya dalam hidup, ecececeh hehe, aku pergi buat facial yang macam agak mahal dan feeling feeling orang kaya siket kan.huahuahua.Dan sebenarnya aku tidak membayar sedepuk duit seperti harga yang ditawarkan dalam pakej yang ada kat situ sebab sebab sebab aku telah membeli kupon kat Group On yang berharga hanya RM48 sahaja! untuk 2 orang.jadi ce try bahagi sendiri la kan.kalau tak pandai kira suh anak buah korang tolong dividekan.hehe.Jadi memang berbaloi la kan kan kan untuk pakej yang mahal dengan harga serendah itu.PUAS HATI.

Hari kejadian

Amoi kat spa yang comel : u punya skin oily bahagian T-zone, dry skin dekat tepi tepi ni.bawah mata u bla bla bla bla bla...panjang lebar bla bla bla...

Aku : ohhhh....

Amoi kat spa yang comel : ok kita ade pakej ni RM ----.-- for one years punya service, manyak elook ma..dan bla bla bla bla...u rasa ok tak?

Aku : (tersengeh sengeh tanda tak setuju) haha.ohhhhhh

Amoi kat spa yang comel : ok tak pe kita ada pakej lain.kalau u pegi tempat lain selalunya blackhead u tanggal ha hidung manyak merah merah.sakit wooo.tapi kita ada machine yang tarik blackhead tu bg semua licin..tak de sakit punya. RM ---.-- untuk satu kali..kita show u kite punye machine ada guarantee tak kan bg effect kat u punya skin tauuu..

Aku : (masih tersengeh tanda tak setuju) haha lagi..ohhhhh

Amoi kat spa yang comel :kita masih ada pakej lain RM---.-- untuk ni bla bla bla bla bla...

Aku : (masih sedang tersengeh tanda masih tak setuju) haha lagi dan lagi..ohhhhh

setelah macam dan macam dan macam lagi pakej yang diperkenalkan at last ....

Amoi kat spa yang comel : ohh tak pe la kita kasi cuci muka u guna product kita yg bagus punye. i kasi u satu tips ha kalau u mau cuci muka u jangan guna itu tangan. u guna itu span.muka jadi lagi bersih.satu minggu satu kali u cuci itu span dengan dettol.u trust me. muka u tambah bersih. kalau u cuci muka murah saja RM20 tapi kelau olang lain datang sini tak ada kupon macam u haaa.i tak akan bg ini price punya.kejap ha i tunjuk dekat u kami punya span... (amoi pon bangun pg mane ntah amek span)

Aku : (semua pon aku tak nak!hahaaku nak yg aku baya kat kupon 2 je.tppppp oppp jangan kate dia dok bersyarah kat aku ni la harge yg aku baya tuuuuu.huaaaaaa! hilang mood kejap)

Amoi spa yang comel : ni span kami good quality. Tebal.kalau u beli kat luar haa span itu macam nipis sudah RM16 tau.kita punya tebal baru RM20 and kita cuci muka u skali..

Aku : (sengeh sengeh sengeh sengeh lagi masih tak setuju.hahahaha.kedekut tak aku) i tak mau la amoi...

Amoi spa yang comel : (aku rasa dalam hati dia.ini budak manyak kedekut) ok tak pe la tp kwn u amek satu pakj tau.u betul tak mau?

Aku :tak mau la.nanti nanti la i datang lagi :)

Dia pon suruh aku masuk bilik facial tukar kain sarung bagai baring kat katil tu.wahhh ini betul feeling feeling orang kaya.haha.tanpa menambah pakej lain.GREAT :)

p/s : aku bukan kedekut tapi sekarang aku lebih mementingkan keadaan kewangan untuk masa depan.tapi kalau benda tu berpatutan dan aku akan grab je. jadi aku akan tengok situasi :)

Oct 4, 2011

Cerita Cinta Ke Syurga :)

indahnyaaaa jikaaa.....
ok siti aishah.SILA stop berangan kerja kau melambak lagi tak siap.blog terabai segala.tapi pagi ni aku sempat berangan.kuangkuangkuang :)

p/s : insyallah bila segalanya diizinkan akan sampai masanya...ohh start counting!garek!haha.

Sep 27, 2011

Game - Terapi Jiwa :)

Sape tak suka main game? Ade ke orang tak suka main game? meyh sini nak kenal sketttt.hehe. kalau sekarang orang sibuk angrybird sane angrybird sini, aku masih di takuk lame.haha.aku men game ular kat tepon nokia.tu kalau kat tepon la.kalau kat lappy aku suke men tumblebugs. ok dari dulu aku main game tu tak pernah menang tapi baru baru baru ini aku telah..........

Bila klik je next plak..."CONGRATULATION" weyyyyyhhh! aku berjaya untuk kepertamaan kali.haha
p/s : sedikit sebanyak dapat menghilangkan tension bila puas main game.hehe.

Sep 24, 2011

Alhamdulillah My Sayang Dah Sihat :)


Hari itu saya sedih kerana Lappy kesayangan saya tak nak bangun bangun.bila saya kejut, dia tidur je sepanjang masa. Mungkin sedih kerana saya membiarkan dia terlalu lama kot. nak tau? refer sini. haha padahal entry wordless wednesday je kot :)
Hari ini saya gembira dan Alhamdulillah setelah berkeping keping kertas yang dikeluarkan untuk membaiki my Lappy kesayangan ini, maka hari ini malam ini ketika ini ia boleh digunakan seperti biasa.Yeaaaayyyyy :)

p/s : Saya sayang lappy ini sangat sangat kerana ia pemberian ibu tercinta ketika masih belajar dulu. oh,rindu zaman study!

soalan : kenapa tak boleh log in nuffnang sekarang ni? nuffnang problemo ke hape?

Sep 23, 2011

Falsafah Dua Kalimah Syahadah

Assalammualaikum w.b.t.


Pintu masuk Islam adalah kalimah syahadah.
" Apabila seseorang itu mengucapkan kalimah syahadah, maka sucilah dia daripada dosa dosanya yang lepas, diharamkan dirinya untuk dibunuh oleh Muslim yang lain, wajib ke atasnya solat lima waktu, berpuasa, zakat, dan haji bagi yang mampu. Wajib juga ke atasnya meninggal larangan Allah SWT. "

untuk pembacaan lanjut : klik sini

p/s : saya bukan orang yang ariff hal agama, dan banyak salah dan silapnya, jika ternampak kesalahan dan kesilapan yang saya tak ternampak, tolong lah tegur ya.saya hanya berkongsi apa yang saya baca untuk semua.

Sep 22, 2011

Yakult : Minuman Sihat Untuk Kita

Sape suka minum YAKULT? - saya saya saya!

Ramai kot membe membe yang agak kurang minum YAKULT ni tapi aku suka kalau korang tak suka. sebab sebab sebab aku tak payah nak share share dengan sape sape.haha.boleh minum sengsorang.haha.TAMAK tak?memey arr...haha.

Korang suka makan SUSHI KING tak? aku suka feeling feeling JEPUN siket tu la aku suka makan makanan JEPUN.hehe. ok ok kalau korang pergi makan kat SUSHI KING amek la set yang ada Yakult tu.try la.BEST!hehe.

Antara Kebaikan Yakult :
  • Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan menyekat pertumbuhan bakteria bahaya dalam usus.
  • Mengurangkan penghasilan bahan toksin dalam badan.
  • Membantu menggalakkan sembelit dan cirit birit.
  • Membantu meningkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan dan pertumbuhan sel kanser.
p/s : last week aku demam pening kepala bagai, minum YAKULT berbotol botol, SELESEMA makin kurang.GREAT! Alhamdullilah.

Sep 21, 2011

Aoron Aziz Lelaki Hebat

aku rasa dia macho plus cool.hensem tak de la sangat.tapi COOL!
Boleh tak title Cenggitu? haha. mungkin tidak bagi sesetengah orang tapi aku suka tengok karakter dia sama ada dalam lakonan atau di luar lakonan.

Dalam Lakonan - Dia hebat! (cuba cakap citer apa yg dia belakon tak nampak hebat? )
Luar Lakonan  - haha.aku tak kenal dia.tapi kalau tengok dari dia seorang ayah yang penyayang.

Nama sebenar : Aaron Mustapha Aziz
Tarikh Lahir     : 23 February 1976

Dan sebenarnya aku suka tengok artis yang ada bakat, tak banyak gosip mengarut, dan yang paling penting sekali, aku suka artis yang tak bagi JAWAPAN BODOH bila dah terkantoi something like terupload gambar ke?opssss.teeettt.hehe.tak de kena mengena antara yang hidup atau yang mati.

Ohh aku ada printscreen dari beautifulnara ke ohbulan.aku tak ingat.hehe.
Jadi gangster macam dia baru ok.langgar sorang sorang wa cakap lu.tak payah satu kampung baru ade bran!sorang sorang tengok, menyorok dalam longkang.haha.

p/s : its ok malaysia.lawan dengan jepun kot.depa tak lepas 5gol pon da kira bangga la 2.hehe

Sep 20, 2011

Pulau Pinang

bepuloh kali datang sini hari ni baru aku perasan bahasawanya, Pulau Pinang ada banyak bangunan putih kan kan kan? SWEET SWEET SWEET!

Aku suka Pulau Pinang sebab macam best je stay kat sini. Tapi hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, aku lebih menyayangi Bangi kerana di situ ada ibu bapa dan ahli keluarga tercinta.hehe.

Pendapat Aku tentang Pulau Pinang :

1) Signboard kadang kadang dilindungi pokok. (tapi pokok banyak banyak best sebab redup je bagi pejalan pejalans kaki)
2) Bila kereta kita bergerak selari dengan banjaran bukit, kita telah mengikut jalan yang betul untuk menuju ke  arah jambatan atau kita sedang menuju ke lapangan terbang. (erkk.betol ke?haha.kalau salah orang penang tolong betoikan nah)
3) Jangan guna peta kalau ada kat Penang.Guna GPS boleh. (tapi aku tak de GPS, guane)

Oh! lupa nak bagitau Penang dah ada i-city penang. Tak percaya? Tolong la percaya.nah aku bagi bukti untuk korang tambah siket percaye tu.muehehhehe!
Oh TIPU! haha.ini sebenarnya........
Ini kedai makan la.IKAN BAKAR.sedap jugak.ikan rasa fresh je.dan kedai ini di tepi laut. Korang boleh nampak Jambatan Pulau Pinang dari sini dengan jelas.
haha. Jelas la sangat kan.soryy hanphone lama tak menghasilkan quality gambar yang baik.hehe.Sape sape datang penang boleh la try makan kat sini.BEST.ini tak tipu.

P/s :1) makan ikan bakar di satu malam di Pulau Pinang.2) Sudah mulai rinu masakan emak tercinta.3) Tak sempat nak blogwalking, nanti free aku BW ok dear =)

Sep 16, 2011

Manusia istidraj Dihina Allah

Assalammualaikum w.b.t

Korang tahu tak apa tu manusia istidraj? Masa aku tengah bergosip gosip dengan rakan rakan seopisku.ehemm ehemm.kitorang pon borak borak pasal "Manusia Istidraj". Jadi lepas tu aku pon  tanye la khabar kat en.google apa Manusia Istidraj? Macam aku penah cakap sebelum ni aku bukan ustazah mahupun orang orang yang ariff tentang hal agama ni.Jadi kalau salah tolong tunjukkan. kalau silap tolong betulkan.Thanks guys.
kalau kita punyai harta yang banyak jangan jadi Manusia Istidraj .Insyallah.

Maksud - istidraj merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan ALLAH S.W.T kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti dikehendaki-NYA. Bagaimanapun anugerah itu bukan disebabkan  ALLAH menyayangi mereka tapi merupakan tanda kebencian ALLAH terhadap golongan berkenaan.

Maksud 2 - Anugerah Allah kepada hamba yang tidak diredhai-Nya dan nikmat tersebut datang dalam pelbagai bentuk antaranya kuasa, kemewahan harta benda, kedudukan di sisi masyarakat, pengaruh serta pangkat.

Soalan - Adakah mereka mereka yang diberikan kemewahan, pangkat, harta benda dll, dianggap manusia istidraj? 

Jawapan - Tidak. kerana Istidraj hanya untuk golongan yang derhaka kepada ALLAH.sekiranya mereka menggunakan apa yang dikurniakan kepada mereka ke Jalan ALLAH. Insyallah pasti mendapat berkat dariNya.

Ok. nak senang cite macam ni, manusia ni selalu bertawakal kepada ALLAH bila diuji dengan kesusahan. Tapi selalu lupa bila ALLAH bagi kita kemewahan, harta, pangkat, kuasa dsb.haaaa...! bila yang lupa diri angkuh takbur riak segala macam bila ada harta dan pangkat itu akan menjerumus diri kita menjadi manusia istidraj.

Sumber : Sini

Sep 14, 2011

Wordless Wednesday : Get Well Soon Sayang!

P/S : kita pergi jumpa doctor this saturday ok sayang.

Sep 13, 2011

Maharaja Lawak Berpecah!

Mereka Berpecah ??? Sayang Seribu kali sayang.tapi tak pe la rezeki masing masing ye dak? jangan masam masam muka sudah la kan. SEPAH sangat ada " chemistry ". Tapi bila dah sorang tak bagi komitmen semua pon susah kan bak kata pepatah " sebab nila setitik habis baju sekolah kaler putih jadi biru " boleh?haha. Shuib n jepp terbaeek la wok! oh i love JOZAN too.tapi mereka pon dah tak JOZAN kot.entah la.Nabil pon ok.aku suka lagu dia...boss boss jahat (grenade versi nabil Terbaekkk jagak).

Tahniah Mamat Sepah kerana dapat tawan hati fida *cehhh tawan* haha.Kalau tengok je personaliti Fida ni sejuk hati mak mertua.eee ceehhh.baik sopan cakap lemah lembut.aku nak kena jadi sopan cam ni ker baru mak mertua suka?haha.sopan tapi sopan cara aku la.jadi diri sendiri tu lagi bagus kot.plus aku pon bukan nyer jahat cuma tak pandai masak je.hahaha.Semoga bahagia Fida dan Mamat Sepah. Insyallah.

Ni sape pulak? ok ini Adda bekas kekasih Mamat Sepah. Cantik orangnya. Manis Cute Comel Gojes Semua  ada kot. Aku rasa kalau aku dapat kakak ipar cam ni ker adik ipar cam ni ker aku pon suka! mesti bakal anak buah aku comel kan?hehe.

Korang bace sini  dan sini ! cukup mesti korang akan faham kan?

Sumpah aku suka tengok muka Adda ni.cantik kan. tak de cacat celanya. so you better move on girl. jangan dipikirin ape yang berlaku.everything's happen for a reason dear. REMEMBER KARMA.What goes around comes around. Instead semua orang pon hanya boleh bercakap dan tak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam hubungan korang. Tapi yang penting diri korang masing masing tahu dan faham apa terjadi. cukup la yang sini salah sana. yang sana salah sini. Insyallah Adda akan jumpa jodoh yang lebih baik dari DIA.Lagi handsome ke kan.hehe.DIA bukan handsome sgt pon.ooopppsss.teeeett.

P/S : amik iktibar macam bekas tunang Khairul Fahmi!Dia move on dan tabah menjalani kehidupan.semoga korang mendapat jodoh yang lebih baik.Insyallah.

Sep 12, 2011

TLC Promise Me -For The Children Of Rumah Aman

Bantu Mereka Semampu kita! " Tolong Mereka " ya Rakan!

Serba Sedikit tentang TLC. TLC atau Truly Loving Company adalah sebuah syarikat yang menghasilkan produk produk peribadi sabun, pencuci lantai dan sebagainya. Ok dengan membeli produk produk TLC yang boleh didapati di pasaraya dan kedai kedai runcit anda sebenarnya telah menderma kepada mereka yang sangat memerlukan.Untuk maklumat lanjut produk ini anda boleh klik sini.
Gambar di bawah adalah antara produk yang telah dihasilkan.

Tapi Siapa Yang Kita Nak Bantu? " Siapa Mereka "?



Kita mahu membantu mereka yang memerlukan. Mereka tiada apa yang kita ada! Mereka Sedih saat saat kita gembira bersama KELUARGA. Jadi apa salah nya sedikit sumbangan yang kita dapat berikan semampu kita dapat mengukir senyuman di  " Jiwa Mereka ". Insyallah.

Rumah Aman adalah sebuah rumah anak yatim yang terletak di Shah Alam.Rumah ini mula beroperasi pada tahun 2005 sehingga hari ini.

Bagaimana Cara Untuk Membantu Mereka? Senang Je.

Dermakan.....

1) online : Anda boleh membuat sumbangan terus ke Rumah Aman melalui Perbankan online Maybank 2u. Taipkan begini - "Nuffnang TLC Janji Me S2" dan tujukan kepada Rumah Aman (Shah Alam) No Akaun - 562106720433 (Maybank)

2) Via Milkadeal : Juga boleh menderma dengan mengelik sini.

3) Via Cek : Cek juga boleh dihatarkan kepada Nuffnang Sdn. Bhd. dan dihantar kepada          alamat ini,
                   12B5 & 12B6, Heritage house
                   33 Jalan Yap Ah Shak
                   50300 Kuala Lumpur.

* Derma ni boleh tolak cukai Korang tau! Rumah Aman akan mengeluarkan Resit*

UNTUK BLOGGER - Sebarkan!

blog la pasal ni.mana tau ada "Readers" korang yang baca pasal ni akan bantu mereka. almaklumla saya mana ada ramai "Readers" sangat pon. so please please please SEBARKAN benda ni ok!sayang korang!

Dan Sokong macam saya! Tengok dalam kotak merah yang tak nampak sangat tu.


Untuk maklumat lanjut tentang program ni Klik Sini.

Untuk maklumat lanjut tentang Rumah aman Klik Sini.

P/S : Memberi itu LEBIH BAIK dari Menerima.

Sep 10, 2011

Cars 2 bersama Tersayang!

Setelah tamatnya bulan puasa tahun ini aku memang dah janji dengan "penyeri hidup" aku untuk nonton wayang bersama plus si kecik aku yang comel ni dapat result Exam yang boleh dibanggakan!so nah your REWARD.usaha nya kasi lebih in lagi ya sayang!

ok disebabkan baru lepas bershopping rayer pada bulan nak dekat raye hari 2 makanya harus la duit ku pon enggak mau ada kan.jadi aku syukur kerna...korang ingat enggak entry ni!


Jadi aku pon ade 4 complimentary pass! so aku boleh hangkut 3 orang insan yang disayangi untuk nonton bersama.Jadi Jimat kan. Thanks TGV. i love you NUffnang!


Nampak tak RM 0.00 tu? Jadi tak kena bayar apa apa la maksudnya tu.haha.best weyh! kalau dapat cam ni selalu memang muka aku je la kat panggung tu.hehe.

ok disebabkan ini cerita mulanya pada jam 4.50 pm.kami ada kat situ pada jam lebih kurang 1.45 pm maka harus lah kami berjalan jalan sampai lebam!

first Activity - Makan luuuuuu!

kakak - sizzling chicken yee mee.sedap.strawberu blended.lazat.
sayang - nasi ayam.enak.honey dew.yummy.
Adik - Jagung manis @ sweet corn.kurang rasa.choclate blended.creamy.
Aku - Mocha blended.waallawei la.makan tiada.sekian.

kakak kenyang!erkkkk.Alhamdullillah =)


adek kesian =(

sayang mkn nasi ayam.aku makan hati ayam je.hehe.
aku lapar pada ketika itu! Tapi aku kesian kat si kecik tu.dia tak boleh makan bendabenda kat situ sebab dia kena demam cacar. Aku tak sampai hati nak makan sesedap depan dia. Get well soon sayang!kalau tak memang dominos la gamaknye.tak pon Sushi King.yummy!


Kesian si kecik kesayangan aku ni.kecik kecik pandai segan ade tompok kat muka semua.jalan pakai sunglasses aku.baju angkat naik atas.alaahhaaaiiii comel anak buah aku ni!

Second Activity - Melepak sampai boleh masuk panggung!



ok.cukup cukup la tu kan.Thanx TGV.Thanx Nuffnang.lain kali bagi la lagi ye =)


p/s :hey.memara memara tak boleeee.aku nak tengok Raya Tak Jadi!

Sep 8, 2011

Sharing : Haiwan Peliharaan


Kalau salah tolong tunjukkan.Aku bukan ustazah mahupun orang yang ariff hal hal agama.Aku penah buat entry pasal haiwan peliharaan.Bela anjing macam Paris Hilton gila tak cool.

"Mengikut pandangan Mazhab Shafie, anjing adalah termasuk dalam kategori najis berat (mughallazah). Kalau terkena air liurnya, maka perlu disamak dengan 7 kali air mutlak dan sekali dengan air bercampur tanah.Menyentuh dan memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum islam."

"Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah dari perkara buruk, menjaga tanaman dll"

"Tidak boleh memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan atau untuk dijadikan perhiasan di rumah "


Sumber : Sini!

p/s : kalau rasa nak bela haiwan untuk dijadikan bahan seksaan baik tak payah tambah dosa ok!

Sep 7, 2011

Good Bye Bodyshop!

Pelbagai produk telah saya cuba tapi muka semakin bertambah teruk.haha. ada macam ayat iklan tak? 


Syukur Alhamdullillah kulit muka tak de la seteruk mana.Takat kulit minyak minyak tu aku rasa normal la kot dengan keadaan cuaca kat malaysia ni.aku rasa kalau nak hilangkan minyak kat muka ni kena duduk kat JEPUN.woohhaaa i LOIKE!hehe.

Masalah yang aku hadapi :

Muka berminyak - sangat!

Jerawat - ala ala kadar je.(maksudnye bukan sentiasa ade.ada time time la.bile sampai time tu emosi akan terganggu.sekian.)

Parut Jerawat - yang ini pasti! walau jerawat tu tumbuh enak masak ranum kat muka aku ni ikut time.Kesan jerawat ni makan tahun woooo nak hilang.BENCI.hehe.aku lupa pakai Dynamo barangkali.haha.boleh?

Ok sebagai perempuan aku sangat pasti mesti semua pon nak nampak cantik walau diri tak secantik Fatin Liyana, tak sehebat Cik epal, tak secomel yuyu zulaikha yang suker telan 4 biji cekodok sekaligus, tapi naluri untuk menjadi cantik dan nampak bergaya sudah semestinya ada pada seorang insan yang bergelar wanita.tipu la kalau tak de.orang lain lu orang boleh tipu tapi ce try tanya diri sendiri. and korang akan jawab YES!kalau la aku cantik.bla bla bla bla.berangan mesti ada sesiket kan?

Setiap insan mempunyai kehebatan masing masing. cantik luaran orang lain nampak. tapi cantik dalaman sendiri jaga ok.hati kasi GRED A.*semoga kita sama sama menaiktaraf gred hati kita setiap hari.amin*confident tu penting.bila confident sure korang akan rasa diri korang tu cantik!

ok aku nak cakap aku menyesal guna product Bodyshop untuk kecantikan luaran aku. Disebabkan kulit aku berminyak jadi aku sehabis boleh mencari produk untuk membuat kulit muka aku tak berminyak.Jadi aku pon guna la produk ni....


Lama jugak la aku guna hampir setengah tahun lebih kot.Hasilnya :


Muka berminyak - 

muka berminyak tak dapat diatasi!

Jerawat - Jerawat dah tak tumbuh ikut masa.sepanjang masa ada jerawat!

Parut Jerawat - Parut dan kesan jerawat makin bertambah untuk menyerikan wajah ku ini!
Kewangan - huh!yang penting membazir sebab mahal!

Tapi aku tak kata produk ni tak bagus.cuma mungkin tak sesuai dengan aku.buktinya kakak aku masih pakai sampai sekarang dan dia mempunyai kulit wajah yang halus mulus!cheeewaaah.hehe.tapi itulah kenyataannya.produk itu telah memberi kesan yang positif pada kakak aku.cuma mungkin kulit aku kata jangan membazir duit.cari je produk yang murah.hehe.

Masa aku tukar dari produk lama pada bodyshop ni kulit muka aku okok je sebenarnya.tapi sekarang aku dah berbalik pada produk lama.Murah.Menjimatkan.Memuaskan.


Selamat kembali Aiken.Nyah kau Jerawat Jerawat.tapi produk ni pon mungkin bagus untuk aku tapi tak bagus untuk orang lain.

p/s : aku masih menggunakan perfume, parfume, body spray dari bodyshop dan aku rasa berbaloi!bau best.harga okok.beli la time sale baru best.hehe.

Sep 6, 2011

Semangat Hilang Kembali Pulih

Selamat Hari raye lagi sekali.masih mood raye mungkin.mungkin juga mood bercuti.rindu pada kekasih hati juga mungkin.*gatai*janji nak hupdate blog pasal tema merah last week tengok tengok tak de jugak.bukak blog tengok tengok tak de Blogwalking pon sebab hati macam samar samar lagi.hehe.selamat bersemangat teman teman.semoga hari ini dan akan datang nak lebih ada semangat.insyallah.

sebenarnya, idea macam bercurah nak cakap pasal ni pasal tu tapi disebabkan kekangan masa jadi tak sempat sempat.haha.macam PM tak aku?cheeewahhh! tipu.sebenarnye aku yang bapak punya pemalas.almaklumla banyak keje nak kemas rumah lagi.nak basuh pinggan lagi.nak basuh baju lagi *tipu* nak tolong mak masak lagi *ini lagi la tipu* haha.

ok here we come! am talking bout red colour! you know what colour? i said RED! follow me RED!good! RED!
pertama raya di rumah atuk!

pagi raya bersama .merah effect lebih la.haha.

aku pon tak tau bile masa dorang snap ni!

ketawa kegembiraan kami!
cukup la 2.tema tahun depan need to be confirm later.may be GREY.oh ada lagi gambar peberet aku.mereka cahaya indah kehidupan aku.

kegembiraan dua beradik je pon.

muka ikhlas si adik pada kakak.

budak nakal mintak maaf kat aku.hehe

Tahun ni tak dapat duet rayer!ada sapa sapa nak bagi muka aku senyum happy cenggini tak? kalau ada boleh contact aku.bank in pon moleh.hehe.

dengan bangga tayang duet raye!dia ada! aku tak de!


Kan aku dah cakap muka PUAS HATI!haha.sayang budak nakal ni!

Aug 30, 2011

Setelah Seminggu Bercuti


Last Entry aku bertarikh 24 August 2011. Jadi hape maknanye? maknanye aku dah cuti berblog selama seminggu.hehe.aku sendiri yang approve cuti aku.kalau nak tambah cuti lagi pon aku hokey sajo!tapi tapi tapi kerinduan berblogging dan membaca entry entry dari sahabat sahabat blogger yang lain membuatkan aku tak nak tambah cuti.kuangkuangkuang.haha.
-
-
-
-
-
ok di kesempatan ni aku nak cakap.....


Selamat Hari Raya Semua
Minta Maaf Andai Terkasar Bahasa
Tergurau Terlebih Kata
Tersombong Tak Tentu Hala
Sesungguhnya Aku Manusia Biasa
Maaf Dipohon Dari Hujung Kaki Ke Hujung Kepala Ya

Apa macam cuti raya korang? BEST TAK? Aku raya biasa biasa je. almaklum la bonus pon tak bape nak ada, jadi harapkan gaji aku berbelanja untuk shopping raya. tapi Alhamdullilah Syukur! semuanya cukup. Sederhana saja. Oh kami pakai baju raya Merah tahun ni. Sebab family aku memang bertema setiap tahun jadi tahun ni giliran Merah la. Esok aku update cerita raya pertama ok.

Jadi Motif di sini adalah...

-
-
-
-
-

SELAMAT HARI RAYA SEMUA. MAAF DIPOHON DARI HUJUNG KAKI KE HUJUNG RAMBUT YA!


p/s : ok.aku nak start blogwalking.hehe.

Aug 24, 2011

iPad 2 Lagi Best OooOoo

Yeayyyy ade Gadget baru. Hati senyum lebor lebor la ni. muka berseri seri penuh cahaya ramadhan, mulut manis bak madu dan gulagula! Aku ada Ipad 2! Kau ada ke?haha.

Semalam kan sempena hari terakhir aku berkhidmat di jabatan berkenaan pada bulan puasa ni sebab hari ni aku dah start cuti, hehe, teman seoppiss ku telah menghadiah kan aku sebijik iPad, wow! ohseemm kan? siap ada cover kaler merah MAK NGAH lagi. comel kan! haha. TIPU! 

Aku suka tipu kan?haha. Tapi aku tipu jujur. Mana ada tipu betul betul tau korang. kan aku taip TIPU tu guna "CAPS LOCK ON" pas tu siap bold. siap LARGE FONT lagi tau.hehe. TIPU JUJUR boleh kan teman teman.hehe.

Aku pinjam je iPad dia untuk godek godek. jakun tak? haha. lantak la. tolong la bagi aku chance nak pinjam iPad 2 tu.heehee. Penat aku menghupdate status kat pesebookkk aku nak bg via iPad kat bawah status tu. tapi tak berjaya! yang kuar macam ni.

tengok kat kotak yang aku keler merah 2!
Nasib la aku ada teman seoppiss ku yang bekerjaya sebagai PROGRAMMER.dia la yang tolong godek godek kan iPad tu. hasilnya,

dah ada via iPad kan.
Programmer tu aka cik teem *sebulanlaginakjadipuanda.wink* Ada bagitau semalam tapi aku tak ingat dia cakap apa.haha.ok moral of the story, kalau aku tak de iPad sekalipon, sekurang kurangnya aku da tau guna sikit sikit. ok la kan.hehe.



p/s : pagi tadi aku tengok 'Tanya Ustaz', Ustaz tu cakap untuk entry aku yang Klik sini. yang haram tu dari segi najis dia, contoh la kalau nampak anjing tepi jalan tu sakit, tolong anjing tu, bawak masuk dalam kete, bawak pergi klinik, tapi kena la jaga batas batas dia. apa syarat syarat dia korangg google la sendiri.

Aug 23, 2011

Haiwan Peliharaan

korang kan kan kan ada banyak choice haiwan peliharaan ni tau tak? Yang murah, Yang comel, Yang Cantik, macam macam ada,nak yang tak de modal boleh kutip kat tepi jalan tu kucing comel comel belambak, tak pon tangkap ikan kat sungai ke ape ke, nak mahal siket ada class siket pergi beli kat Midvalley tu! aku tak ingat ape nama kedai dia. tapi sama level dengan wayang tu la. kan ada kedai pet. memacam ada jual kat situ.haaaa.pilih je la mano yang ekau suko yo!


ok ni choice pertama rakyat malaysia aku rasa, kajian menunjukkan 79 % rakyat malaysia pernah memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan FAKTA INI TIPU.hehe.kucing comel pon ade kembar jugak.ape korang ingat pemain bola je ada kembar?kucing comel pon boleh jugak maaaa!


Comel kan Rabbit nie! warna hitam putih so orang ganu  dengan orang pahang je boleh bela ok.hehe.TIPU JUGAK. aku pon penah bela rabbit time sekolah rendah dulu. tapi kaler putih suci murni. time bagi dia makan kacang panjang kan kan rasa macam nak cakap cam ni.alolololo comelnye rabbiiiittt kiteeerrr nieee!

Kalau bela ikan emas pon ok kan. Ikan ni sapa yang nak jadi kaya je boleh bela tau.haha. jaga tak de la susah mana. tapi kalau ikan ikan ni korang cuma boleh tengok je la dalam aquarium tu. tak macam kucing dengan rabbit.boleh pelok pelok kalau geram.hehe.eh tapi boleh jugak kot pelok tapi pelok aquarium je la.hehe.
Nak yang ekstrem ? haaaa ini pon boleh tau tak.tapi aku tak tau la spesies apa.yang aku pasti ada la jenis yang korang boleh bela.tapi mesti la bisa ular tu dah buang kot. ada membe fb aku yang bela ular tau. plus dia perempuan. nampak ekstrem kan. HEBAT! 


haaaaa Yang ni tak COOL! Tolong jangan jadi PARIS HILTON hokeyyy? Kita duduk kat mana? guna mazhab ape? tak payah orang lain terangkan kot. budak tadika pon tau apa boleh apa tak boleh. Tepuk Dada Tanya Selera. semoga bulan ramadhan ni membawa kita sama sama ikut arus yang betul.amin.